...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, December 06, 2006

Cinta The Movie


Filem Cinta menampilkan satu kelainan dari filem-filem Melayu sebelum ini. Tiada Hero Tiada Heroin. 5 in 1. 5 cerita cinta yang digarapkan dalam satu filem CINTA. Shot yang cantik, lagu iringan yang bagus, terdapat bab-bab yang kelakar dan tidak jemu untuk ditonton. Ceritanya simple tapi menarik. Ini baru dinamakan realiti kehidupan,
Rubiah yang telah ditinggalkan suami bersimpati dengan cikgu elyas yang sudah tua dan mempunyai penyakit lupa.
Pertemuan yang tidak disangka telah mempertemukan Azlan seorang pemilik publishing company dengan Azura seorang pembantu di kedai buku.
Dyan, seorang yang kaya, arkitek yang berjaya tetapi tidak bernasib baik dalam percintaan. Mempunyai seorang adik iaitu Dhani, seorang artis. Dyan berkorban untuk seseorang yang amat disayangi.
Harris, seorang pemilik architect firm bersama Dyan mempunyai seorang isteri yang cantik iaitu Airin dan seorang anak perempuan yang comel dan bijak. Harris amat mencintai Airin namun tidak mampu untuk menyekat Airin dari mencintai orang lain.
Arianna datang ke KL ingin mencari teman lelakinya, Arianna hilang arah apabila teman lelakinya tidak ditemui, Taufiq seorang journalist banyak membantu Arianna.
Aku rasa tak rugi pergi ke panggung wayang, tak seperti menonton filem Diva Popular, filem sampah, membazir duit aku je pergi menonton. Anyway congrats to Kabir Bhatia. Walaupun terdapat bab2 yang aku rasa over tapi secara keseluruhan cerita, menarik untuk ditonton.









0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena