...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, May 19, 2009

DUN Penanti - BN tak bertanding

BN telah mengumumkan tidak meletakkan calon mereka di pilihanraya kecil DUN Penanti dan alasan yang diberi adalah “ia hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan, PKR nak selesaikan masalah dalaman mereka” BN kata, mereka lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara. Itu kata BN. Pihak pembangkang pula akan mengatakan BN pengecut..dah tau kalah tak nak la masuk bertanding..takut ngan pembangkang...hehehe.

Elok jugak BN tak masuk bertanding…kurang sikit duit dikeluarkan, jimat duit rakyat, hehehe…sebab setiap kali election mesti ada peruntukan tapi berapa jumlahnya aku tak tau la…tapi yang pasti bukan sikit-sikit jumlahnya. Ye lah...nak bayar duit transport lagi..plak tu orang-orang yang pergi ke sana...diberi tempat tinggal dan makan minum. Bukan satu bahagian je tau yang diberi tapi hampir semua bahagian seluruh Malaysia disuruh berkampung kat kawasan tu. Tapi aku tak tau la ada individu yang nak sponsor bayar itu semua. Tapi yang pasti nya setiap kali pilihanraya camtu la..tak kira la besar ke kecil. Semua ahli dikerah ke kawasan tersebut. Maka makcik pakcik yang kat kampung tu ambik peluang la untuk jalan-jalan, hahaha..bukan kat kampung jer...orang-orang bandar pun sama.

Tapi rasanya bukan BN je macam tu, parti pembangkang pun sama gak...cuma mana dapat tu maybe la ada dapat sponsor, tak kira la dari individu-individu ataupun syarikat-syarikat. Bak kata bapak aku, bapak aku ni penyokong PAS..hehehe...dia kata berlori keropok sampai dari kelantan ... ini masa pilihanraya Bukit Gantang. Jenuh la deme makan keropok. Hehehe...markas2 PAS masa tu pun ada ikut bahagian...so banyak la markas nyer...hehehe

Calon PR tu pun satu.….dolu-dolu tak ada la plak nk g belajo…skang baru sibuk-sibuk nak belajar. Nak cover la tu...alasan jer...padahal ada isu lain yang lagi panas tapi takkan nak didedahkan.

Tapi kalau BN tak letak calon tak bess la...tak meriah la pilihanraya kecil tu... seteru tu tak kuat dan kurang kick. Ke BN ada letak calon atas nama parti bebas...nk tengok market...hehehe...mesti ada citer2 camni...caya lah...

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena