...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Thursday, May 21, 2020

Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Memandangkan Solar Sunat Eidulfitri di masjid tidak dapat dilakukan seperti biasa, maka ramai yang terpaksa bersolat sunat di rumah sahaja. Bagi mereka yang ingin melakukan Solat Sunat Eidulfitri di rumah, boleh ikut panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS seperti di bawah ini.






Read More

Wednesday, April 22, 2020

Nota Poket Puasa Ramadhan Dan Tarawih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena kemunculan bulan Ramadhan yang mulia ini, di sini  noe lampirkan Nota Poket Puasa Ramadhan dan Tarawih yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Nota Poket ini boleh di download di link seperti di bawah. 

https://drive.google.com/file/d/1cJBXa5X9y43NyKsiG36lfGlTPO7FAaWU/view?fbclid=IwAR3RNqvKztiH5EOmFvsrKXmdeVJEU-DBSvOsItADrycxFcwHO7bN7Q6lREE

Ramadhan Dan Tarawih

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa


Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa











Read More

Monday, June 03, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bersahur Sudah
Berpuasa Sudah ... teruskan berpuasa dengan mengerjakan puasa2 sunat
Berbuka Puasa Sudah
Berterawih Sudah
Bermoreh Sudah
Bersedekah Sudah..teruskan bersedekah di bulan2 akan datang
Berzakat Sudah - teruskan berzakat di bulan2 akan datang
Beramal Ibadat Sudah...teruskan beribadat di bulan2 akan datang
Apa Lagi Yang Belum??? Ada beberapa hari sahaja lagi...

Mesti ramai yang tidak sabar untuk menanti ketibaan bulan Syawal sekaligus menyambut hari lebaran..mungkin ada yang sudah sampai di kampung halaman masing2..

Ada yang pulang ke kampung sendiri
Ada yang pulang ke kampung mertua
Ada yang pulang ke rumah sendiri
Ada yang terpaksa bekerja
Ada yang pergi bercuti 
Ada yang terpaksa menyambut sendirian

di mana jua anda berada ...noe mengucapkan 

Selamat Hari Raya AidilfitriEid Mubarak 2019

Read More

Friday, June 24, 2016

Cery Bery Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Sejahtera

Rasanya sepanjang bulan Ramadhan ini mesti ramai yang kena cery bery ni kan. Noe dah kena sekali. Second time beli makanan di Pasar Ramadhan. Bob beli daging salai masak lemak. Banyak plak dagingnya. Rasanya ok la...ada rasa Bob kata. Bila dah ada rasa....apa lagi...pulun la kaw kaw. 


Esoknya Bob yang kena dulu. Siap dua kali balik rumah...tukar seluar...dah tercery dalam seluar...hahaha...Noe plak kena masa nak berbuka puasa...tak dapat nak bayangkan tahap sakit memulas tu...siap nangis panggil mak lagi....dah tua-tua nangis panggil mak lagi....lama juga la bertapa dalam tandas tu...berpeluh jangan dikenangkan...terus mandi je...rasa nak pitam....jari-jari pun dah mula keras....Masa kena cery bery ni...sumpah dah tak nak beli luar....tapi masa sakit tu je la...bila dah ok...beli juga kat luar...sampai rumah dah dekat pukul 7 lebih, memang tak sempat dah nak masak....alasan je noe oi....boleh je goreng telur kan...tapi takkan telur goreng je...alasan je...


Nasib baik la Aya tak makan masakan tu...dia makan masakan yang Noe masak je....so dia tak kena la cery bery ni. 


Maklumat lanjut berkenaan dengan cirit birit seperti di bawah ni. Artikel ini dari SINI


Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Gejala - gejala



  • Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  • Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  • Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  • Kehilangan selera makan.
  • Adakalanya demam.
  • Adakalanya terasa mual dan muntah.
  • Sakit otot. 


Komplikasi

Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk. Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  • Kehilangan 5-10% berat badan.
  • Gelisah dan mudah tersinggung.
  • Mata terbenam.
  • Ketidakhadiran air mata.
  • Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
  • Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  • Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
  • Kehilangan lebih dari 10% berat badan. 
  • Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  • Mata adalah terlalu terbenam.
  • Ketidakhadiran airmata.
  • Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  • Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  • Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 
  • Kekurangan jumlah air kencing.


Punca-punca cirit-birit



  • Meminum air yang tercemar.
  • Memakan makanan yang tercemar.
  • intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  • Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba. 


Punca-punca kronik

Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti : 


  • Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
  • Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
  • Penyakit-penyakit usus. 
  • Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa 
  • Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
  • Kecacatan penyerapan
  • Selepas pembedahan
  • Fistula dalaman
  • Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
  • Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
  • Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
  • Kanser
  • Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik. 
  • Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
  • Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
  • Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract condition, appendicitis etc.
  • Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
  • Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease. 


Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.


  • Minum banyak air.
  • Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  • Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
  • Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  • Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
  • Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  • Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 
Bayi
  • Teruskan penyusuan bayi.
  • Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral 
  • selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
  • Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  • Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  • Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah,      atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 



Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan



  • Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.
  • Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
  • Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
  •  organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
  • Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
  • Tabiat kebersihan makanan yang baik.
  • Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum menyediakan dan mengendalikan makanan.
  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
  • Sediakan makanan di kawasan yang bersih. 
  • Tudungkan makanan yang telah dimasak.
  • Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
  • Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.



Read More

Sunday, July 06, 2014

Selamat Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Selamat Berbuka Puasa Kawan-Kawan

Berbuka Puasa

Read More

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Bulan Ramadhan muncul kembali dan kemeriahannya sudah mula terasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, sudah pasti kita tercari-cari di mana tempat menarik untuk kita berbuka puasa. Terdapat banyak hotel yang berlumba-lumba menawarkan promosi sempena bulan Ramadhan ini. Setiap tahun berbuka puasa di buffet yang disediakan di hotel pasti membosankan. Anda inginkan kelainan? Inginkan suasana yang lebih santai dan bersekitaran di dalam taman? Casa Ombak pasti tidak akan mengecewakan anda

Casa Ombak merupakan sebuah banglo yang diubahsuai menjadi tempat untuk menjamu selera. Terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur menjadikan ianya tempat yang strategik untuk para warga kota menjamu selera dalam suasana yang berbeza. 



Buffet Ramadhan Casa Ombak


Pada tahun ini, Casa Ombak diuruskan oleh Ombak Creative iaitu sebuah syarikat yang bernaung di bawah Casa Ombak Sdn BhdSyarikat ini mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan dan juga mengendalikan acara-acara korporat dan persendirian

Dengan bermotokan "Your True Experience" dan dengan sentuhan ahli pasukan yang berpengalaman, mereka mampu untuk memberi kelainan dalam setiap majlis yang dikendalikan malah mampu memberi sentuhan eksklusif dengan mengikut bajet yang anda sediakan. Dengan kemampuan yang mereka miliki, sudah pasti Buffet Ramadhan Casa Ombak ini memberikan kelainan kepada kita semua. 

Promosi Sempena Bulan Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan ini, Ombak Creative menyediakan hidangan buffet di Casa Ombak. Dengan berkonsepkan buffet stall terbuka dan dalam suasana ala garden dan santai, pelbagai juadah menarik akan disediakan. 


Buffet Ramadhan Casa Ombak

Disamping itu terdapat juga chef yang mengendalikan instant cook stall corner dimana sudah pasti masakan panas akan dihasilkan di sini. Kepada penggemar masakan kampung, tempat ini memang akan memenuhi citarasa anda kerana ianya berkonsepkan hidangan kampung. Sudah pasti sambal belacan, ulam-ulaman, Nasi Kerabu dan pelbagai juadah kampung terbayang-bayang di mata anda ketika ini. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba masakan di sini. 

Buffet Ramadhan Casa Ombak



Kemudahan Yang Disediakan

Dalam kita teruja untuk menjamu juadah yang disediakan dan dalam kegembiraan kita bersama teman-teman dan kaum keluarga, jangan kita lupa pada kewajipan kita kepada Allah SWT. 

Di Casa Ombak ini disediakan surau untuk kemudahan para pengunjung menunaikan solat. Muslimin dan Muslimat boleh mengerjakan solat berjemaah atau bersendirian di sini. 


Harga Yang Berpatutan

Kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi Buffet Ramadhan Casa Ombak ini, harga yang dikenakan memang amat berpatutan. Harga yang dikenakan adalah seperti di bawah:-
  • Dewasa : RM55.00/net
  • Kanak-kanak : RM27.00/net (5-12 tahun)

Buffet Ramadhan Casa Ombak


Cara Membuat Tempahan

Tempahan terbuka kepada semua dan ianya boleh dibuat secara persendirian, berkumpulan, bersama keluarga atau menerusi syarikat. Sesiapa yang berminat dialu-alukan untuk membuat tempahan lebih awal. Sekiranya tempahan dilakukan di minit-minit akhir, berkemungkinan meja telah penuh dan tempahan telah ditutup. Bagi mengelak situasi ini berlaku, rancang dan tempah lebih awal. 


Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi terus nombor-nombor yang tertera di bawah atau menghubungi menerusi aplikasi Whatsapp:-


Tel : 03 21818750

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062

Tempahan juga boleh dilakukan menerusi Facebook di Ombak Creative



Lokasi Dan Peta Casa Ombak


Lokasi dan peta Casa Ombak seperti di bawah. Untuk lokasi menerusi google maps, boleh klik gambar di bawah.


Buffet Ramadhan Casa Ombak




Apa ditunggu lagi, Hubungi segera Casa Ombak untuk membuat tempahan. Bagi anda yang berminat untuk mendapat perkhidmatan Ombak Creative, boleh melayari laman web mereka di http://www.ombakcreatives.com/.

Read More

Monday, June 30, 2014

Menu Sahur Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini sudah masuk hari kedua kita puasa. Sebelum ni noe ada kongsi menu berbuka puasa dan menu sahur noe untuk sebulan, itu apa yang noe rancang, tapi untuk anak-anak, kena juga tanya mereka apa yang mereka nak makan.

Kalau bercakap pasal anak-anak berpuasa, macam-macam ragam kita akan jumpa kan...Tetapi untuk memastikan mereka segar ketika puasa atau mampu bertahan sampai ke petang...pastikan mereka makan ketika bersahur. Tapi bila masa bersahur faham-faham je la...kita orang yang dewasa pun susah nak masuk makanan waktu tu...ini kan mereka. 

Pastikan makanan yang kita hidangkan memenuhi citarasa mereka. Ataupun tanya pada mereka, apa yang mereka nak makan masa bersahur. Kalau noe, antara menu yang biasa 

1. Coco Crunch + Susu/Milo



2. Burger/Nugget/Drummet



3. Nasi Goreng + Telur Mata/Ayam Goreng

4. Sandwich

Garden veggie sandwich. No recipe, but looks like its whole wheat bread, tomatoes, romaine lettuce, cucumbers, alfalfa sprouts, red onion, avocado, and mayo.


5. Hotdog + Telur Hancur + Kacang Panggang

6. Roti Canai
Delicious roti canai and thosai. Yum!!

7. Nestum + Susu/Milo

8. Pizza

9. Roti + Kaya/Peanut Butter/Planta

Minuman pula, biasanya air Milo/Coklat dan pastikan mereka mengambil kurma juga.


Read More

Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Bulan Puasa 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Salam Ramadhan


Di sini noe ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Puasa kepada semua pengunjung blog noe yang beragama Islam. Noe juga ingin meminta maaf sekiranya terdapat komen-komen dan entries noe yang secara tidak langsung telah mengguris perasaan kawan-kawan semua. 

Semoga kita semua mendapat keredhaan dan keberkatan di bulan yang mulia ini. Dan juga semoga amalan kita semua diterima olehNYA.

Selamat Berhujung Minggu.
Read More

Sunday, June 22, 2014

Menu Berbuka Puasa Dan Sahur 2014

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Sempena Bulan Ramadhan yang hampir tiba ni, ini merupakan salah satu persediaan noe..iaitu Menu untuk berbuka puasa dan menu sahur untuk sebulan, iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Menu Kuih Muih tu plak kalau sempat la. Bukannya apa...senang nak beli bahan-bahan...tak payah nak fikir pasal menu dah...tengok je jadual tu...bahan-bahan pun senang nak beli. Print dan tampal kat dapur menu ni.

Kawan-kawan ada yang buat macam ni jugak ke??

Menu Sahur

Idea untuk menu sahur anak-anak bolek klik DI SINI
Read More

Monday, December 30, 2013

Jadual Puasa Tahun 2014

Assalamualaikum

Tadi ada terima Jadual Puasa yang dikongsi oleh kawan dalam Facebook. Rasanya elok juga dikongsi kan di sini..

Seminggu dua ni mmg amat sibuk...masih kurang berkesempatan untuk berblogwalking..

Read More

Sunday, July 21, 2013

Sunway Putra Hotel - Ramadhan Buffet


Coffe House
Gambar dari website hotel
Semalam memang hari yang ditunggu-tunggu...sebabnya nak jumpa geng masa belajar dulu...walaupun tak cukup korum...tapi masih meriah....tempat yang dipilih adalah di Sunway Putra Hotel, KL...kalau dulu dipanggil Legend Hotel...

Bread Pudding

Ais Krim


Geng ni memang la jarang jumpa...biasanya setahun sekali je baru jumpa...jumpa pun bila masa-masa macam ni la..masa berbuka puasa atau pun open house masa hari raya....



Bercerita pasal makanan kat sini... mmm ok la...makan kat sini banyak la pilihan...tapi biasa-biasa je la...rasanya ada hotel lain yang lagi sedap makanannya...tapi tak ada gambar makanan yang aku ambik....sebabnya sibuk bergelak ketawa...lupa nak ambil gambar makanan



Bila jumpa geng ni...di samping bertanya khabar...sibuk la plak mengimbas kenangan masa belajar dulu...merayap kul 2 pagi ke Bangsar dan yang tak leh lupa pukul 3 pagi di kedai mamak di Hartamas..masa tu Hartamas tak sibuk lagi...n tak banyak kedai lagi...sibuk memanggil ANE..siap mintak discount...ada ke org makan roti canai mintak discount??? bess nya masa zaman muda mudi...jalan ngan geng2 pompuan jer...



Kalau berjumpa geng ni...selagi tak tutup tempat tu..memang tak sah...group kitaorg je yang terakhir balik...dalam pukul 10.45 malam...biasanya mmg la mcm tu...org dah tak ada...tak reti nak balik2 lagi...banyak la cerita nya...



Apa-apa pun memang happy jumpa korang...tak sangka ada surprise tuk aku....hohoho...next n3 la..apa-apa pun layan je la gambar..




Tengok la gambar kat bawah ni...anak-anak kawan aku...Jmie..melakukan aksi gimnas...tak pasal-pasal Aya suruh aku hantar dia ke kelas gimnas...aduhhhh...pagi-pagi melalak suh hantar jugak2 ke kelas tu...ini semua ko punya pasal la Jmie...hehehe...stress sekejap...


Tengok la .. Aya pun sibuk nak buat aksi gimnas...
 Lagi satu...kalau sape-sape nak pergi ke Sunway Putra Hotel ni...info pasal Buffet pada bulan Ramadhan seperti di bawah ni..

Bazaar Ramadhan

The Islamic holy month of Ramadhan has arrived once again, and for a truly hearty ‘Iftar’ or ber buka puasa experience, head to Coffee House and join us for this once - a - year tradition of breaking fast with loved ones and friends. Rejuvenate yourself after a day of fasting
and be spoilt for choice with the bountiful selection of 
local and international favourites. Don’t miss our chefs in action! Choose your favourite dishes from the –endless selection at the action stalls where local delights are prepared a- la – minute. 

Available throughout Ramadhan from 9 July to 7 August 2013, the ‘Bazaar Ramadhan’ Promotion is priced at RM88.00 ++ per person(adult) and RM44.00++ (child)

9th Floor, Sunway Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur. Tel: +603 4042 9888 Fax: +603 4043 0700 Tollfree: +6 1 800 88 3390

Read More

Thursday, July 11, 2013

Permainan Kanak-Kanak Masa Bulan Ramadhan - Polis Sentri

Dulu masa kat kampung....bila bulan Ramadhan jer...seronok bukan main lagi...bukannya apa...dapat main malam-malam buta...apa lagi kalau bukan main permainan Polis Sentri...

Polis Sentri 
One Two Jaga
Polis Mati
Pencuri Jaga..

Tapi perkataan Sentri tu apa??? Polis Entry ataupun Polis and Thieve?? Masa kecik2 duk kampung lak tu..mana tau bahasa omputih wehhh...main ikut jer...

Memang seronok masa tu...tak tau takut langsung...tak takut sebab bulan puasa...hantu semua kena ikat...so tak ada hantu...kitaorg plak la yg jadi hantu...riuh rendah malam-malam buta tu...kalau kat kampung biasanya solat terawih 20 rakaat...so habis dalam pukul 10 lebih...bayangkan...lepas je berbuka...tunggu je mak n bapak pergi surau...dah pergi...apa lagi...operasi pun bermula...polis kejar pencuri...pencuri kena bagi duit balik...masa tu pakai daun jer la..siap panjat pokok tu nak menyorok...ada jugak yg cakap...jangan nyorok sangat...nanti di sorok hantu k***k...hehehe..

Main sampai mak n arwah bapak balik dari solat terawih...bila tengok mak dan bapak balik...kelam kabut la lari balik rumah...sebelum diaorg nampak hehehehe...masa tu kadang-kadang je ikut mak g solat terawih...itu pun merengek2 tak nak pergi...dah janji ngan kawan2 nak main kan...

Tapi kalau abang aku ada...abang2 n kakak2 aku semua sekolah asrama...klu abang aku ada...tak merasa la main...putih mata je la tengok kawan2 main...

Permainan ni biasanya kitaorg main masa bulan puasa jer...seingat aku hari biasa jarang main permainan ni...

Kalau budak-budak sekarang....generasi baru ni tak tau kut permainan ni...rugi korang wehhh...
Read More

Wednesday, July 10, 2013

Menu Sahur - Roti Canai

Semalam aku tak berapa sihat..kena migraine..tengkuk tegang...semua ada..sudahnya...lepak je la atas katil...rumah dah tunggang langgang...dapur pun dah penuh pinggan mangkuk...call la Bob mintak simpati...huhuhu...Bob kata..."biarkan je rumah tu...nanti abg balik...abg kemas"...thx honey...aku apa lagi...bungkang terus kat katil tu...anak2 balik...mintak tolong abang g beli jer makanan...malamnya bila bapak diaorg balik jer...diaorg memekak...nk minum tu la..nk makan tu la...padahal nya baru lepas makan...memandangkan esoknya nk puasa...Bob layan je la...kul 10 lebih kuar...ikutkan kul 10 diaorg dah kena tidur...sbbkan nk pose...masa dilanjutkan...boleh? aku yg tak berapa nk join..join la jugak...masa makan...bapak tanya...

"sahur kang nk makan apa?? umi tak sihat...so umi tak yah masak...kita beli jer..."...
"roti canai je la bapak" jawab abang ... 
"aya nak makan roti (mmg faveret dia...bukan roti canai) dengan milo jer"...

sudahnya itu la menu kitaorg utk sahur...aku dengan Bob mmg jenis x kisah...makan apa yg ada jer...

Citer bab umah tunggang langgang tu...bila balik dari kedai malam tadi...aku terus makan ubat migraine lagi...x lama pastu rasa mcm ok sikit...aku pun buat operasi mengemas umah ngan Bob...tak tahan tengok keadaan umah yg dah macam apa jer...sampai la kul 1.30 pagi...baru aman tengok umah....baru la leh tido...kul 4.45am dah bangun...sib baik la tak susah nak gerak diaorg tuk sahur.....

Korang plak sahur apa tadi??

roti
gambar dari pak google

Read More

Selamat Berpuasa

Kepada semua kawan-kawan...Selamat Bersahur...Selamat Berpuasa...Selamat Berbuka Puasa...Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini dan bulan-bulan sebelum ini...di terima olehNYA...Amin.


Salam Ramadhan

Read More

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Malaysia Tahun 1424H/2013M

Bulan Ramadhan menjelma kembali ...pantasnya masa berlalu...semua umat Islam di dunia menunaikan Rukun Islam yang ketiga. Bulan inilah satu-satunya bulan di mana surau-surau dan masjid-masjid di seluruh negara  penuh sesak...bulan untuk perbanyakkan lagi amalan ... bulan yang pasti ditunggu bagi seluruh umat Islam.

Bila bulan puasa .. apa yang berlegar-legar dalam kepala kita selain makanan dan minuman?? Ianya pastilah waktu Imsak dan waktu berbuka. Sahur tadi mesti korang tertanya-tanya waktu imsak kan?? Sahur tadi baru lah aku sibuk-sibuk check kat website waktu imsak...tapi pasti ada yang dah check awal-awal kan??.. Untuk semak waktu berbuka dan imsak boleh lah klik link di bawah ni..





Read More

Saturday, July 28, 2012

Kawal Nafsu - Tazkirah Selepas Solat Terawih

Sebelum citer pasal Tazkirah..citer pasal mood aku yang tak berapa bagus semalam ...1st time time aku tak masak nasi masa bulan Ramadhan ni. Balik jer..cakap ngan anak...Umi malas masak (apa punya umi daaaa)..Ali cakap bapak dia...

Ali: Bapak, bapak balik awal atau lambat??
Bapak (aku rasa la): tak tau lagi..
Ali: Bapak..Umi tak masak
Bapak: Nape Umi tak masak?
Ali: Umi kata malas..
Bapak : kalau bapak balik awal..bapak beli la makanan

Dah sampai kul 7pm bapak tak balik lagi...aku pun turun bawah...masak maggie goreng...takut tak makan plak masa buka nanti..bila dah nak buka jer...bapak balik..bawak makanan...jadi aku sorang je la makan maggie goreng tu...tak nak la makan makanan yang bapak beli (merajuk la tu...gataiii)

Selepas solat terawih di taman aku tu ada tazkirah pasal bulan ramadhan, antara isi kandungan yang masih aku ingat:-

1. Ustaz kata makan moreh (makan selepas habis solat terawih) selepas habis tazkirah bukan habis solat terawih

2. Masa zaman Rasulullah S.A.W, umat Islam berpuasa ketika berperang, kita pulak berpuasa berperang dengan PARAM (Pasar Ramadhan)..macam-macam nak beli..penuh kiri kanan makanan..kalau boleh taruk kat leher...kat leher tu pun ada makanan (ayat ni aku tambah sendiri...hehehe)..sebenarnya ustaz tu merujuk kepada kita ni berperang dengan hawa nafsu...berperang untuk mengawal nafsu

3. Didik hawa nafsu macam mendidik anak kecil. Kalau macam anak kecil kita bawa pergi ke pasar malam, jumpa orang jual mainan harga RM19.90 (ustaz tu siap bagi harga lagi)..anak merengek nak mainan...kita pun beli...jalan lagi..jumpa lagi orang jual mainan...anak merengek lagi nak mainan yang lain plak...apa yang biasa kita buat??? kita mesti tak beli kan...mesti kita cakap "Kan tadi dah beli mainan..tak payah..tak payah.."..pastu jalan lagi...jumpa lagi orang jual mainan..anak merengek lagi....penampo la dapat..hehehe..macam tu jugak dengan hawa nafsu..kita kena didik hawa nafsu macam didik anak kecil

4. Kalau kita ikut saja kehendak nafsu...kalau bulan puasa ni...mesti banyak pembaziran..perut kita ni...besar mana la sangat...dapat air satu jag...dah terbungkang..dah tak boleh nak makan.

5. Ustaz tegur bab shaf...shaf yang betul adalah kaki dan bahu hendaklah bersentuh dengan orang sebelah...ustaz gambarkan mcm atom...bila sel2 makin kecil dan makin bercantum akan jadi lagi kuat...shaf menggambarkan kekuatan/kesatuan umat islam...bila shaf renggang menggambarkan sifat penting kan diri sendiri...apa2 masalah..larikan diri dulu...tak bersatu...umat Islam mesti bersatu untuk jadi kuat.

Ada lagi sebenarnya tapi aku dah lupa...moral of the story..lain kali bawa buku catatan.


Read More

Monday, July 12, 2010

Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur

Weekend ni adalah hari-hari yang memenatkan dan juga merelaxkan...walaupun penat tapi hepi. Hari Sabtu lepas aku sibuk dari pagi sampai la ke malam. Hari sabtu tengahari aku ada game netball dan petang/malamnya pulak aku ada dinner dengan member2 belajar dulu.

Hari sebelum game tu aku cadang nak tidur awal...tapi tak boleh2 nak tidur, sampai kul 4 lebih pagi baru boleh tidur. Tension betul. Aku ingatkan lepas makan ubat selesema, demam, sakit tekak, batuk..segala2 ubat tu...boleh la tidur terus...rupanya sebaliknya terjadi. Dah la aku demam hari jumaat tu.. hari khamis petang tu aku dah mula rasa nak demam...petang tu aku g jugak la 1st day training netball (last minute kena main gak...sbb dah x ada player)...mmg nampak sangat aku dh x ada stamina...baru buat warmup aku dah sempot...main sekejap2 dah sempot...tak macam last year...terasa sangat perbezaannya. Balik terus demam.. Jumaat aku ambik MC..siap mintak ngan doktor ubat yang plg kuat...sbb nak sembuh cepat...kesian plak diaorg...x ada player. Dengan sisa2 demam tu aku pergi jugak la ke NPNG Sports Centre.
Sesat dalam setengah jam nak sampai sana...nasib baik sempat tuk warmup...dah nak start pun game.

Nasib baik la 4 pasukan jer. Aku mmg x ada stamina langsung...main 10 mins awal terus semput...nasib baik ada 2 orang lagi backup. So aku bertiga la bertukar2. Aku rasa kalau main whole games mau aku pengsan kat situ terus tak bernafas. Macam last year aku main semua. Tahun ni mmg surrender. Ikutkan mmg aku awal2 tak nak main dah...tapi dah langsung player kesian plak diaorg. Aku tolong mana yang termampu jer la. Seperti tahun lepas keputusan masih sama. Shell yang pertama, kedua HP, ketiga T-system dan terakhir AT&T. Kamera aku plak bateri habis...tak dapat la nak ambik gambar...so bergantung pada member2 aku punya kamera je la. NPNG ni dah la jauh...hujung dekat kawasan perkampungan Cina jer...nak cari makanan susah...nasib baik la penganjur ada sediakan mihun dan karipap dan air2 semua. Dalam game tu terdapat juga player yang injured. Tak pasti la teruk macam mana...tapi masa jatuh tu member aku siap terdengar bunyi lagi...macam teruk jer...jgn patah dah la.

Game habis semua sekali termasuk episod bergambar dalam pukul 5pm. Hubby aku cakap sempat lagi nak balik mandi. Ikutkan aku dah plan...nak mandi kat situ jer..aku dah siap prepare semua baju. Tapi hubby aku nak balik juga...so balik la ke rumah aku. Jam la plak...sampai rumah dah pukul 6.30pm. Janji dengan member pukul 7 di hotel. Sah la tak sempat.

Pic taken from Hotel's Website

Aku bersiap2 mcm ribut petir...dengan hujan, jam plak lagi...aku sampai ke tempat dinner dalam pukul 8pm. Kitaorg dinner di Crowne Plaza Mutiara Hotel. Hotel ni bersebelahan dengan Wisma Genting. Tak susah la nak cari. Geng2 aku semua dah sampai. Kitaorg makan di Planters' Inn, makan secara buffet.. Apa lagi aku dengan rakusnya la makan..dah la lunch dengan bihun jer.


Pic taken from Hotel's Website

Yang hadir geng2 aku yang biasa2 jer la..Kiah, Jmie n family, Lyn & family & Aku n family. Yang cancel tak dapat datang Ijan..seperti biasa la member tu..sibuk bekerja jer. Tut & Kema tak dapat nak hadir...awal2 dah inform tak join.Memang enjoy makan kat situ...gelak tak ingat...biasa la jumpa geng2 ni mana leh cakap elok...mesti gelak punya...kalau tak gelak....something wrong la tu....anak n hubby aku pun enjoy makan...tak rugi bawak diaorg ni...mmg suka makan. Yang tak bess nyer...aku x ada kamera....so lagi sekali bergantung pada geng2 aku je la. Bahan citer banyak berkisar kepada Kiah ler...hehehehe...maklumla orang bujang lagi..Tapi memang hepi la jumpa diaorg. So kitaorg set nak buat dinner lagi masa bulan puasa nanti (spt tahun2 lepas). Kitaorg group yang paling last balik bersama-sama dengan satu lagi group. Aku rasa-rasa dalam pukul 11pm kut.

Bila dah sampai rumah....rumah dah macam kapal karam...apa lagi...kemas rumah dulu..dah setel semua baru la mandi dan rehatkan badan. Bess giler dapat luruskan badan atas katil. Hubby aku biasa la terus layan bola.

Hari Ahad....aku tak keluar rumah...sibuk membasuh kain..mengemas rumah semua. lepas tu relax2 la. Ini la masa nak amankan otak sikit selepas sibuk seharian sebelumnya.

Jam menunjukkan pukul 1:45am..nak tengok final bola ke tak ni...Kalau tak tengok rugi lak rasanya sebab game last...kalau tengok...esoknya sah2 la otak biul. Apa2 pun aku nak sokong Belanda...Ramai sangat yang sokong Spain...sotong pun sama.

Read More

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena