...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, July 08, 2013

SUKMA 2013 : Atlet Lelaki Dan Wanita Terbaik - Daniel & Esmelda




Daniel Iskandar Richard, 19, gimnas Selangor  telah dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik bagi SUKMA XVI  2013. Daniel Iskandar telah berjaya meraih emas dalam disiplin keseluruhan individu, keseluruhan pasukan dan kekuda berpelana, beliau juga meraih dua perak dalam acara melombol dan palang tunggal.

Manakala bagi Atlet Wanita Terbaik pula di raih oleh Esmelda Arecia Menti Alfred Geling, 13,  gimnas dari Sarawak. Beliau berjaya meraih emas dalam disiplin aparatus melombol dan batan titian, juga meraih perak untuk  berpasukan keseluruhan, palang bertingkat dan senaman lantai. Beliau juga berjaya meraih satu gangsa bagi disiplin keseluruhan individu.

Kedua-dua atlet terbaik ini membawa pulang trofi dan RM1,000.

Selangor telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi SUKMA XVI 2013 dengan meraih 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa. Diikuti oleh Terengganu di tempat kedua dan Wilayah Persekutuan di tempat ketiga. 

SUKMA XVII 2014 akan diadakan di Perlis.Majulah Sukan Untuk Kita Semua. :)

8 comments:

  1. Replies
    1. tahniah warga selangor :)

      Delete
  2. Johor tertinggallah pulak huhu...
    Esmelda ni femes dah.. tapi Danial kakak tak tahulah pulak.
    Kakak tak mengikuti sangat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. johor no. 4 kakzakie..perak lg jauh..no. 9..hehehe..daniel tu gimnas kebangsaan gak tu..

      Delete
  3. dlm meriah SUKMA thn nih terpalit sejarah hitam bila ada jadi mangsa rogol.. aduhai.. katanya bawa masuk arak ke tmpt tinggal.. dah minum arak apa2 pun tak sedar kann... hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la yana...muda2 lg dh minum arak...merogol lak tu..tunggu je la siasatan polis..

      Delete
  4. Tahniah selangor...and untuk olahragawati & olahragawan jugak..cuma tulah macammanalah banyak sangat cerita kurang enak keluar sampai tenggelam cerita yang lain..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..cerita sensasi lak tu...mmm..

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena