...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Friday, April 14, 2023

Jalan-Jalan Ke Yogyakarta Indonesia - Part 1

Assalamualaikum 

Rasanya sudah 2 tahun lebih blog noe ni sepi. Tuan nya dah malas dan dalam masa yang sama sibuk ... tak tau la apa yang disibukkan. 

Pada kali ini noe ingin berkongsi cerita tentang perjalanan noe dan sahabat2 dari kecil dan berasal dari kampung yang sama ke Yogyakarta Indonesia. Rasa macam tidak percaya kerana kami berjaya merialisasikan perjalanan ini. Kisahnya bermula apabila Gee yang suka travel ajak kawan-kawan kampung ni untuk travel bersama. Kawan-kawan perempuan sahaja. Tak semua kawan yang kita invite memandangkan ini kali pertama kita plan untuk travel bersama. Bila tengok harga yang agak reasonable so kitaorg proceed. Pakej ini dari Gerbang Travel Tours.

Di bawah ni noe sertakan pakej yang disediakan dari Gerbang Travel Tour dan kitaorang tambah RM100 lagi untuk travel insurance. Gee settledkan semua. Kita cuma perlu bayar jer pada Gee. Terbaik Leader ni :). 


JOGJA PACKAGE 2023 4D3N       
       
Adult RM1300/pax        
Child 6-12y RM1130/pax (extrabed)        
Child 5-2y RM999/pax (no bed)        
Baby <2y RM106/pax        
  
Price Included :  
✔️Flight ticket with handcarry luggage 7kg  
✔️Airport transfer return  
✔️Private transport during trip (8am-11pm)  
✔️Tol + parking + fuel  
✔️Hotel 2-3star with breakfast  
✔️Supir as a Driver  
✔️Supir tips  
✔️Mineral water  
  
Price Exclude :   
❌Checkin Luggage  
❌Travel Insurance  
❌Personal expenses  
❌Meals not mention above  
❌Entrance fee  
❌Jeep  
  
Notes :  
💞Please ensure your passport valid 6month from travelling date & clear from immigration blacklist.  
       
DEPOSIT        
Adult RM999/pax        
Child 6-12y RM999/pax        
Child 5-2y RM999/pax        
Child 2y below RM106        
        
BALANCE        
1month before travelling date        
        
Notes :        
-Minimum 4pax to go  
-Flight ticket will issue 24hours after deposit

Pada peringkat awal cuma 5 orang sahaja yang bersetuju untuk join iaitu Gee, Noe, Meeza, Ani dan Atun. Kemudian Atun cadangkan untuk ajak Hasnah yang mana tempat tinggal diaorg tak jauh. Masing-masing tinggal di Penang. Meeza pula dari kampung kitaorg di Perak manakala Noe, Gee dan Ani dari Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah suami Hasnah yang kitaorg panggil Ustaz bersetuju untuk membenarkan Hasnah untuk join sekali. 

Maka bermula la persiapan untuk berangkat ke Yogyakarta. Yang mana yang masih tak ada passport, cepat2 siapkan passport dan yang mana passport dah expired, cepat2 renew kan passport. Masing-masing dah excited. Ye la.. pertama kali nak jalan dengan geng2 perempuan. Remind masing2 apa barang2 yang perlu dibawa dan buat checklist supaya tak ada barang yang tertinggal. Barang2 yang boleh handcarry dan barang2 yg kena masuk dalam luggage. 


Manakala untuk penggunaan data, kitaorg beli siap2 data dari shopee. Gee tolong belikan untuk semua dengan harga RM25 dan kitaorg pilih yang unlimited. So sampai sana terus tukar jer simcard. 

Bab luggage pun kitaorg discuss nak bawa luggage besar mana. Mula2 noe cadang nak bawa luggage yang small size jer tapi Gee kata baik bawa medium size tapi biarkan ada ruang kosong, mana tau ada nak shopping. Makanya noe pun bawa la luggage size medium. Dengar cakap leader hehehe. 

travel luggage

Manakala bab duit pula, masing-masing setuju untuk tukar RM1k sahaja. Dapat la dalam Rupiah 3 juta lebih. Meeza dia pernah pergi Indonesia sebelum ini, so dia ada baki2 duit Rupiah dalam dompet dia. Jadi ada la lebihan. Makcik-makcik kayo...dah jadi jutawan :)

Duit Rupiah

Kitaorang pun kena isi "Form Flight Ticket" yang mana dalam ada maklumat tentang nama, tarikh lahir dan menu pilihan.

FORM FLIGHT TICKET

Please fill up this form.

1) Name : Rozilah Binti Abd Samad

Date of birth : 09 Aug 1973

Meal Pergi : 

Meal Balik : 

Notes :

🚨Please ensure your full name tally with passport or IC.

🚨Please check your middle name (binti/bt/bin). Give us the correct one.


Menu pilihan yang ada seperti di bawah:-

1) Bukhara Chicken Briyani 

2) Chicken Rice

3) Prawn Chicken Wantan Noodle

4) Pak Nasser Nasi Lemak

Bila semua dah selesai, maka sabar la menunggu tarikh untuk kunjung tiba. 


Read More

Thursday, June 18, 2020

Bunga Keladi Bunting

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gambar bunga keladi bunting ini noe ambil dirumah mertua. Pokok ini ditanam di dalam tempayan yang mengandungi air. Terapung seperti pokok kiambang. Pokok ini juga dikenali sebagai Orkid Air atau Water Hyacinth. Kenapa dipanggil Keladi Bunting..tak pasti la noe...mungkin sebab batang atau daunnya yang kembung. 

Noe tak berapa berani nak membelek pokok ini...sebab risau ada katak di dalam nya...hihihi.. Ambil gambar berani lagi... tapi bunga ini memang cantik..

Bunga Keladi Bunting
Bunga Keladi Bunting

Read More

Wednesday, June 17, 2020

Maksud Perkataan Bukan Kaleng Kaleng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bukan Kaleng Kaleng

Biasa tak korang dengar orang sebut "BUKAN KALENG KALENG". Perkataan ini sekarang ini kerap di dengar. Sebenarnya apa yang dimaksudkan BUKAN KALENG KALENG ini.

Menurut Dewan Bahasa Pustaka, maksud Kaleng adalah seperti di bawah. Namun tiada makna untuk kaleng kaleng.

[ka.léng] | کاليڠ

Definisi : (kaléng) 1. besi tipis yg berlapis timah, tin: ~ sering digunakan utk membuat cerek dsb; surat ~ surat terbang (surat buta); 2. bekas berbentuk silinder, dibuat drpd tin utk mengisi cecair dsb, tin: makanan dlm ~; kalengan, kaleng-kalengan; makanan ~ makanan yg diawetkan dlm kaleng, makanan dlm tin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Daripada link-link di Indonesia, Maksud Bukan Kaleng Kaleng adalah seperti berikut.

Istilah "bukan kaleng-kaleng" yang dipopulerkan oleh Maell Lee ialah istilah pergaulan orang Medan. Artinya secara harfiah berarti "Bukan Sembarangan" (pautan)

Bukan Kaleng-Kaleng = Luar Biasa, Bukan yang Biasa (masih pada 2 kata)

Bukan Kaleng-Kaleng = Keren, Hebat (menjadi 1 kata) (Pautan)

Bukan kaleng-kaleng adalah sebuah kata yang menolak anggapan yang buruk, menolak anggapan tidak bisa dipercaya, menolak anggapan tidak berkualitas, menolak anggapan abal-abal, dan menolak anggapan tidak jelas. (Pautan)

Maka di sini noe merasakan perkataan ini menjadi viral di Indonesia dan menjadi ikutan masyarakat kita di sini. Ianya mungkin sama dengan pengunaan perkataan BUKAN CALANG CALANG.

Read More

Pokok Bromeliad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini noe nak kongsi gambar pokok Bromeliad. Inilah 2 pokok Bromeliad yang sedang noe jaga. Pokok ini kakak noe yang bagi. Dia memang peminat pokok Bromeliad ni. Ada pelbagai jenis. Pokok2 yang noe jaga ini dah keluarkan tunas tapi noe biar jer dalam tu... bagi beranak lagi. Selain tanam melalui tunas, pokok ini juga boleh ditanam melalui biji benih


Pokok ini akan mengeluarkan bunga dari pokok induknya..setelah berbunga..pokok induk akan mati tapi tunas2 pokok ini akan banyak dan boleh ditanam. Ada pelbagai jenis .. bentuk daun yang berbeza..warna pun pelbagai...cantik2..Nanti noe nak cari jenis yang lain plak. Tiba2 minat plak dengan pokok Bromeliad ni.



Read More

Tuesday, June 16, 2020

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid Hutan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini noe nak kongsi perihal Pokok Orkid noe yang dah bertahun-tahun tak berbunga. Pokok ini pemberian arwah bapa mertua yang noe panggil sebagai Uncle. Arwah Uncle memang penggemar pokok orkid. Kalau dia nampak ada pokok orkid hutan.. sanggup dia berhenti, panjat pokok tu dan ambil. So pokok ini memang ada sentimental value...sebab dia yang beri pada noe.

Dulu pokok ini pernah berbunga, bunga nya kecil-kecil warna putih kalau tak silap. Itu cerita dulu..sekarang dah bertahun-tahun tak berbunga. Noe pun satu..jirus dengan air je pokok ini...tak pernah la dibelai ke...di letak baja ke.. memang kurang kasih sayang ni..



Orkid Hutan
Orkid Hutan

Oleh kerana masih sayangkan pokok ini...noe pun cari baja dan letak di pokok ini. Cara noe letak baja di pokok orkid ini seperti gambar di bawah ini. Noe letak sesudu baja dalam perca kain .. punjutkan.. dan letak di pokok Orkid tu. Nanti kita tunggu hasil nya.. tengok berjaya atau tidak..harap2 berbunga la dia..

Cara Letak Baja Di Pokok Orkid


Read More

Pentingnya Untuk Berfikir Secara Positif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fikir Positif


Hidup kita ini ada turun naik nya.. 
ada masa kita gembira .. 
ada masa kita berduka .. 
ada masa kita sedih .. 
ada masa kita marah .. 
Inilah hidup manusia di dunia ini...
Kita akan diuji..bezanya besar dan  kecil sahaja ujiannya...
Allah Maha Mengetahui..
Allah hanya akan uji mengikut kemampuan kita..

Dengan situasi sekarang..
Mesti ramai yang kehilangan pekerjaan..
Hilang mata pencarian..
Ada yang dipotong gaji..
Ada yang diberi cuti tanpa gaji..
Ada yang tidak terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang...Alhamdulillah...

Mana yang terkesan dengan situasi sekarang..
Ingatlah... Inilah ujian dari Allah..
Jangan cepat kecewa..
Jangan fikir seolah-oleh hidup kita tidak akan dapat diteruskan...
Bumi ini luas...pasti akan ada rezeki untuk kita..

Bila terima berita duka...
Tarik nafas dan jika rasa nak menangis..menangis lah semaunya..
Kerana dengan tangisan..ianya mampu untuk melegakan sedikit rasa gusar dalam hati..
Tapi jangan terus-terusan menangis...
Jangan terus kecewa..
Ketika inilah pentingnya untuk berfikir secara positif..
Melihat apa yang berlaku dari sudut positif..
Allah sentiasa ada untuk membantu kita...
Percayalah... pasti ada perkara yang lebih baik yang Allah aturkan untuk kita...

Luahkan apa yang kita rasa dengan orang yang kita percaya..
Orang yang sentiasa berfikiran positif..
Yang akan memberi semangat untuk kita ...
Yang memberi idea untuk kita untuk berfikir secara waras...
Ini akan dapat membantu emosi kita menangani masalah yang berlaku..
Untuk kita terus bersemangat untuk meneruskan hidup...
Sedikit sebanyak luahan ini dapat melegakan kita..

Setelah kita rasa lega dan terima apa yang berlaku...
Mula la kita mengorak langkah..
Perit macam mana sekalipun..
Hidup mesti diteruskan...
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian..
Fikir apa yang boleh kita buat...dan akan kita buat...
Rancang dan berbincang dengan pasangan, jika ada..
InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian...
Ujian membuatkan kita untuk terus kuat dan tabah...

Dengarlah ceramah dan bacalah buku motivasi ..
Ianya dapat membantu kita untuk terus bersemangat meneruskan hidup..
Percayalah...ianya amat membantu..
Bersenamlah setiap hari supaya kita rasa segar..
dan otak kita terus cergas untuk berfikir..
Terus berusaha..dan jangan berhenti berdoa padaNYA..


INGAT!
JANGAN PUTUS ASA
PASTI ADA SINAR YANG MENUNGGU KITA


Read More

Monday, June 15, 2020

Bunga Orkid Putih Dan Ungu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mari kita jamu mata dengan Bunga Orkid yang cantik ini...


Bunga Orkid Purple


Bunga Orkid Putih


Read More

Thursday, May 21, 2020

Panduan Solat Sunat Raya Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Memandangkan Solar Sunat Eidulfitri di masjid tidak dapat dilakukan seperti biasa, maka ramai yang terpaksa bersolat sunat di rumah sahaja. Bagi mereka yang ingin melakukan Solat Sunat Eidulfitri di rumah, boleh ikut panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS seperti di bawah ini.






Read More

Monday, May 18, 2020

Kisah Daun Pandan Dan Daun Kunyit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ini kisah pada 15 Mei 2020. 

Umi: adik pergi ambil daun pandan kat depan
Adik: ......(Dah selesai ambil).. Umi.. Kalau pokok pandan umi dah rest in peace.. itu aya punya kerja la
Umi: Itu daun kunyit.. bukan nya pandan..ni ambil sepokok ke apa..punya banyaknya
Adik: mana adik tau.. daun pandan yg mana...
Umi : daun yg menegak sebelah batang pokok bunga tu..pergi ambil
Adik:.... nah umi.. daun pandan
Umi: punya banyak daun pandan yg elok.. yg ghope ini di ambil..aishhhh

Ini la daun kunyit nya

Yang buruk diambil nya

Confirm togel terus pokok kunyit 

Noe siap pergi tengok pokok kunyit kat depan tu... memang sah...pogot terus...tinggal la batang...nasib baik ada sepokok lagi...boleh la nak merendang raya ni..

Tak apa Adik.. lain kali umi buat sessi mengenali jenis2 pokok dan sayuran. Terutama pokok2 yang ada di halaman rumah ni. Dulu kat kampung Mak Ngah suruh ambil serai ... dibaginya daun serai tu yang macam lalang tu...menjerit Mak Ngah nya... hihihi... Abang nya dulu begitu juga... termenung dulu depan pokok serai tu...fikir macam mana nak ambil... hihi...opah dia ada masa tu...opahnya la yang ajar...

Lepas ni umi nya kena la selalu menyuruh anak2 ke dapur...tahu juga la jenis-jenis sayur..bawang dan lain-lain. Buat masa ni...Adik dah pandai la buat nasi goreng...lepas ni ajar menu lain plak...


Read More

Sunday, May 17, 2020

Selamat Hari Lahir Anak Umi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada 10 Mei 2020 itu hari .. anak perempuan noe, Alya Adina genap 14 tahun. Dah remaja anak umi. Hari yang sama adalah Hari Ibu. Biasanya noe prepare awal2 tempah kek dan bouquet coklat tu. Kali ini cari pada hari birthday dia. Punya la payah nak cari bouquet coklat tu..sebabnya ramai yang tak terima tempahan dah sebab schedule dan penuh...sempena Hari Ibu kan. Jumpa satu Mazrita Chocolates Bouquet .. tapi noe siap cakap kalau delivery dah penuh.. noe boleh pergi ambil sendiri. Ini je satu yang available. Itu pun bouquet memang terhad. Tak banyak pilihan...so terima je mana yang ada.. janji anak umi tu ada bouquet coklat di hari birthday dia. Dia ini memang peminat coklat.  So noe dan partner pergi la ke Puchong untuk ambil bouquet coklat. Berpusing juga mencari tapi alhamdulillah..jumpa juga. Setel satu masalah.


Kek pun jenuh juga mencari kek coklat. Kek coklat design tu je la yang ada.. so tak banyak pilihan...kedai kek pun masih banyak yang tutup....Last minute .. ini la jadi nya. Terima je la seadanya. 

Masa berbuka...muka si Adina ni monyok jer...makan pun tak lalu...lepas berbuka terus masuk bilik...macam tak sihat jer.. dia ingat tak ada apa2 pun ... noe tunggu lepas habis terawih..

Masa moreh...panggil la dia ... baru la keluarkan kek dan bouquet tu... sambut la secara sederhana ... baru la nampak senyum dia...baru la ada tenaga nak bercakap...baru la ada selera nak makan... dia ingat umi, bapak dan abang dia lupa birthday dia kut... ceria la dia selepas itu...mula la cerita macam-macam...

Apa-apa pun... Umi dan Bapak ucapkan Selamat Hari Lahir Adik...semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat...


Read More

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SELAMAT BERPUASA

Tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelum ini...
tiada lagi berpusu-pusu balik ke kampung... 
tiada lagi berbuka puasa bersama mak/ayah/mertua...
tiada lagi berterawih di Masjid/Surau...
tiada lagi berbuka puasa atau bermoreh di Masjid/Surau...
tiada lagi majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan/syarikat...
tiada lagi berbuka puasa di gerai/restoran/hotel...
tiada lagi berpusu-pusu membeli juadah berbuka di Pasar Ramadhan...
tiada lagi bersedekah di Masjid/Surau...
Namun kita masih mampu untuk menghubungi kaum keluarga di kampung
masih mampu untuk berpuasa...
masih mampu untuk berbuka puasa...
masih mampu untuk bermoreh...
masih mampu untuk berterawih...
masih mampu untuk membeli juadah berbuka...
masih mampu untuk bersedekah...
masih mampu untuk beramal ibadah...

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk terus beramal ibadat di bulan yang mulia ini. Di mana pun kita berada...kita masih mampu bernafas untuk terus memohon keberkatan dariNYA. Bersyukur di atas apa jua keadaan yang kita hadapi...ada hikmah di atas apa jua yang berlaku.

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

#stayhome
#staysafe
#kitajagakita

Read More

Wednesday, April 22, 2020

Nota Poket Puasa Ramadhan Dan Tarawih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena kemunculan bulan Ramadhan yang mulia ini, di sini  noe lampirkan Nota Poket Puasa Ramadhan dan Tarawih yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Nota Poket ini boleh di download di link seperti di bawah. 

https://drive.google.com/file/d/1cJBXa5X9y43NyKsiG36lfGlTPO7FAaWU/view?fbclid=IwAR3RNqvKztiH5EOmFvsrKXmdeVJEU-DBSvOsItADrycxFcwHO7bN7Q6lREE

Ramadhan Dan Tarawih

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa


Nota Puasa

Nota Puasa

Nota Puasa











Read More

Tuesday, April 21, 2020

Nasyid Ramadhan Dari Orkes Sinar Murni

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma, mari kita dengarkan nasyid dari kumpulan Orkes Sinar Murni yang bertajuk Ramadhan




Lirik - Ramadhan

Terdengar suara indah menawan 
Irama kusyuk getaran iman 
Membaca Quran wahyu dari TUHAN 
Di malam bulan puasa Ramadhan 

Indah jelita menawan hati  
lidah berkata ALLAH HU RABBI 

Insan kan hidup aman dan tenteram 
Demi mulianya bulan Ramadhan 

Terbayang indah di jiwa raga 
Cahaya bulan purnama raya 
Bagai di syurga malaikat menjaga 
Di kawal bidadari semua sebaya 

Dunia bersinar cahaya ILAHI 
ALLAH HU AKHBAR bisikan hati 

Insan kan hidup aman dan tenteram 
Demi mulianya bulan Ramadhan 

Seluruh makhluk mengucap tasbih 
bumi dan langit turut memuja 
mengabdi pada TUHAN maha pengasih 
dengan mengerjakan sembahyang puasa 

Umat berbakti tunduk mengabdi 
Rukuk dan sujud memuja ILAHI 

Insan kan hidup aman dan tenteram 
Demi mulianya bulan Ramadhan


Read More

Friday, April 03, 2020

Bila Anak Dah Meningkat Remaja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagaimana situasi korang semua di rumah ketika perintah berkurung dalam rumah ini? Mesti tak berhenti memasak kan.. tak pun asyik tidur..tak pun mengadap TV.... tak pun mengadap phone. Bila perintah berkurung ini.. noe tak ada la banyak masalah sangat sebab anak2 noe pun dah remaja. 2 orang je pun.  Sorang lelaki dan sorang perempuan.

Anak lelaki  (Ali) asyik mengira hari jer... dah bosan sangat la tu. Mengadap phone, layan drama melayu lepas tu tidur. Cuma dia target masa perintah berkurung ini dia nak habiskan khatam Al-Quran. So katanya setiap kali lepas solat dia nak cuba habiskn satu juz. Harap2 tercapai target tu. Anak noe yang lelaki ni dia bukan la kaki game sangat. Dia cerita kawan-kawan kat group WA dia.. semua sibuk main game. Dia cerita dia memang tak suka bila kawan-kawan ajak lepak/minum/makan... tapi kawan tu sibuk mengadap phone. Cepat la dia blah katanya. Anak lelaki noe ni dia suka bercerita dengan noe. Macam-macam cerita.. Cerita masa duduk asrama, cerita pasal kawan-kawan dia, cerita dia fly malam-malam dari asrama... Umi dia memang jadi pendengar setia dan bila dah dengar kita kena la bagi pandangan..mana yang patut buat .. mana yang tak.. sambil2 bercerita..sambil kita memberi nasihat. Macam kawan la.. Sekarang ni malam-malam dengar dia bervideo dengan kawan2 sekolah dia dulu... meriah bunyi nya.. tak kisah la nk sembang berjam2.. janji duduk di rumah.

Gambo Lama - Sekarang Dah Makin Beso
Anak perempuan noe (Aya) pula sekarang ini hari-hari ada kelas online. Sibuk dengan kerja sekolah. Bila habis kerja sekolah mula la mengadap handphone. Lepas tu dengar la dia melalak dengan lagu-lagu korea nya. Dia ni peminat fanatik kumpulan BTS. Ada 2 orang lagi sepupu dia yang peminat fanatik BTS ni. Minat sampai sanggup pergi Singapore untuk tengok konsert BTS, beli album original dari Amazon. Punya fanatik nya diaorg ini sampai tau lagu release bila... excited gila bila hari nak release kan lagu tu.. get ready nak like semua...pastu hantar kat group family suruh masing2 like... hahahaha... kitaorg ini layan kan je la... hahaha. Jangan la kutuk ahli kumpulan ini... berapi2 mulut tu backup... noe, bob n abg ali ni memang la suka mengusik... kutuk la juga lagu ntah apa-apa la.. muka fake la... hahahaha.. marah member. 

Tapi Bob bila pergi IOI tu... jumpa kedai jual barang-barang korea ini... dia yang excited singgah.. mesti la ada something untuk anak perempuan dia tu. Yang pasti berkaitan dengan BTS. Sibuk nak pergi konsert... awak muda sangat lagi Adik... tunggu la beso sikit... nanti memang umi dan bapak join dalam konsert tu sekali. Berdiri kat depan sekali tu. 

Kadang-kadang tak faham kenapa fanatik sangat. Tapi kadang2 noe ingat kan juga dia...benda yang boleh dan tak boleh buat. Dia ni rajin juga bersembang dengan noe dan bapak dia. Cerita pasal kawan-kawan dia... pasal kena kacau kat sekolah...pasal fans BTS yang bertekak dengan fans group lain... macam-macam la... layan jer... bess juga bersembang dengan anak-anak ni. Kelakar pun ada kadang-kadang tu.

Gambo Awal Tahun Ini - Hari Pertama Di Asrama 2020

Untuk menghilangkan tahap kebosanan yang melampau dalam rumah ini... noe beli buku online... 3 buah novel untuk Ali, Aya dan selebih nya untuk noe dan bapak diaorg. Jangan tak baca pulak. Nampak tak buku masakan tu... semangat beli buku masak... buat nya tak tahu la bila...hihi...

Setiap Orang Dapat


Read More

Monday, March 23, 2020

Apa Aktiviti Masa Perintah Duduk Dalam Rumah Ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dah lama sangat rasanya noe tak kemas kini blog ni. Nak cari masa untuk update blog tu yg susah. Ada je benda yang lebih penting yang nak dibuat. Maka berlumut la blog ini.

Sekarang mesti masing-masing melepak dalam rumah. Noe dah mula kerja dari rumah sejak hari selasa minggu lepas. Hari ini masih kerja dari rumah. Esok kena pergi office.. 3 hari kena pergi office minggu ni. Kena mengadap sekatan jalan raya la kalau ada. Nasib baik HR dah keluar kan surat.. jadi tak perlu la rasa takut kalau nak menjawab. Dah terpaksa pergi office. Redho je la. Ikutkan hati lagi suka kerja dari rumah. Jimat masa dan minyak. Sambil tu boleh juga setel benda yang patut di rumah tu. Lagi pun bila berada di luar.. takut juga..dengan virus yang melanda seluruh dunia sekarang ni. Moga Allah S.W.T melindungi kita semua. 

Kalau tengok media sosial sekarang ini.. masing-masing berkongsi aktiviti yang mereka lakukan di rumah. Ada yang kongsi makanan, ada yang bermain-main ngan anak-anak, ada yang ulang-alik ke dapur.. makan.. ada yang makan tidur makan tidur hihi...ada yang kongsi gambar pintu ais yang dah tercabut...anak-anak sepuluh kali sekejap buka tutup peti ais.. ada yang main mainan anak...ada yang mengemas rumah..buang mana yang dah tak diperlukan...yang pasti..pasti ramai yang mengadap phone.. update status di media social..ada yang mengadap TV...ulang balik tengok drama korea... tak kisah apa yang kita semua lakukan… yang pasti kita DUDUK DI DALAM RUMAH #STAYATHOME. Ikut arahan yang telah diberikan supaya rantaian virus dapat diputuskan dan tiada jangkitan baru.

Ada juga WhatsApp group yang buat bacaan Alquran masa kuarantin ni. Ada 2/3 WhatsApp group noe yang buat. Ada yang buat ikut juzuk. Ada yang buat ikut mukasurat. Bagus juga..perbanyakkan bacaan Al-Quran..perbanyakkan amalan sunat. Solat jemaah bersama-sama anak-anak. Kenapa kita boleh mengadap phone atau  TV berjam2 lamanya? Ambil separuh dari masa mengadap phone tu untuk buat amal ibadat. Moga dengan amalan itu dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti. InsyaAllah.

Halaman Rumah
Tanaman Yang Tak Seberapa
Bagi noe pula.. ini la masa untuk mengadap pokok-pokok yang tak seberapa ni. Repair apa yang patut. Pagi-pagi dah keluar mengadap pokok-pokok ni. Petang kang sekali lagi mengadap. Harap pokok-pokok ini segar la semuanya. Alhamdulillah setakat ini dah merasa makan hasil dari tanaman ni. Buah peria pun dah banyak kali la menggoreng dan buat ulam. Pegaga dan bayam brazil...selain ulam..masuk juga dalam mee/bihun goreng. Pokok kunyit, serai, daun kesum, daun kaduk...cili api..semua dah merasa hasilnya. Tunggu pokok terung plak.. yang baru mengeluarkan bunga. Mesti ramai yang buat benda yang sama macam noe. 

Pokok Terung
Terung baru nak berbunga

Bitter Gout
Tuaian Peria pagi tadi

Apa-apa pun kita semua berharap agar situasi ini dapat berakhir dengan secepat mungkin. Sama-sama kita berdoa. 

#STAYATHOME
#COVID19
#SILAPATUHIARAHAN
Read More

Wednesday, February 05, 2020

Anak Bulus Noe - Ucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saja nak kongsi gambar anak bulus noe ni. Budak ni pantang noe duduk..laju jer nak baring atas riba. Kalau baring mesti nak sentuh sikit ngan kita. Sebelum ini tidur sekali dalam bilik ... sekali kat atas katil..dia kencing atas riba noe... aish.. lepas tu dilarang masuk bilik... rasakan...

Kucing Oren

Kucing Oren
 
Kucing Oren

Kucing Oren
Ingat Cantik Sangat Ke?

Read More

Tuesday, February 04, 2020

Daun Kaduk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Daun kaduk


Kali ni noe nak cerita pasal pokok kaduk atau nama orang putihnya piper sarmentosum. Ianya dari kaum keluarga Piperaceae. Pokok daun kaduk ini noe ambil dari rumah mak mertua. Angkut sekali yang ada akar. Sekali pandang daun kaduk ni macam daun sireh. Daun Sireh memanjang sikit dan pokoknya menjalar manakala pokok daun kaduk ini tak menjalar. 

Mula kenal bila mak mertua guna daun ini untuk dimasukkan sekali dalam Sambal Tempoyak Daun Kayu. Noe yang kononnya rajin menanam ni.. ambil la anak pokok bawa balik. 

Mula-mula tanam banyak daunnya yang berlubang-lubang. Belalang suka makan daun ini. Satu kampung diangkutnya menyerang daun kaduk ni. Gambar bawah ni lubang tinggal sikit sebab noe dah sembur dengan racun perosak

piper sarmentosum

Noe guna natural and organic pesticides macam kat bawah ni. Noe guna 2 kali je kut...lepas tu stop.  Noe buang daun yang berlubang-lubang tu... keluar daun-daun baru macam gambar pertama tu. Elok melebar nya dan berkilat. Noe tanam pokok ini dalam polibag.

racun perosak

racun perosak

Baru ini baru tau rupanya daun ini boleh dibuat ulam juga. Kurang membaca..itu yang tak tau. Lepas ini boleh la noe cuba buat ulam. Tak pernah buat ulam lagi. Seronok tengok daun tu membesar dengan jayanya.

Banyak juga khasiat daun kaduk ini. Ianya dikatakan mampu untuk menghilang kan batuk, sakit gigi, sembelit, demam malaria, panau dan dapat membunuh cacing dalam perut. Ianya juga dikatakan mampu untuk mengurangkan keputihan dan awet muda.

Harap-harap pokok kaduk tu membesar dengan lebih jaya lagi.




Read More

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena