...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, August 14, 2007

Bila Rumah di masuki pencuri

Malam tadi terima panggilan dari kakak aku di Johor & mintak no tel bapak sedara aku...ingatkan ada apa hal..rupanya rumah bapak sedara (Chik) aku di masuki orang...Chik aku tu tinggal sorang2 (bujang la katakan)...jiran Chik aku telefon bapak aku bgtau ada org panjat umah Chik aku tu...bapak aku lak call kakak aku di Sg Siput mintak no tel Chik yang baru..sbb dia call no dah tiada dalam perkhidmatan...kakak aku lak telefon la semua org tanya no chik...bila dah dapat no Chik...call2 masuk ke peti simpanan suara....yg kakak aku di Johor telefon aku bgtau...aku pun tanya la dah call polis ke belum? Kakak aku pun tak tau...mcm tu la situasi nya bila dah gabra...sampai nk call polis pun dah tak terlintas dalam fikiran...aku pun sibuk la cari no telefon rakan cop, masuk ke website http://www.rakancop.net tapi server error la plak...tak boleh masuk..kemudian aku gi la plak masuk http://www.rmp.gov.my/ polis punya website...mencari no telefon pondok polis yang terdekat....telefon la Pondok Polis Lekir, telefon punya telefon asyik tak berangkat jer....punya la lama aku telefon, sebelum tu aku dah mintak ngan kakak aku alamat umah Chik....last2 aku call la bapak aku nak tanya status....bapak aku kata pencuri tu dah masuk ke umah Chik, masa tu jiran dah nampak....kemudian pencuri tu pergi plak umah jiran tu....jiran tu masa tu tak tidur lagi...so x jadi la masuk....nasib baik masa tu Chik aku tu tiada di rumah....yang aku nak kata kan ni.....dalam apa2 situasi kecemasan telefon la 999 untuk bantuan...bila aku telefon bapak aku....bapak aku pun tak tau nak telefon siapa...aku pun ajar....apa2 kecemasan telefon 999....biasa la bila dalam keadaan panik....semua benda dah tak boleh nak fikir...plak tu jiran Chik tu plak semuanya perempuan.....lagi la diaorg takut...

Yg penting sekali...nombor2 yang harus dihubungi semasa kecemasan hendaklah disimpan di dalam telefon, apa-apa terjadi .. nombor2 tersebut telah ada di dlm telefon kita....

  • Polis / Ambulan - 999
  • Kebakaran - 994
  • Pertahanan Awam - 991
  • 0 comments:

    Post a Comment

    Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

    © nOesuhaimi, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena