...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Sunday, May 25, 2014

Keputusan Piala Thomas 2014 - Akhir Malaysia vs Jepun

Assalamualaikum

Keputusan Terkini, Malaysia kalah kepada Jepun dalam perlawanan akhir Piala Thomas 2014.  


Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Kenichi Tago dengan straight set 21-12 dan 21-16. Namun kejayaan Lee Chong Wei gagal diteruskan pasangan utama negara apabila pasangan Tan Boon Heong dan Hoon Thien How gagal menyekat pasangan Jepun Kenichi Hayakama dan Hiroyuki Endo.

Chong Wei Feng pula gagal menyekat Kento Momota dan kalah mudah dengan 21-15 dan 21-17.

Beregu kedua negara menyelamatkan keadaan di mana mereka berjaya menyekat kemenangan Jepun dan pada perlawanan terakhir sebentar tadi Daren Liew gagal menyekat Takuma Ueda untuk memenangi perlawanan ini dan sekaligus menobatkan Jepun sebagai Juara Piala Thomas 2014 buat kali pertama dalam sejarah.

Tahniah kepada pasukan Jepun dan jurulatih mereka iaitu Park Joo Bong.

Malaysia (2) vs Jepun (3)


Lee Chong Wei vs Kenichi Tago (21-12, 21-16)


Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo (21-12, 17-21,19-21)
Chong Wei Feng vs Kento Momota (15-21, 17-21)
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura (19-21, 21-17, 21-12)
Daren Liew vs Takuma Ueda (12-21, 21-18, 17-21)

22 comments:

  1. ada sahaja yang bising kata itu ini kita memang banyak cakap.cuba kita pula yang buat.sedihnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu standard suri...klu x bising...bukan org malaysia tu...hehehe

      Delete
  2. duhai malam ..

    lactacyd 2x, wshiper 2x

    ReplyDelete
  3. Walaupun gagal, Malaysia tetap terbaik...tak ada rezekikan..tahniah jepun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu raudzah...diaorg dah berhabis-habisan..

      Delete
  4. tengok jugak malam tadi.. apapun tahniah buat semua pemain malaysia.. tak mudah mengalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ros..yg penting semangat melawan tu ada...

      Delete
  5. Klu lah rosmah mansuri mcm hasmah ali yg setia berada bila team badminton dlm prlawanan yg genting. Agaknya keputusan blh mihak kt kita.
    Players akan dpt suntikan semangat yg lbh bila first lady ada brsama.
    Apapun tahniah kt jepun atas kemenangan tu.
    Tahniah kt team kita juga sbb mampu smpai ke final

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Aby....dulu2 Tun Dr Siti Hasmah Ali mesti ada beri semangat kepada pemain2...ye la..payers mesti nak tunjuk keterroran ngan first lady kan...hehehe
      terperanjat jepun masuk final tak habis lagi...tambah terperanjat bila jadi juara...hehehe
      target kita semi final...dah meet target...

      Delete
  6. dekat tapi jauh..... kuciwa .......

    ReplyDelete
  7. Malaysia ttp memberikan persaingan yg terbaik malangnya Jepun ada ultraman...
    3x lactacyd.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...tu yg tengok kat FB...banyak ultraman diaorg...patut la menang...hehehe
      terima kasih Khir..

      Delete
  8. sayang sangat sis..saya yg duk rumah memang terasa berdebar2 gila2..mau tak tambah2 game lasat..tapi sayang darren liew banyak bagi point free.. x apelah anggap x de rezeki..next time boleh cuba lagi..tahniah kepada jepun....


    mnabung x2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sobri..peluang dah ada nk jadi juara...bukan senang nk sampai ke final...sis pun sama...stress tengok...betul tu sobri....darren banyak bagi mata mudah...ntah bila la dapat masuk final lagi...tp tahniah juga kepada malaysia...dengan player yg ada memang kita tak jangka dapat masuk final..

      terima kasih sobri..

      Delete
  9. Kecewa... tapi apa boleh buat...blm rezeki Malaysia lg bawa pulang piala Thomas... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kecewa atie...hehehe...x tau la bila kita dapat masuk final lagi...

      Delete
  10. Tulah tu Noe...papa Zir dah berangan dapat cuti hehe....

    ReplyDelete
  11. kalah menang dah adat pertandungan, yang penting dah usaha sehabis mungkin.

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena