...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Monday, November 24, 2014

Khasiat Buah Kurma Cina / Kurma Merah / Chinese Dates / Jujubes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Gambar di bawah ini adalah Buah Kurma Cina. Ianya juga dikenali sebagai Kurma Merah dan Jujubes. Ianya berwarna merah pekat dan telah dikeringkan. Kurma Cina ini boleh didapati di kedai perubatan cina

Mak mertua yang mencadangkan noe minum air kurma cina ini kerana dikatakan elok untuk kesihatan. Untuk buat air kurma cina ini noe cuma masukkan beberapa biji kurma cina dan air. Biarkan sampai menggelegak dan warna air sudah bertukar ke warna coklat. Rasa air ini manis dan boleh makan buahnya sekali.

Jujubes

Jujubes Water

Di antara khasiat yang terdapat dalam buah kurma cina ini ialah:-
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menggalakkan perkembangan yang sihat untuk tulang, otot-otot, kulit, rambut dan hormon
  • Berpotensi untuk merawat dan mencegah alahan dan beberapa jenis kanser
  • Sumber asli antioksida
  • Mengekalkan tahap kolesterol
  • Merawat rambut gugur
  • Mengekalkan fungsi hati
  • Memulihkan tenaga
  • Mengecutkan peranakan/rahim


10 comments:

  1. Ada tengok kurma cina ni, tapi tak pernah beli.. bagus juga eh..

    ReplyDelete
  2. ada di jual di kedi perubatan cina je..alaa..mana nk cari kat area tempat JM ni..sbb JM ni ada maslah sembelit

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:04 PM

    TESCO ADA JUAL LA

    ReplyDelete
  4. hogan gtr5:46 AM

    thnks for gud info....sya akn amalkn sebagai minuman seharian...Makasih ya!!

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena