Assalamualaikum
Ali dari awal-awal lagi dah memasang niat untuk pergi ke sekolah tahfiz...mungkin terikut-ikut dengan kawan baik dia, Iffat yang telah pun pergi ke sekolah tahfiz...Keputusan UPSR Ali tak begitu memberansangkan...jadi peluang untuk masuk ke sekolah tahfiz top2 tu tipis...so selepas keputusan UPSR keluar sehari dua aku duk concentrate mencari sekolah tahfiz yang sesuai untuk dia...aku jumpa la 2 sekolah ni...yg betul2 menarik minat aku....
1. Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz Al Quran ADDIN Perak
2. Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin, Chenderong Balai
Kedua-dua sekolah ni boleh daftar secara online (kalau ada yang nak tau lebih details pasal sekolah2 ni...klik je kat nama sekolah tu)...jadi aku terus daftar...tak lama lepas daftar tu...dapat panggilan dari sekolah2 tu untuk menghadiri temuduga. Bulan lepas dah selamat Ali pergi temuduga di kedua-dua sekolah tu.
Gambar-gambar dalam ni temuduga yg Ali hadiri di Maahad Tahfiz Addin. Tahfiz ini terdapat dalam 13 cawangan di seluruh negeri Perak. Syarat-Syarat kemasukan ke Tahfiz ni adalah seperti berikut:-
1. Pelajar lelaki atau perempuan berumur 13 tahun pada 1 Januari 2014
2. Boleh membaca al Quran dengan baik.
3. Lulus temuduga khas yang akan diadakan.
4. Berminat untuk menghafaz al Quran
5. Bersdia tinggal di asrama yang disediakan.
6. Bersedia untuk ditempatkan di mana mana cawangan MTQ ADDIN
Memang nampak mudah je syarat-syarat tu....dan aku pilih Cawangan di Tambun 7...sebabnya aku tengok dalam FB cawangan di situ...nampak aktif...budak2 di sekolah tu pun nampak aktif jer...
Tangga Lama...Cantik |
Semasa temuduga, ujian kelayakan masuk terbahagi kepada empat kategori, iaitu:
1. Bacaan al Quran ( surah dan ayat akan di tentukan pada hari ujian dijalankan )
2. Hafazan Al Quran ( surah dan ayat akan di tentukan pada hari ujian dijalankan )
3. Jawi ( Bacaan dan tulisan )
4. Bahasa Arab ( Bacaan dan Tulisan )
Ali pun pergila temuduga tu yang diadakah di MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN 11, di Jalan Seruan, Ipoh...cawangan ni menempatkan pelajar2 perempuan sahaja. Masa sampai di situ punya la ramai...temuduga ikut zon...so ada beberapa tempat lain lagi untuk temuduga tu...yang datang temuduga di situ semua pelajar yang mintak cawangan di Tambun 7 sahaja..punya la ramai...yang mintak dalam 90 lebih....tapi kekosongan cuma ada 20 sahaja. Dah daftar semua...diaorg bagi la surah2 dan ayat2 yang nak dibaca dan di hafaz...
Lama jugak la tunggu...petang baru selesai...Masa tunggu Ali ditemuduga tu...sembang la dengan ibu bapa yang lain...ada sorang ni...2 orang anak dia ada di cawangan Tambun...dia cakap...setahun anak dia di situ..dah boleh hafaz 10 juzuk Al-Quran...memang cepat...ustaz-ustaz di situ pun pandai bagi galakan pada para pelajar...dan permintaan untuk masuk ke Tambun 7 memang tinggi...
Cara pembelajaran di Tahfiz ni...Isnin-Jumaat Hafazan sahaja...Sabtu dan Ahad baru Akademik...sape2 yang nak ambil PMR, SPM boleh...cikgu-cikgu untuk subjek akademik memang didatangkan dari luar.
So tunggu 2 minggu untuk tau keputusan...sekarang pun dah tau keputusannya... :)
Assalamualaikum,,saya sekarang sedang mencari sekolah tahfiz untuk anak perempuan saya.Di sekolah tahfiz ni ada untuk perempuan juga kan?
ReplyDeletewaalaikumussalam...ya...di sini pun ada untuk perempuan...tak silap saya...sekolah perempuan di Ipoh..
Deletesy nak no telefon ofis sekolah bole
DeleteNo Tel : 05-5060223
Deleteanak dah dok sini ka... saya minta yag addin 10 kat sg kati sebab dekat dengan umah mak sedara husband... dah dapat dah... dia nak p la... ok ka kat addin ni...
ReplyDeleteanak masuk sekolah lain...dia dapat tawaran tapi tak pergi..
DeleteSaya nak tanya.. tahfiz untuk perempuan yg dlm umur 20 tahun keatas ada ke ?
ReplyDeletemaaf syafika..saya tak pasti la ... tahfiz yang ini untuk yg belasan tahun...tapi mungkin boleh tanya pada mereka..
Delete