...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, June 07, 2014

Saiz Duit Syiling Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Di sini, noe bukannya nak bercerita pasal asal usul atau ciri-ciri atau makna gambar dalam duit syiling yang mula dikeluarkan pada tahun 2012 ini. Duit syiling yang baru ni sebenarnya kadang-kadang mengelirukan sebab saiz nya yang hampir sama. Macam duit 50 sen, dah la warna kuning sama dengan 20 sen, saiz pun tak jauh beza.


Begitu juga dengan duit syiling 10 sen dan 5 sen. Kedua-duanya mempunyai warna dan saiz yang agak sama. Ianya berbeza ngan duit syiling lama, yang mana saiz antara 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen yang agak jauh berbeza. Duit syiling sekarang, kalau nak bayar atau nak guna kena tengok betul2 nombor tu.... nombor 20 atau 50. Makcik ni mata pun dah kabur-kabur, kadang-kadang jenuh nak menengoknya. Itu je ceritanya...hehehe...


Selamat Berhari Minggu Semua.


Cents Malaysia
Sumber





18 comments:

  1. Selamat berhujung minggu kak noe. Same laa. ana pun keliru jugak..

    ReplyDelete
  2. ya kak masa mula2 kluar siing ni slalu juga\keliru dgn hilainya sbab saiz..
    kna bhati2 tgok..
    klikx2

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang melawat sambil mnabung :P

      Delete
  3. Kita pun selalu tertukar syiling ni..color & saiz hampir sama...

    ReplyDelete
  4. Tak ada add yang menarik except the two bluebirds...Salam hujung minggu noe...

    ReplyDelete
  5. betul tu noe..jenuh kena belek2 dulu dit syilingnya..klu dulu tgok saiz dah tahu nilai

    ReplyDelete
  6. Terus terang saya katakan bila 1st time tngok duit baru tu rasa macan token utk main game kat arked game je huhu.. mmg konfius... :D

    ReplyDelete
  7. btol tuh. masa nak byr, kena tgk btol2. masa dpt duit baki pun kena tgk btol2.

    ReplyDelete
  8. Salam Noe... betul lah tu.. saiz duit syiling skrg mmg agak mengelirukan.. mcm best jer.. yg lama lg OK..hehe

    ReplyDelete
  9. syiling 50 sen tu ada lekuk2 tapi dah mende kecik tetap tertukar juga denga syiling 2 kupang

    ReplyDelete
  10. x suka kalu kena belek2 dulu mcm da org asing la plak bla nk membayar ;-)

    ReplyDelete
  11. betol2.. banyak kali tersilap. sepatutnya dapat 30sen (10 sen x 3) tapi rupanya dapat baki 5sen x 3.....

    ReplyDelete
  12. Kalau duduk di JB ini lagilah Noe. Keliru dgn syiling S'pore lagi sebab syiling dia memang lebih kecik. Dah sekarang kita pun ikut size kecik juga lagilah terkeliru. Kalau silap terbayar guna syilig S'pore rugi sebab duit kita kecik.. org yg dapt memang suka..

    ReplyDelete
  13. Memang susah nak beza duit syiling sekarang...

    ReplyDelete
  14. Kadang2 selalu tersilap bila nak bayar.. sebab 20 sen dengan 50 sen tu hampir2 sama...

    ReplyDelete
  15. Betul noe.....duit syiling yg kendian kendian ni mmg konfius mak.... kadang tu nak ambik duit syiling kat kaunter TESCO tu bukan main lama nak memilih syiling

    ReplyDelete
  16. salam noe...bw sini. bukan duit syiling je. kdg2 note 10 dgn 20 pun boleh tersilap.

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena