...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, May 05, 2014

Apa itu Program Affiliate

Assalamualaikum


Apa Itu Program Affiliate?

Mesti ramai yang dah tau pasal program ni...namun ada juga yang masih tak pasti berkenaan dengan program affiliate ini.

Kepada mereka yang masih tidak tau berkenaan dengan program affiliate ini, ianya merupakan salah satu pemasaran secara atas talian dan ianya mampu menghasilkan pendapatan kepada mereka yang menyertai program affiliate ini. 

Berapa Pihak Yang Terlibat?

1. Syarikat/individu yang mengeluarkan produk

2. Ejen Affiliate - ianya terdiri daripada individu atau syarikat yang menyertai program affiliate ini. 

3. Pelanggan - individu/syarikat yang membeli produk secara atas talian


Bagaimana Program Affiliate Bekerja?

1. Syarikat/individu yang keluarkan produk (penganjur program affiliate) akan menawarkan program ini kepada syarikat/individu yang berminat untuk menyertai program affiliate mereka. 

2. Program ini ditawarkan secara percuma dan syarikat/individu yang menyertai program ini akan diberi link dan link tersebut merujuk kepada link affiliate atas nama syarikat/individu tersebut.

3. Syarikat/individu yang telah diberi link akan mula memasarkan produk tersebut dengan meletak link yang telah diberi di dalam website/blog mereka atau memasarkannya melalui media sosial.

4. Pelanggan yang berminat dengan produk tersebut akan klik di link tersebut dan membeli melalui link tersebut. Selepas jualan berjaya, syarikat/individu yang menyertai program tersebut akan mendapat komisyen dan komisyen tersebut dibayar oleh penganjur program affiliate.

Sebenarnya cara program ini bekerja lebih kurang sama dengan syarikat insuran dan syarikat-syarikat lain yang memberi komisen kepada pekerja yang berjaya mendapatkan jualan.. Sekiranya ejen insuran mendapat pelanggan mereka akan mendapat komisyen dan komisyen akan dibayar oleh syarikat insuran. Bezanya cuma ianya dibuat secara atas talian.


Berapa Banyak Komisyen Yang Di Bayar?

Berapa banyak komisyen sebenarnya bergantung kepada syarikat/individu yang menawarkan program tersebut. Ada yang memberi 10%/20%/30% dan sebagainya. Ada yang meletakkan jumlah yang tetap tetapi yang ini biasanya untuk referrel di mana seorang customer yang baru sign up akan diberi RM1 contohnya.

Inilah serba sedikit berkenaan dengan program affiliate. Kawan-kawan yang tak tau sebelum ini, selepas ini dah boleh faham serba sedikit.


9 comments:

  1. affiliate..dlu saya penah daftar dgn job@home tp takde pendedahan mcm mana nk guna/bekerja dgnnya terus berkubur macam tu jer...
    bw sini sambil isi tabung hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...lepas ni boleh la start balik KB..
      terima kasih KB

      Delete
  2. biasa baca mengenai program ni tp tak join..:)
    menabung kt sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo ...baca sambil tambah pengetahuan...
      terima kasih kak kam

      Delete
  3. oooo....sikit2 dah faham.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 je mcm x faham..lama2 mesti Atie faham

      Delete
  4. memang ada banyak cara nak dapatkan duit secara online ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Nora...kena rajin sikit la..

      Delete
  5. Menarik juga program affiliate ni klu kena dgn produk & jiwa kita + blog.. saya pun suka juga..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena