...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, June 18, 2014

Senarai 20 Atlet Menerima Bayaran Tertinggi Di Dunia 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut adalah senarai 20 orang atlet yang menerima bayaran tertinggi di dunia untuk tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Forbes. Mendahului senarai adalah peninju professional kelahiran America iaitu Floyd Mayweather. Beliau memperolehi pendapatan sebanyak $105 million sepanjang 12 bulan lepas, dengan hanya bekerja untuk 72 minit berlawan dengan Canelo Alvarez dan Marcos Maidana. 

Tempat kedua pula ialah Cristiano Ronaldo, pemain bolasepak terkenal dunia yang mewakili pasukan Real Madrid dan Portugal. Pada ketika ini, beliau sedang bertungkus lumus membantu pasukannya, Portugal dalam Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Brazil. Beliau mendahului senarai pemain bolasepak yang memperolehi pendapatan paling tinggi.

Tempat ketiga pula ialah LeBron James, pemain bola keranjang professional kelahiran America dengan pendapatan $72.3 million. Beliau mewakili pasukan Miami Heat dari National Basketball Association (NBA).

Dari 20 senarai di bawah 6 merupakan pemain bolasepak, 4 pemain bola keranjang, 3 orang pemain tenis, 2 orang masing-masing dari peninju, pemain Golf dan American Football dan seorang dari pelumba kereta F1 iaitu Lewis Hamilton.


Atlet Paling Mahal Dunia

10 comments:

  1. Wooooowwww....tinggi gaji..kaya raya mereka...

    ReplyDelete
  2. kayanya lah meke ni
    dah rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu Tihara...rezeki mereka..

      Delete
  3. mak ai tinggi gaji diorg..sebulan gaji mcm gaji saya setahun..
    rezeki berkat ksabaran dan ksunguhan :P
    bleh dijadikan motivasi utk bjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan senang utk jadi macam mereka...
      tul tu sobri...pembakar semangat tuk berjaya

      Delete
  4. pergh.. kaya dengan jadi atlit je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi pha is..kena tukar kursus nampaknya...hehehe

      Delete
  5. Perghhh makan tujuh keturunan tak habis!

    ReplyDelete
  6. Fuhh.. dpt jadi yg ke 21 pun ok dah.. ke 30 pun ok lagi hehee..
    3× jetta.. :D :D

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena