...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, August 08, 2014

Pergaduhan di Desa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Hari ini noe nak bercerita tentang kisah yang berlaku sebelum hari raya. Hari sabtu (26/7), lepas habis terawih noe ajak Bob keluar, nak cari tudung kononnya. Bob ajak pergi Jalan TAR, Bob dengan yakinnya cakap Jalan TAR mungkin dah tak ramai orang...sebab ramai yang dah balik kampung. Sangkaan Bob tu salah belaka, sebelum sampai bangunan AIA, jalan dah jem, bila dah jem macam tu, confirm la takkan masuk. Tak jadi pergi jalan TAR.

Bila dah tak jadi, destinasi seterusnya makan-makan, Bob bawak ke area Desa Pandan, kedai mamak je pun sebab. Masa sampai sana, depan tempat noe duduk ada satu kumpulan abang-abang otai, ramai dalam 8-10 orang...dah penuh cawan atas meja tu. Mesti orang-orang sekitar kawasan situ la.

Masa noe baru sampai, ada sebuah kereta Pesona yang agak ganas, noe kata ganas sebab bunyinya yang kuat dan juga keadaan kereta yang dah kemek sana sini. Mula-mula kereta tu parking, masa nak parking pun punya kuat enjin dia. Lepas tu dia lalu kat depan kedai mamak tu...dengan kuat bunyinya...pastu dengan lajunya lalu kat situ. Kedai mamak biasa la kan...letak kerusi kiri kanan tapi space untuk kereta lalu lalang kat situ masih lebar. Kebanyakan kereta yang lalu situ..tak ada la nak memecut.

Tak lama lepas tu kereta tu pusing lagi...bila sampai depan kedai mamak tu dia berhenti...nak ambil kawan dia. Masa tu maggie sup noe baru sampai...tak sempat nak makan lagi....Bila kereta tu berhenti, ada sorang abang otai yang duduk depan noe tu tegur pemandu kereta tu...suruh bawak perlahan kat situ. Disebabkan kereta tu dah ke depan sikit...abang otai tu bangun pergi ke bahagian pemandu kereta tu sambil pegang gelas dia.Pemandu kereta tu tiba-tiba keluar dari kereta. Macam samseng rupanya, angkat muka kat abang otai tu sambil tangan tolak abang otai tu. Pemandu tu muka dia memang macam warga asing. Macam dari belah arab/iran.

Bila kena tolak, abang otai tu terus ambil cawan dia pukul kepala pemandu tu. Pergaduhan pun bermula. Noe punya la terperanjat. Kelam kabut bangun berdiri jauh. Bob pulak selamba je duduk kat kerusi dia sambil tengok aksi pergaduhan. Ramai yang dah masuk campur, kawan-kawan abang otai tu ramai kan...Kerusi banyak yang pecah sebabnya digunakan untuk pukul kereta tu. Kawan kepada pemandu tu pun campur tangan juga...dia ambil kerusi hentak kat kepala kawan abang otai tu....apa lagi...kena belasah la budak tu. Yang pemandu tadi tu cuba lari, kena kejar dengan orang2 lain yang minum kat kedai tu. Selamba je baling kerusi...kena kaki pemandu tu...lalu tersungkur. Kena belasah. Berdarah kepala pemandu tu.

Tapi nasibla yang belasah tu macam dah berumur sikit...umur dalam lingkungan 40an 30an...diaorg kasi lepas pemandu dan kawan dia tu. Kalau orang muda, noe rasa lagi teruk kena diaorg tu. Diaorg suruh diaorg blah dari situ. Bila nak blah tu sempat lagi tunjuk isyarat lucah...lagi sekali kerusi jadi mangsa. Melayang satu kerusi kena kereta tu. Kalau orang muda mau dikejar balik.

Satu pengalaman baru sebab menyaksikan sendiri satu pergaduhan kecil. Biasanya tengok kat TV je. Bob boleh relax je duduk. Bob cakap...apa2 dia kena protect family dia dulu. Tak sampai kat meja dia...kalau sampai harus terlibat sama. Tangan duk pegang gelas je.Lagi pun dah ramai yang masuk campur. Ramai yang masuk campur sebab tengok pemandu tu warga asing...apa salah minta maaf ke...abang otai tu pun tegur elok2..tak ada pun tinggi kan suara.

Bob cakap...ini kecil jer...dia pernah tengok yang lagi hebat. Ish..tak nak la tengok orang gaduh2 ni. Laju denyutan jantung dibuatnya. Silap2 kena darah tinggi....hehehe

Bila kereta tu dah blah...keadaan kembali normal. Tak lama lepas tu datang 3 biji motor polis...agaknya tuan kedai report kut. Bila diaorg tengok tak ada apa-apa, polis tu pun blah.

So sepanjang jalan balik rumah...ceritanya tak habis2 pasal pergaduhan tadi. hehehe...lupa nak ambil gambar. Kalau tak ada bukti...nak ambil video lagi la lupa.


14 comments:

  1. ish3xxx..mmg xptut pemandu tu buat mcm gitu.org tgur elok2 terimalah dengan terbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ikhwan...samseng sungguh

      Delete
  2. jujur saya cakap..foreigner dari belah timur tengah lagi kurang ajar berbanding nigeria. dorang ingat dorang bangsa agung. Sebab tu ramai y kena sembelih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke?? x perasan la plak..biasa tengok kat cyberjaya ni...yg mat2 negro yg buat perangai macam kt negara sendiri...

      Delete
  3. Kira tgok hero melayu tua la ni..semua punca gaduh yg pasti tgh2 ada syaitan..kn noe....gelak sakan la iblis tu..siap bertepuk tampar lgi...

    klu ada pulak kematian..iblis akan bt jamuan besarlh ..

    ada jugaterserempak org gaduh2 ni, tapi selalunya jln terus jer...mmg tak suka ganas2 ni.

    ReplyDelete
  4. menyeramkan jugak tapi umur 30 an tu kategori otai dah yea..hehe :)

    ReplyDelete
  5. Wah ganas ni...nasib baik tak ada yang "terkorban"..hmmm

    ReplyDelete
  6. Bee Talk For you...

    ReplyDelete
  7. Mmg letih bab gaduh2 ni.. penyakit je kan hmmm. Tapi tanggapan bro Bob sis tu pun saya pernah alami raya 2 tahun dulu... saya target jln kl dah lengang malam raya & ajak wife sekeluarga terjah masjid india. Fuuhhh.. giler jem. Saya tersangkut teruk dari chow kit.. smpi depan pertama complex mmg dah surrender.. tapi apakan daya, terpaksa juga harungi huhu... serik2... :D

    ReplyDelete
  8. Mau tak seram darah tinggi kalau tengok peristiwa gitu Noe....takut jadinya weyh...nak makan pun takut yek....kesianlah kedai mamak tu kan, barang dia banyak rosak hehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah... mujur tak terjadi perkara2 yang lebih buruk...

    ReplyDelete
  10. kisah ni mengingatkan sy 1 peristiwa yg berlaku dpn mata sy. kt highway dpn istana negara baru... terkejut sy. dlm jammed tu sempat bertumbuk bertekak

    ReplyDelete
  11. menakutkan lah bila dengar bab2 gaduh ni noe... isk.. tapi tulah bila depa ni berlagak sangat, menyakitkan hati jugak kan..

    ReplyDelete
  12. Ishhh seriyau pulak dgr

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena