...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, February 17, 2015

Maksud Perkataan SADO



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Malam ni noe nak bercerita pasal perkataan SADO. Dulu noe biasa gak dengar orang sebut...Abang Sado...noe buat dek je masa tu....memang tak ambil kisah langsung...

Tapi baru-baru ni anak lelaki noe, Ali...pun duk sibuk SADO SADO...noe pun tanya la dia...ape ke bendanya Sado Sado tu...dia bercerita pasal kawan-kawan dia nak buat badan 6 pax...lepas tu timbul la perkataan tu...Ali cakap perkataan tu macam badan cantik la...badan tough...so merujuk kepada orang lelaki jer...tak pernah lak dengar... kakak SADO...yang biasa Abang SADO...

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:-

sadoId sj kereta beroda dua (yg ditarik oleh kuda).

Noe tanya pakcik google...ada la ternampak makna dari Urban Dictionary...tengok apa yang ditulis...

A Malaysian slang, commonly used by teenagers. It describes someone who is strong and muscular. It was actually originated by the word 'Besar Bodoh' (meaning the person or it is huge) turn to 'Besar Do' ('Do' as in Bodoh as in Stupid) and lastly to Sado.
A muscular guy passing by. 
Abg Kacak : Dude! look at that dude's figure! Sado!! 
Another guy : Ikr.

Bila tengok dalam perbincangan di facebook..ada yang menyatakan perkataan tu lahir dari seorang blogger/wartawan dalam majalah maskulin di mana Sado merujuk kepada "besar doh"..so singkatannya jadi lah SADO
Ada ke kawan-kawan blogger dalam ni yang tergolong dalam "Abang/Adik SADO" macam kat bawah ni? :)
Sado
Sumber Gambar

16 comments:

  1. Macam2 perkataan baru yang dijumpai.... yang dari kamus dewan tu kelakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Sha...macam2 perkataan baru skang ni...

      Delete
  2. Haritu ada gak search perkataan sado ni. En somi saya sado...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...untung la somi sado :)

      Delete
  3. Ada gak yang bagitau asal-usul nya dari gabungan perkataan Besar + Bodoh...Macam tak berkenan pulak nak guna SADO ni..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...besar+bodoh plak ...hehehe...tu la...noe pun tak berapa berkenan nak guna :)

      Delete
    2. Diorang zaman ni kan suka guna doh doh kat belakang. Asalnya bodoh...huhu

      Delete
  4. Haha..sado ni memang biasa orang guna.kawan-kawan saya kalau tangkap gambar kat gim nanti ada je yang komen "eh abam sado". Abam ye, bukan abang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...ooo abam yer...bukan abang? hehe

      Delete
  5. Haha popular sekarang perkataan sado ni..anak Noe pun dh pandai sebut he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah PK...tiba2 kang terdengar orang sebut sado hehehe

      Delete
  6. Saya masih tak cukup sado lagi sis huhu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha...tak per...boleh lagi nk jadi sado tu :)

      Delete
  7. Anonymous11:21 AM

    Kalau kat Sarawak, loghat pesisir, sado tu dah memang sebutan untuk "besar ado/besarnya" yang disingkatkan jadi SADO. tapi cara menyebut kena pjg sikit "Saaa.. do"... kahkahkah mungkin budak sarawak pakai bahasa tu kat sana kot haha

    ReplyDelete
  8. Sado tu berasal dari ayat "Sadomasochism".
    Dalam bahasa melayu kalau nak menggambarkan lelaki yang besar,tegap dan kuat..ialah "Sasa".

    ReplyDelete
  9. Asalnya adalah dari nama Eugene Sandow...bapa bina badan moden...lepas tu nama tu sampai di nusantara...dan lelaki gagah digelar sendo...dalam silat Gayong, perkataan sendo sgt biasa...Datuk Meor, pengasas silat Gayong pernah dapat anugerah Panglima Sendo Perak...badan datuk meor mmg tuff giler...pernah dengar juga ceramah2 dari beberapa ust2 org utara termasuk ust kazim yg guna perkataan sendo utk gambarkan manusia yg gagah dan badan tuff...tp lama2 slang berubah jadi sado...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena