...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, October 09, 2012

SMS Percuma Menggunakan Gmail



Kepada sesiapa yang masih tidak tahu, Gmail ada menyediakan fungsi SMS, di mana kita boleh menghantar sms secara percuma.

Bagaimana nak aktifkan?

1. Login ke Gmail
2. Setting -> Lab
3. Scroll down sampai jumpa “SMS (text messaging) in Chat” (gambar seperti di bawah). Kemudian tick di bahagian “Enable”
4. Save Changes

Gmail

Bagaimana nak hantar SMS?

1. Buka Chat Box (Gtalk) orang yang hendak di hantar sms tu
2. Bahagian atas kanan ada “More”, klik “More” -> Send Text (SMS)

Gmail

3. Pilih “Country” dan masukkan no telefon

Gmail


4. Di bahagian bawah “Country” ada “Supported Mobile Phone Operators”, jika di Malaysia, operators yang boleh guna servis ini ialah Maxis, Digi dan Celcom
5. Save
6. Boleh la hantar sms menggunakan Gmail, kalau nak tukar ke fungsi chat, pergi ke tempat yang sama dan pilih “Switch to Chat”

Ada Bayaran Tambahan ke??

1. Tiada bayaran dikenakan bila hantar sms dari Gmail
2. Sekiranya penerima sms “reply” sms ke Gmail, bayaran sms yang biasa akan dikena oleh operator 

Bagaimana Ianya berfungsi?

1. Sehari hanya boleh menghantar 50 sms (dipanggil 50 kredit). 2 sms hantar = tinggal 48 kredit
2. Sekiranya mendapat “reply”, 5 mata kredit akan di tambah. 1 reply = 5 kredit

Sesiapa yang ingin berjimat untuk sms, boleh la cuba.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena