Showing posts with label Moto2. Show all posts
Showing posts with label Moto2. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Keputusan Pelumba Malaysia Di MotoGP Amerika

Kedua-dua pelumba Malaysia bagi kategori Moto3 gagal mengekalkan rentak mereka di MotoGP Argentina apabila gagal untuk mendapatkan mata di MotoGP Amerika. Adam Norrodin yang bermula dipetak ke 6 gagal meneruskan perlumbaan apabila jatuh ketika di awal perlumbaan manakala Khairul Idham Pawi yang bermula dipetak terakhir iaitu petak ke 32 hanya berjaya menduduki tangga ke 20. Bagi keputusan secara keseluruhan Khairul Idham jatuh satu anak tangga di mana menduduki tangga ke 5 dengan 25 mata manakala Adam di tangga ke 21 dengan 5 mata. Buat kedua-dua pelumba negara, teruskan usaha dan jangan berputus asa.

Keputusan penuh bagi Kategori Moto3 seperti di bawah.



Seorang lagi pelumba Malaysia untuk kategori Moto2 iaitu Hafizh Syahrin juga gagal mengekalkan rentak kecemerlangan apabila sekadar menduduki tangga ke 16 sekaligus gagal untuk mengutip sebarang mata. Secara keseluruhan Hafizh Syahrin jatuh ke tangga 9 dengan 23 mata. Keputusan penuh bagi Moto2 seperti di bawah.




Read More

Friday, April 08, 2016

Rekod Pelumba Malaysia di MotoGP Argentina

Assalamualaikum

Bagi peminat MotoGP, kisah Khairul Idham Pawi dan Adam Noroddin pasti masih menjadi perbualan hangat. Bagaimana seorang pemuda kampung menjadi satu-satu nya pelumba Malaysia yang berjaya bergelar juara di perlumbaan grand prix dunia. Juga bagaimana semangat kental Adam Noroddin dalam mengakhiri perlumbaan yang akhirnya beliau menjaya menduduki tangga ke 11. 


Honda Team Asia
Honda Team Asia

Rekod Pelumba Malaysia di MotoGP Argentina:-
  • Khairul Idham Pawi merupakan satu-satunya pelumba Malaysia yang memenangi grand prix. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba ketiga Malaysia yang berjaya menaiki podium dalam perlumbaan grand prix. Sebelum ini pelumba Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin berjaya melakukannya bagi kategori Moto3 dan Moto2. 
  • Pada usia 17 tahun 196 hari, Khairul Idham Pawi merupakan pelumba termuda yang bukan berasal dari Eropah yang berjaya memenangi perlumbaan grand prix. Sebelum ini rekod ini dipegang oleh Casey Stoner yang pada ketika itu berusia 18 tahun 17 hari yang memenangi kategori 125cc di Valencia pada tahun 2003. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba pertama Asia yang memenangi grand prix selepas Yuki Takahashi memenangi kategori Moto2 di Catalunya pada tahun 2010. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba pertama Asia yang memenangi kategori lightweight semenjak Tomoyoshi Koyama memenangi kategori 125cc di Catalunya pada tahun 2007. 
  • Selain dari Khairul Idham, seorang lagi pelumba Malaysia bagi kategori sama iaitu Adam Norodin berjaya menduduki tangga ke 11 dengan memperolehi 5 mata. Bagi kategori Moto2, Hafizh Syahrin berjaya menduduki tangga ke 6 dengan memperolehi 10 mata. 
  • Khairul Idham dan Hafizh Syahrin menduduki tangga ke 4 secara keseluruhan dan Malaysia satu-satunya yang mempunyai pelumba di tangga 4 teratas bagi kategori Moto2 dan Moto3.

Rakyat Malaysia pasti berharap agar semua pelumba Malaysia meneruskan momentum kecermelangan mereka di sepanjang perlumbaan Grand Prix untuk tahun ini. Semoga berjaya.




Read More

Monday, January 26, 2015

Pelumba Malaysia di Moto2 Dan Moto3

Moto2 Dan Moto3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perlumbaan Motogp untuk 2015 hanya akan bermula pada bulan Mac 2015, namun demikian senarai pelumba untuk 2015 telah lama dikeluarkan. Pada tahun ini terdapat 3 pelumba Malaysia yang terlibat. 2 pelumba akan berlumba untuk Moto2 dan seorang pelumba untuk Moto3. Ianya tidak seperti tahun lepas yang mana terdapat 4 pelumba Malaysia yang berlumba secara sepenuh masa. Hafiq Azmi mewakili SIC-Ajo tahun lepas tidak tersenarai di dalam pelumba Moto3 untuk tahun ini.

Pelumba Malaysia bagi Moto3 ialah Zulfahmi Khairuddin yang mana tahun ini akan mewakili pasukan Sepang International Circuit. Zulfahmi yang menggunakan nombor 63 dan lahir pada tahun 1991 akan menggunakn mesin KTM.


Manakala bagi Moto2, 2 pelumba Malaysia yang akan berluma ialah  Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia dan Azlan Shah yang akan mewakili pasukan Idetmitsu Honda Team Asia. Hafizh yang menggunakan nombor 55 dan Azlan dengan nombor 25 akan menunggang mesin kalex.



Semoga tahun ini pelumba Malaysia akan memberi cabaran yang lebih hebat kepada pelumba2 yang lain. Diharapkan juga agar kegemilangan Zulfahmi pada tahun 2012 akan berulang tahun ini. Semoga mereka berjaya. Bila agaknya ada pelumba Malaysia untuk Motogp?


Read More

Saturday, October 25, 2014

Jadual MotoGP Sepang 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Semalam noe sempat pergi ke Sepang ikut Bob nak tengok tiket motogp....dah sampai sana tu...masuk la ke dalam...tengok-tengok apa yang patut. Tahun ni memang banyak booth ... berbanding dengan tahun2  lepas rasanya tahun ni memang banyak. 


Ada sesiapa yang pergi hari ini dan esok ni??? Kat atas tu ada jadual motoGP yang sempat noe snap masa kat sana....kat sini noe ada kongsi sikit gambar2 yang sempat diambil. Masa noe pergi semalam, noe perasan ramai pulak orang dari Indonesia yang datang. Siap dengan beg besar lagi. Agaknya diaorg baru sampai dan terus pergi ke sini. 


Kepada peminat motoGP jangan lupa esok dan lusa...kalau tidak berkesempatan datang ke Sepang ni...boleh tengok live di TV. Terdapat 6 orang pelumba Malaysia akan beraksi termasuk 2 pelumba wild card. Selamat berhujung minggu semua.  








Read More

Sunday, October 12, 2014

Moto2: Hafizh Syahrin Mendapat Markah Di Grand Prix Japan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelumba Moto2 negara iaitu Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia telah berjaya memberi aksi yang memberansangkan pada perlumbaan di Motul Grand Prix of Japan. Hafizh yang bermula pada petak ke 17 telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 8 dan sekaligus berjaya mendapat 8 markah. Hafizh setakat ini meraih kedudukan ke 18 dari keseluruhan pelumba Moto2 dengan berjaya mengumpul markah sebanyak 42 markah.

Tahniah kepada Hafizh dan diharapkan beliau dapat mengekalkan rentak pemanduan untuk perlumbaan yang seterusnya. Tunggu kemunculan beliau di Sepang pada 25 & 26 Oktober ini. 

Perlumbaan moto2 ini telah dimenangi oleh Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Sitag, kedua Maverick Vinales dan ketiga ialah Esteve Rabat

Hafizh-Syahrin-Petronas-Raceline-Malaysia-JPN-QP-578902
Sumber Gambar
Seorang lagi pelumba Malaysia dalam Moto2 iaitu Azlan Shah yang mewakili IDEMITSU Honda Team Asia hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke 24.



Read More

Monday, March 24, 2014

Jadual Perlumbaan Motogp 2014

Assalamualaikum

Hari ini bermula perlumbaan bagi Moto3, Moto2 dan Motogp untuk tahun 2014 di mana perlumbaan pertama berlangsung di Litar Losail, Qatar.

Pada kali ini terdapat 4 pelumba Malaysia di mana 2 pelumba bagi Moto3 iaitu Zulfahmi Khairuddin mewakili Ongetta Air-Asia dan Hafiq Azmi mewakili SIC-Ajo. 2 pelumba lagi berlumba untuk Moto2 iaitu Hafizh Syahrin mewakili Petronas Raceline Malaysia dan Azlan Shah mewakili Idetmitsu Honda Team Asia. Kita masih menanti pelumba negara berlumba dalam Motogp. 

Di bawah ni disediakan Jadual Perlumbaan Motogp untuk tahun 2014.







Read More

© Lukisan Kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena