Showing posts with label Motogp. Show all posts
Showing posts with label Motogp. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Keputusan Pelumba Malaysia Di MotoGP Amerika

Kedua-dua pelumba Malaysia bagi kategori Moto3 gagal mengekalkan rentak mereka di MotoGP Argentina apabila gagal untuk mendapatkan mata di MotoGP Amerika. Adam Norrodin yang bermula dipetak ke 6 gagal meneruskan perlumbaan apabila jatuh ketika di awal perlumbaan manakala Khairul Idham Pawi yang bermula dipetak terakhir iaitu petak ke 32 hanya berjaya menduduki tangga ke 20. Bagi keputusan secara keseluruhan Khairul Idham jatuh satu anak tangga di mana menduduki tangga ke 5 dengan 25 mata manakala Adam di tangga ke 21 dengan 5 mata. Buat kedua-dua pelumba negara, teruskan usaha dan jangan berputus asa.

Keputusan penuh bagi Kategori Moto3 seperti di bawah.



Seorang lagi pelumba Malaysia untuk kategori Moto2 iaitu Hafizh Syahrin juga gagal mengekalkan rentak kecemerlangan apabila sekadar menduduki tangga ke 16 sekaligus gagal untuk mengutip sebarang mata. Secara keseluruhan Hafizh Syahrin jatuh ke tangga 9 dengan 23 mata. Keputusan penuh bagi Moto2 seperti di bawah.




Read More

Friday, April 08, 2016

Rekod Pelumba Malaysia di MotoGP Argentina

Assalamualaikum

Bagi peminat MotoGP, kisah Khairul Idham Pawi dan Adam Noroddin pasti masih menjadi perbualan hangat. Bagaimana seorang pemuda kampung menjadi satu-satu nya pelumba Malaysia yang berjaya bergelar juara di perlumbaan grand prix dunia. Juga bagaimana semangat kental Adam Noroddin dalam mengakhiri perlumbaan yang akhirnya beliau menjaya menduduki tangga ke 11. 


Honda Team Asia
Honda Team Asia

Rekod Pelumba Malaysia di MotoGP Argentina:-
  • Khairul Idham Pawi merupakan satu-satunya pelumba Malaysia yang memenangi grand prix. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba ketiga Malaysia yang berjaya menaiki podium dalam perlumbaan grand prix. Sebelum ini pelumba Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin berjaya melakukannya bagi kategori Moto3 dan Moto2. 
  • Pada usia 17 tahun 196 hari, Khairul Idham Pawi merupakan pelumba termuda yang bukan berasal dari Eropah yang berjaya memenangi perlumbaan grand prix. Sebelum ini rekod ini dipegang oleh Casey Stoner yang pada ketika itu berusia 18 tahun 17 hari yang memenangi kategori 125cc di Valencia pada tahun 2003. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba pertama Asia yang memenangi grand prix selepas Yuki Takahashi memenangi kategori Moto2 di Catalunya pada tahun 2010. 
  • Khairul Idham merupakan pelumba pertama Asia yang memenangi kategori lightweight semenjak Tomoyoshi Koyama memenangi kategori 125cc di Catalunya pada tahun 2007. 
  • Selain dari Khairul Idham, seorang lagi pelumba Malaysia bagi kategori sama iaitu Adam Norodin berjaya menduduki tangga ke 11 dengan memperolehi 5 mata. Bagi kategori Moto2, Hafizh Syahrin berjaya menduduki tangga ke 6 dengan memperolehi 10 mata. 
  • Khairul Idham dan Hafizh Syahrin menduduki tangga ke 4 secara keseluruhan dan Malaysia satu-satunya yang mempunyai pelumba di tangga 4 teratas bagi kategori Moto2 dan Moto3.

Rakyat Malaysia pasti berharap agar semua pelumba Malaysia meneruskan momentum kecermelangan mereka di sepanjang perlumbaan Grand Prix untuk tahun ini. Semoga berjaya.




Read More

Monday, January 26, 2015

Pelumba Malaysia di Moto2 Dan Moto3

Moto2 Dan Moto3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perlumbaan Motogp untuk 2015 hanya akan bermula pada bulan Mac 2015, namun demikian senarai pelumba untuk 2015 telah lama dikeluarkan. Pada tahun ini terdapat 3 pelumba Malaysia yang terlibat. 2 pelumba akan berlumba untuk Moto2 dan seorang pelumba untuk Moto3. Ianya tidak seperti tahun lepas yang mana terdapat 4 pelumba Malaysia yang berlumba secara sepenuh masa. Hafiq Azmi mewakili SIC-Ajo tahun lepas tidak tersenarai di dalam pelumba Moto3 untuk tahun ini.

Pelumba Malaysia bagi Moto3 ialah Zulfahmi Khairuddin yang mana tahun ini akan mewakili pasukan Sepang International Circuit. Zulfahmi yang menggunakan nombor 63 dan lahir pada tahun 1991 akan menggunakn mesin KTM.


Manakala bagi Moto2, 2 pelumba Malaysia yang akan berluma ialah  Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia dan Azlan Shah yang akan mewakili pasukan Idetmitsu Honda Team Asia. Hafizh yang menggunakan nombor 55 dan Azlan dengan nombor 25 akan menunggang mesin kalex.



Semoga tahun ini pelumba Malaysia akan memberi cabaran yang lebih hebat kepada pelumba2 yang lain. Diharapkan juga agar kegemilangan Zulfahmi pada tahun 2012 akan berulang tahun ini. Semoga mereka berjaya. Bila agaknya ada pelumba Malaysia untuk Motogp?


Read More

Saturday, October 25, 2014

Jadual MotoGP Sepang 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Semalam noe sempat pergi ke Sepang ikut Bob nak tengok tiket motogp....dah sampai sana tu...masuk la ke dalam...tengok-tengok apa yang patut. Tahun ni memang banyak booth ... berbanding dengan tahun2  lepas rasanya tahun ni memang banyak. 


Ada sesiapa yang pergi hari ini dan esok ni??? Kat atas tu ada jadual motoGP yang sempat noe snap masa kat sana....kat sini noe ada kongsi sikit gambar2 yang sempat diambil. Masa noe pergi semalam, noe perasan ramai pulak orang dari Indonesia yang datang. Siap dengan beg besar lagi. Agaknya diaorg baru sampai dan terus pergi ke sini. 


Kepada peminat motoGP jangan lupa esok dan lusa...kalau tidak berkesempatan datang ke Sepang ni...boleh tengok live di TV. Terdapat 6 orang pelumba Malaysia akan beraksi termasuk 2 pelumba wild card. Selamat berhujung minggu semua.  








Read More

Monday, March 24, 2014

Jadual Perlumbaan Motogp 2014

Assalamualaikum

Hari ini bermula perlumbaan bagi Moto3, Moto2 dan Motogp untuk tahun 2014 di mana perlumbaan pertama berlangsung di Litar Losail, Qatar.

Pada kali ini terdapat 4 pelumba Malaysia di mana 2 pelumba bagi Moto3 iaitu Zulfahmi Khairuddin mewakili Ongetta Air-Asia dan Hafiq Azmi mewakili SIC-Ajo. 2 pelumba lagi berlumba untuk Moto2 iaitu Hafizh Syahrin mewakili Petronas Raceline Malaysia dan Azlan Shah mewakili Idetmitsu Honda Team Asia. Kita masih menanti pelumba negara berlumba dalam Motogp. 

Di bawah ni disediakan Jadual Perlumbaan Motogp untuk tahun 2014.







Read More

Saturday, October 12, 2013

motogp - Sepang Circuit

Assalamualaikum Semua

Kepada semua peminat motogp minggu ni pasti yang ditunggu-tunggu..mana taknya semua pelumba dunia motogp, moto2 dan moto3 akan berkampung di sini...ada kenduri ke apa nak berkampung kat sini...apa lagi...berlumba la...tahun ni Bob dan Ali tak dapat la nak pergi....sebabnya nak balik kampung sempena Raya Haji..Kesian mak kat kampung tu...abang dua2 nak g Haji...kakak kat johor tak balik...tinggal kakak kt sungai siput tu ker...maka wajib lah anak bongsu ni balik...berputih mata la Bob dan Ali...tak ada rezeki nak tengok live tahun ni...Gambar2 kat bawah ni semuanya masa motogp tahun lepas...bapak dan anak ni biasa la..peminat tegar...dua2 hari pergi...so tahun ni tengok depan TV je la..

sepang circuit

sepang circuit

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang

motogp sepang


Read More

Friday, October 11, 2013

Motogp Sepang - 5 Pelumba Malaysia Akan Beraksi

Assalamualaikum Semua..

Sempena motogp tahun ni 5 pelumba Malaysia akan beraksi di Litar Sepang di mana 3 daripada mereka adalah pelumba wildcard. Pelumba-pelumba tersebut ialah Muhammad Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq Mohd Azmi dan Husni Aizat Abdul Malik si Moto3 manakala Hafizh Syahrin Abdullah dan Azlan Shah Kamaruzaman dari Honda Team Asia akan beraksi di Moto2. Zulfahmi dan Azlan Shah merupakan pelumba sepenuh masa. Cuma kita masih menunggu pelumba Malaysia untuk beraksi di Motogp. Yang pasti, mesti ramai kaki motor akan turun ke Litar Sepang untuk memberi sokongan kepada pelumba-pelumba Malaysia ini. Mari semua terjah ke Litar Sepang.

Husni Aizat
Amirul Hafiq dan Husni Aizat

Pelumba Malaysia
Azlan Shah Kamaruzaman

Pelumba Malaysia
Hafizh Syahrin
Pelumba Malaysia
Zulfahmi Khairudin

Read More

Monday, June 17, 2013

Zulfahmi Khairudin Moto3 - Grand Prix de Catalunya, Barcelona

Pada perlumbaan Moto3, Grand Prix de Catalunya, Barcelona, pelumba tuan rumah nampaknya menguasai 5 tempat teratas yang mana ianya didahului oleh Luis Salon, Alex Rins dan Maverick Vinales.

Pada perlumbaan kali ini, Zulfahmi Khairudin sekadar menduduki tempat ke 9 dan berjaya mendapat 7 mata. Beliau bermula pada petak ke 16. Setakat ini Zulfahmi berjaya mengumpul mata sebanyak 40 mata untuk mendapat tempat ke 7 bagi keseluruhan pelumba Moto3.

Barcelona, Sunday, June 16, 2013
Pos.PointsNum.RiderNationTeamBikeKm/hTime/Gap
12539Luis SALOMSPARed Bull KTM AjoKTM151.241'15.331
22042Alex RINSSPAEstrella Galicia 0,0KTM151.2+0.211
31625Maverick VIÑALESSPATeam CalvoKTM151.2+0.634
41312Alex MARQUEZSPAEstrella Galicia 0,0KTM151.0+3.993
5117Efren VAZQUEZSPAMahindra RacingMahindra150.8+6.243
61044Miguel OLIVEIRAPORMahindra RacingMahindra150.6+9.295
798Jack MILLERAUSCaretta Technology - RTGFTR Honda150.4+13.164
8810Alexis MASBOUFRAOngetta-RivacoldFTR Honda149.9+21.174
9763Zulfahmi KHAIRUDDINMALRed Bull KTM AjoKTM149.9+21.240
10661Arthur SISSISAUSRed Bull KTM AjoKTM149.9+21.598

Moto3 World Standing 2013

Pos.RiderBikeNationPoints
1Luis SALOMKTMSPA127
2Maverick VIÑALESKTMSPA122
3Alex RINSKTMSPA101
4Jonas FOLGERKalex KTMGER63
5Alex MARQUEZKTMSPA48
6Miguel OLIVEIRAMahindraPOR43
7Zulfahmi KHAIRUDDINKTMMAL40

Pada Circuit yang sama, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin yang mendapat wild card untuk perlumbaan di sini, berjaya menduduki tempat ke 18. 2 tempat teratas Moto2 telah dimenangi pelumba tuan rumah iaitu Pol Espargaro dan Esteve Rabat, manakala pelumba dari Switzeland Thomas Luthi menjaya mendapat tempat ke 3.

Bagi Motogp, pelumba tuan rumah menyapu bersih tempat teratas, tempat pertama Jorge Lorenzo, diikuti Dani Pedrosa dan Marc Marquez. 
Read More

© Lukisan Kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena