...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, April 22, 2014

Idea Tempat Simpan Barang Di Rumah Kecil

Assalamualaikum

Anda mempunyai masalah untuk menyimpan barang di dalam rumah yang berkeluasan kecil? Ini memang biasa berlaku kepada kita semua, terutama yang tinggal di kawasan bandar dan mempunyai rumah yang berkeluasan kecil seperti rumah noe ni la.

Kita semua jangan risau...sebenarnya banyak cara boleh dilakukan bagi menyimpan barang-barang kita. Tapi kena adakan sedikit pengubahsuaian pada rumah kita la. Kalau tak pun ada juga yang jenis pasang siap.

Cuba tengok gambar di bawah ini. Ini merupakan kawasan tangga untuk naik ke tingkat atas. Tangga ini bukan sahaja berfungsi untuk naik ke tingkat atas tapi juga boleh diubahsuai menjadi tempat menyimpan kasut, siap bertutup..jadi kalau kasut berbau tak ada la merebak bau ke dalam rumah.



idea tangga

Gambar di bawah ni pula...masih di kawasan tangga naik ke tingkat atas....cuma idea yang ini pula...untuk bahagian bawah tangga. Kadang-kadang bahagian bawah tangga kosong jer...macam rumah noe. Ruangan kosong tu boleh di buat untuk menyimpan barang seperti di bawah ini.  Macam-macam boleh disimpan di situ. Ianya bertutup..jadi kawasan ini akan menjadi lebih kemas.

tempat menyimpan
Sumber
Gambar di bawah ini pula, idea seperti gambar di atas, cuma kawasan ini digabung dengan kawasan dapur sekali dengan ruang makan. Nampak kemas jer. Kawasan kecil tapi boleh dijadikan tempat makan juga.

Ruang Tangga
Sumber
Gambar di bawah ini pula merujuk kepada tempat tidur anak-anak. Kalau korang nak beli katil untuk anak-anak yang masih kecil..elok beli katil seperti di bawah ini. Disamping atas 2 buah katil...terdapat juga ruang untuk menyimpan seperti menyimpan mainan mereka.

Kids Furniture
Sumber
Gambar di bawah ini pula masih lagi berkisar di kawasan tempat tidur, kali ini tempat tidur utama atau bilik tetamu. Seelok-eloknya dipasang kabinet, kalau boleh sampai ke siling. Bila dah berkeluarga, ruangan untuk menyimpan amat diperlukan. Kabinet ini boleh menyimpan baju-baju kita, selimut, cadar, langsir dan sebagainya. Katil pula elok beli jenis katil yang ada ruang untuk menyimpan juga seperti di bawah ini.

Kabinet Bilik Tidur
Sumber

Kita juga boleh membuat tempat menyimpan di ruang tamu. Ianya seperti gambar di bawah ni. Banyak ruang simpan boleh dihasilkan. Elok untuk menyimpan koleksi DVD, Majalah dan lain-lain harta khazanah lagi. Kalau gambar dibawah ini, ada ruang simpan yang terbuka tapi noe lebih suka ruang yang bertutup terus...tak sakit mata dan habuk susah nak masuk...kalau jenis terbuka macam ini...kena susun kemas2 dan kena rajin lap habuk yang hinggap.

Idea Ruang Tamu
Sumber

Dari ruang tamu, kita pergi pula bahagian dapur. Kabinet seperti di bawah ini memang bagus..banyak ruang untuk menyimpan..kabinet pun sampai ke siling. Elok buat kabinet yang ada ruang untuk letak peti ais, microwave dan barang elektrik lain. Ianya nampak lebih kemas. Barang-barang seperti sudu, pisau, senduk, periuk belanga, kuali dan barang-barang sewaktu dengannya boleh disimpan dan tempat simpanan yang banyak tu. Ada setengah orang..suka pamerkan senduk, periuk dan lain-lain...di luar sahaja. Tapi noe kalau boleh nak sorok semua. Tapi ye la..citarasa berbeza kan.

Ruang Dapur Cantik
Sumber
Tengok simpan di gambar bawah ini...memang praktikal kan. Letak bahan-bahan kering segalanya dalam satu almari. Tapi kalau jenis kena simpan dalam peti ais seperti marjerin ke..elok diletak dalam peti ais...kalau letak di sini...takut tak tahan lama pulak.
Almari Dapur
Sumber
Akhir sekali di sudut bilik air, dalam bilik air pun boleh ada tempat simpanan. Segala peralatan mandian yang tidak digunakan elok di letakkan dalam tempat simpanan ini. Tuala yang elok pun boleh disimpan di dalam bilik air ni. 

Idea Bilik Air
Sumber



38 comments:

  1. gud idea jg ni.. semua brg tersembunyi & dpt jimat ruang.. tp takut jg kot2 lupa mana simpan brg.. silap2 pintu toilet yg trsembunyi tu on x jmpa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...pintu toilet pun disembunyikan ..

      Delete
  2. waaaaa I like yang bawah tangga tu... it gives me idea untuk buat kat my house... nampak kemas jer... and we all baru jer buat kabinet dapur macam dalam gambar tu ... terus sampai siling tinggi 10 kaki... dgn tempat letak peti ais, oven..microwave... laci utk simpan sudu, garpu dan alat-alaat kecil seangkatan dengannya... kos RM3900... I like interior design... cuma x tahan duit jer nak upah orang hahahaha... wish i have my own bengkel kayu... :D boleh buat sendiri jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah la tu wafa...3900...klu kt sini...kecik sgt la dpt...upah mmg mahal...ooo..wafa pun tau buat ke??? bagus2...serba serbi tau....patut la mertua syg...menanam tahu..bertukang tau...memasak tau...ehehe

      Delete
  3. memang efektifkan noe..cantik pun cantik..

    ReplyDelete
  4. Cursor mania & fitness story for you..

    ReplyDelete
  5. memng best idea ni..tambah part tangga dijadikan ..ttempat simpan.. cma perlu krajinan nak buat :) good sharing sisi..
    lenovox2

    ReplyDelete
    Replies
    1. upah org je sobri...buat sendiri takut x menjadi jer... thanks sobri

      Delete
  6. Kakak sukalah Noe tengok decor macam ni. Bukan aje jimat ruang tapi nampak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kakzakie....nampak kemas gak kan...

      Delete
  7. wah mmg menrik & praktikal lah idea ni !

    ReplyDelete
  8. kalau dapat macam ni kan senang.. tersusun je.. hihi

    ReplyDelete
  9. wow....bagus gak idea2 ni...

    ReplyDelete
  10. good idea.. menarik.. dan kreatif

    ReplyDelete
  11. awok paling respek bila tengok citer pasei hiasan rumah Jepun... deme boleh memaksimumkan ruang pada ruang yang minimum... hebat.... selagi ada ruang deme guna... tapi kawasan yang kecik tu jadi nampak luas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...rumah2 kt sana mmg kecik beno...tp deme boleh je duduk yob...bukan umah je kecik...bilik hotel pun kecik gak...mentang2 la badan deme kecik...tp mmg pandei deme menyusun...kn susun betul2 sbb nk nampak lueh kan

      Delete
  12. suka tengok yg bawah tangga juga ..
    kreatif !!! ..
    tp ... additional cost la utk buat gitu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. additional cost...tu dah pasti aby...

      Delete
  13. Menarik sungguh kalau camtu kan. Omputeh ni ada je idea.

    ReplyDelete
  14. Wahh best.. bab laci tangga tu mmg terbaik.. kelass gitu hehee..
    3x inti.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...mmg kelass khir...
      terima kasih khir

      Delete
  15. Kretif. Tapi budget pon kena ada gak klo nak buat mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Fiza...kena kumpul duit dulu... :)

      Delete
  16. ni kalau ada budget lebih confirm rumah kecik pun boleh jadi cantik dan menarik.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aiza...rumah kecil pun boleh jadi cantik...

      Delete
  17. cantik2... tapi rumah2 kita ni biasanya dah siap mmg tak boleh simpan apa2 macam tangga tmpt simpan kasut tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah nora...cuma klu nk ubahsuai la...kena ada budget lebih la..

      Delete
  18. Teringinnya nak ada rumah macam tu... Cantiknya Noe...

    ReplyDelete
  19. kena suruh laki bertuknglah cam ni..

    mcm x mampu je nak ubah suai perabot jd gini..

    ho

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu laki boleh bertukang...untungla PB...

      mana tau ada rezeki lebih...boleh je buat..

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena