...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, July 20, 2012

Air Epal Hijau + Lobak Merak (Carrot) + Daun Saderi Dan Susu Anlene

Air campuran Epal Hijau + Lobak Merah (Carrot) + Daun Saderi merupakan minuman harian aku sekarang ni. Hari-hari kena minum. Kalau tak ada rasa macam something missing. Bukannya sedap sangat pun. Mungkin dah terbiasa kut.

Lobak Merah
 Epal Hijau dan Lobak Merah

Masa aku buat checkup darah aku, consultant ni bagi cadangan pada aku untuk minum air ni....dia kata minuman ni bagus untuk lawaskan perut dan juga untuk darah tinggi aku. Aku ni kan ke ada tekanan darah tinggi. Itu la yang aku praktiskan. Tapi aku perasan, bila aku minum air ni...sakit belakang tengkuk aku hilang...sebelum minum air ni...aku sakit tengkuk dan sakit di belakang kepala. Dah biasa sangat rasa sakit ni. Bila aku minum air ni...ada kesan la..itu yang aku teruskan mengambil air ni.

Celery
 Daun Saderi

Macam mana nak buat air ni??? Senang yang amat:-

1 biji Epal Hijau
1 batang Lobak Merah
beberapa tangkai Daun Saderi

Epal dan lobak merah di buang kulit dan dipotong (ikut suka hati la ... sebab nak masuk dalam blender), dan daun saderi tak potong la sikit. Kalau aku spesis malas ni...aku masukkan terus...tak payah potong-potong hehehehe. Masukkan air dan kalau suka masuk la gula sikit. Macam aku memang tak ada gula. Lepas tu pasang la blender tu.....grgrrgrgrgrgrgrgrgr...pastu siap la...boleh la minum. Minum sekali dengan serat yerrr...lagi bagus. Macam aku..aku masukkan dalam peti ais. Minum masa sejuk pun sedap.

Air Lobak Merah dengan epal dan saderi
 Sedia untuk dihancurkan

Mula-mula minum tu memang rasa macam pelik...tapi bila dah hari-hari...sedap la plak...yummmmy..
Inilah hasilnya

Lagi satu minuman harian aku ialah Susu Anlene. Susu ni aku minum sebelum masuk tidur. Biasa la dah tua-tua ni baru la sibuk-sibuk nak minum ... untuk tulang la katakan...takut reput...hhehehehe...lagi pun aku kalau minum susu ni...sah la asyik keluar angin...prutttt..prrruutt..prruuttt...hehehe..pastu sah sah la buang air besar. Boleh lawaskan perut.

susu
 Segelas sehari

Lupa plak...pagi-pagi aku mesti ambil nescafe/white coffee/radix panas. Kalau tak ambik rasa tak bess. Tapi segelas je la.  Air kosong tu dah wajib la. Semua orang kena minum air kosong. Elok untuk kesihatan. Jadi amalkan la (air kosong tu..bukannya air nescafe tu..hehehe)

3 comments:

  1. Assalamualikum tuan belog..

    Sama lah saya pun baru nak minum susu Anlene semula haritu skip.. haha. thanks for the receipe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mentega terbang :) ...

      selamat minum susu..hehehe...u r welcome..

      Delete
  2. Assalamualaikum tn hamba,kalau letak gula stevia pun cun gak, hamba letak gula stevia,mmg cun rasa dia :)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena