Televisyen (TV) merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh dan hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan TV ini kepada kita semua?
Kebaikan:-
1. Alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara (macam berita pukul 8 malam tu dan berita dunia). Segala maklumat di dalam dan luar negara, kita perolehi dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan lagi.
2. Alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program macam ni, ianya seperti maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3 melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita, ianya amat berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara.
3. Alat hiburan. Alat hiburan juga merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja, kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita.
4. Alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasaalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya.
5. Alat untuk pengiklanan produk dan servis sesebuah syarikat. Ini memberi kelebihan kepada pengiklan dalam mempromosikan produk-produk dan servis yang ditawarkan oleh mereka.
Keburukan:-
1. Boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak, ini adalah kerana:-
- menyekat perkembangan teknik membaca. Dalam usia yang muda, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan menambah teknik mereka dalam pembacaan. Ini masih terdapat kanak-kanak yang sudah masuk darjah 1 tapi masih tidak tahu membaca.
- menyekat perkembangan skill-skill lain seperti bahasa, pergaulan, kreativiti dan juga skill mendengar. Skill-skill ini hanya boleh ditingkatkan dengan memperbanyakkan pergaulan mereka dengan kanak-kanak lain ataupun orang dewasa.
- Hilang tumpuan dalam pembelajaran. Ini berlaku apabila ketika kanak-kanak tersebut menyiapkan kerja sekolah, TV dibiarkan terpasang, oleh yang demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu.
2. Rancangan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak dan juga remaja seperti adegan seks, banyak memberi kesan buruk kepada dua golongan ini. Pada masa kini tidak mustahil kanak-kanak yang masih di sekolah rendah boleh membuat aksi seperti bercium. Ini adalah pengaruh dari TV.
3. Membazir duit. Pada masa sekarang ini banyak program-program realiti telah diadakan, contohnya program Akademi Fantasia. Pembaziran duit berlaku apabila penonton terpengaruh dengan program tersebut dan taksub untuk menyokong peserta yang mereka sukai dan mereka mengundi peserta tersebut. Undi bukan sekali dua, malah mungkin beratus-ratus kali. Berapa yang telah dilaburkan? Siapa yang untung? Adakah orang yang mengundi akan mendapat untung? Jadi fikir-fikirkanlah.
4. Membazir masa. Pembaziran masa ini terjadi apabila terlampau banyak masa dihabiskan di hadapan TV dengan hanya menonton rancangan-rancangan hiburan.
5. Penonton terpengaruh dengan iklan-iklan yang dilihat di TV. Apabila terpengaruh faham-faham sahaja lah, benda yang tidak perlu di beli...terus di beli.
6. menyekat perkembangan otak kanan iaitu bahagian untuk kreativiti. Apabila kita menonton TV, kita hanya mendengar dan melihat tetapi otak kita jarang digunakan dalam masa tersebut. Berbeza jika kita membaca buku cerita misalnya. Apabila kita membaca buku cerita, kita akan cuba menggambarkan (macam imaginasi) apa yang diceritakan dalam cerita tersebut, sekaligus mengaktifkan otak kanan kita. Otak kiri dan otak kanan kita seelok-eloknya di balancekan.
7. Digunakan oleh orang-orang tertentu untuk mempengaruhi pemikiran rakyat/masyarakat. Ini berlaku ketika pilihanraya yang lepas yang mana terdapat parti politik yang menggunakan sepenuhnya media elektronik dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Kuasa yang mereka ada telah digunakan sepenuhnya. Pada sesetengah pihak, ianya menganggap sebagai kebaikan. Itu terpulang kepada pendapat masing-masing.
8. Terdapat juga maklumat yang diterima adalah maklumat yang salah. Media-media elektronik mestilah bertanggungjawab terhadap setiap maklumat yang mereka sampaikan.
Bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV:-
1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila kita balik, kita akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja.
2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa.
3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktis sejak anak-anak masih kecil lagi.
4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak.
Kita hendaklah pandai dalam memilihkan program-program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Fikir-fikirkan lah.
Ke Kenanga KWC Fashion Mall @ Pudu, KL
18 hours ago
good...i like ur karangan it was very useful for .u hav help me in my last exam tq
ReplyDeleteGlad to hear tht...wish u good luck on ur last exam..
ReplyDeletevery useful information.parents actualy plays an important role in educating children abt tv...
ReplyDeletethanks...
Very very very useful imformation !!
ReplyDeleteThank you soooooo much !!
rainukha .. u r right..parents is a role model to their children..
ReplyDeleteAztech .. u r welcome n thanks for coming to my blog
very nice.i like ur karangan !!!!
ReplyDeletethis is a very good karangan of fakta but.. i'm still gonna put the tv in the living room XD and my bedroom :D
ReplyDeletethank youuhh .^.
Very useful ! Using this for my karangan !! Thank You ...
ReplyDeleteBiasa tak kita lihat berhala sembahan sesetengah masyarakat Cina di negara kita. Kita boleh nampak benda tu dari luar rumah. Berhala ni tak lah di hadap dalam tempoh yang lama oleh mereka, berbanding peti tv. Siaran tv ni agaknya boleh diibaratkan menghadap berhala tu, sebab kekadang kita jadi kerasukan atau obsessed dengan siaran tertentu. Saya baru tahu bahawa bagi seorang lelaki Muslim, melihat wanita yang bukan mahram terutama dengan perasaan seronok atau suka itu haram, begitu juga vice versa. Bayangkan banyaknya dosa yang kita buat setiap detik kita menatapnya. Ini tak termasuk adegan-adegan yang menghairahkan. Kalau kita buat perbandingan masa yang kita guna menghadap tv dengan masa yang kita menghadap tuhan dan meminta ampun padanya, pasti tak seimbang. Takut nak bayangkan kita dalam penantian beribu-ribu tahun tersiksa kerana dosa-dosa kita ,dalam kubur sementara menanti kiamat. Itu tak cerita lagi siksanya di mahsyar dan neraka. Ya Allah, lindungi aku dari fitnah tv. Ampuni aku.
ReplyDeleteAnonymous...mmg setuju sangat dengan pendapat awak..kadang2 hairan jugak..sesetangah org begitu tansub sampai sanggup berhabis duit tuk sesetengah rancangan tu...bab amal ibadat dengan menonton TV...itu sememangnya betul..masa menonton berganda panjang dpd masa menonton..kdg2 tu..solat ligat yg amat...sbbnya untuk menonton tv...banyak pembaziran masa berlaku...Semoga ramai lagi yang mempunyai kesedaran seperti awak..
ReplyDeleteAssalamualaikum..blh bri tnjuk ajr x??iman sya lmah bla da trpndng wnita..blh bg tips nk elakkan smua 2 brlaku x??solat x khusyuk,stdy x masuk, n nk bramal pn ssah sbp mnghyal,,huhu lucu..(n_n)
ReplyDeleteActually, people used to watch tv on more negative things than positive ones. Which leads them to the wrong side. People nowadays, didn't realized that life has changed, and it happens too fast. Whats the point of watching porn films? Its not good, even for parents, and especially for teenagers nor kids. The uses of tv is for us to gain more knowledge on things that we have never learn before, to gain our creativity, the way our mind thinks.. and much more. And also, parents are needed to watch what their children are watching, be careful... be a hidden camera once in a while, watch them.. they're the next generation, so teach them the right things! :)
ReplyDeleteThanks for sharing great info.
ReplyDeleteTELEVISYEN SEBAGAI ALAH SATU ALAT IBLIS
ReplyDeleteBAGI MEROSAKKAN KEHIDUPAN KEROHANIAN INSAN
Ini sebuah buku yang baik dibaca oleh kita-
I hope they are a comfort to you as you plan for your
ReplyDeletespecial day. This wish will be fulfilled by decorating the Lebanon
outdoor venue with beautiful and fresh flowers. Whether you go
timeless, trendy, or somewhere in between, there are endless options available
for on various online jewellery websites.
Also visit my blog :: spiele spielen - pedliys.livejournal.com
I THINK...TOO MUCH BAD FACTOR THAN GOOD FACTOR..I WANT TO DO A ESSAY..BUT NEED AT LEAST 6 PARAGRAPH...THE ESSAY NEED A GOOD FACTOR..NOT A BAD FACTOR..PLEASE MORE THE GOOD FACTOR..BECAUSE I WILL SIT MY UPSR EXAM..PLEASE.. :( :( :(
ReplyDeleteThe best solution is not have tv
ReplyDeletegood essay for me but not too good for my exams... however you can visit my blog for more information about science
ReplyDeleteTerima kasih sbb wat karangan ni..
ReplyDeletesaya dapat A+ dlm peperiksaan Bahasa melayu penulisan....Thank U so much.😄😘