Apa itu Chickenpox?
Ada satu artikel yang noe jumpa berkenaan dengan Chickenpox
dari http://www.myhealth.gov.my/en/chicken-pox/
Pengenalan
Chicken
pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih
(mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan
virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada
semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya
berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan
cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar
dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap
chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh
terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan
berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan
berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda
dan Gejala
Penghidap
chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada
kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan
akhirnya seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu
selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik
merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh
mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila
gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal
sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan
parut.
Gejala
lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak
selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair
dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Komplikasi
Ruam
atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu
dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun
pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah
kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
- Bayi baru lahir, di mana ibu tidak
penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
- Ibu mengandung menyebabkan
kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan
anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum
kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa
pada bayi.
- Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat
penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit
kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan
pesakit asma dan sindrom nefrotik.
- Penghidap sakit radangan kulit (inflammation
eczema).
Rawatan
Acyclovir
atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan
sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan
keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat
kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem
daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta
rawatan steroid).
Komplikasi
akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan
antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital
untuk rawatan antivirus.
Pencegahan
Pelalian
memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian
pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos,
selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada
kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken
pox.
- Jangkitan
kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan
atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan
dahaga.
- Kerosakan
otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk,
keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan
diri.
- Radang
sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak.
- Jangkitan
paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan
berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
1. Ubatan
anti-viral
2. Rawatan
antibiotik
3. Rawatan
di rumah - Sapu losyen calamine, Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal dan Panadol
untuk demam