...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, March 21, 2009

ASMA Al-HUSNA - 99 Nama-nama Indah Allah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Asma Al-Husna (99 Nama Nama Allah)

Bahawasanya Allah SWT mempunyai 99 nama. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Allah SWT mempunyai asmaa’ul husna (nama-nama yang indah) maka memohonlah kepada NYA dengan menyebut asmaa’ul husna (Surah Al-A’raf, ayat 180).

Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca, contohnya Ar Rahman dibaca yaa Rahman, Ar Rahim dibaca yaa Rahim dan seterusnya)

1
Yaa Allah
Allah, Lafzhul Jalalah, nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian 5000x dengan khusyuk, tertib, kebersihan rohani untuk dekat pada Allah setiap hari.
2
Yaa Rahman
Maha Pemurah/Pengasih
500x sehabis solat lima waktu, kita akan menjadi pengasih, terang hati dan tidak pelupa
3
Yaa Rahim
Maha Penyayang
100x setiap hari. Menjadi penyayang dan disayangi orang dan diberi kemudahan.
4
Yaa Malik
Maha Merajai
121x setiap hari, kita dihargai orang secara wajar dan hidup kita berkecukupan.
5
Yaa Quddus
Maha Suci
100x setiap hari setelah tergelincir matahari, hati kita akan bersih dari kesombongan, iri hati dan dengki
6
Yaa Salaam
Maha Menyelamatkan
136x setiap hari penyakit yang kita derita akan sembuh, kalau dibacakan pada orang sakit 136x, Insya-Allah sembuh.
7
Yaa Mukmin
Maha Pemelihara Keamanan
136x setiap hari mendidik diri sendiri dan usaha amankan diri dari lingkungan perbuatan jahat.
8
Yaa Muhaimin
Maha Menjaga
Kita selalu diawasi Allah SWT, maka perla menyebut asma ini sebanyak-banyaknya agar kita akan terpelihara dan hati sentiasa bersih.
9
Yaa Aziz
Maha Mulia
40x setiap selesai solat subuh selama 40 hari, akan dapat pertolongan Allah dalam hidupnya.
10
Yaa Jabbar
Maha Perkasa
266x setiap pagi dan petang, orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya, akan tunduk atas pertolongan Allah
11
Yaa Mutakabbir
Maha Megah
Dibaca sebanyak-banyaknnya maka akan dilindungi dari musuh. Dibaca saat bersama ister Insya-Allah akan dikurniakan anak.
12
Yaa Khaliq
Maha Pencipta
5000x Insya-Allah akan ditemui barang/keluarga yang hilang. Dibaca pada malam hari, Allah akan utuskan malaikat beribadah kepada Allah bagi pihaknya.
13
Yaa Baari’
Maha Membebaskan
100x Insya-Allah kita bebas dari kesulitan dan sakit yang sedang kita derita.
14
Yaa Mushawir
Maha Pembentuk
Suami Isteri yang belum mempunyai anak berpuasa. Isteri selama 7 hari, suami selama 3 hari, tiap kali berbuka, bacalah asma ini 21 kali.
15
Yaa Ghaffar
Maha Pengampun
100x dalam menunggu solat Jumaat di masjid, Insya-Allah dosa-dosanya yang terdahulu akan dapat diampun
16
Yaa Qahhaar
Maha Pemaksa
Tiap malam terus menerus membaca sebanyak banyaknya, Insya-Allah mendapat ketenangan batin, bebas dari hidup yang sukar
17
Yaa Wahhab
Maha Pemberi
300x setiap hari estela solat 5 waktu, akan terkabul permohonannya. 100x estela solat tahajud 3 atau 7 malam berturur-turut.
18
Yaa Razzaaq
Maha Pemberi Rezeki
Menyebut asma ini sebanyak-banyaknya, Insya-Allah akan selalu dikurniakan rezeki yang berkecukupan.
19
Yaa Fattaah
Maha Membebaskan
Menyebut asma ini sebanyak-banyaknya setiap hari setelah selesai solat subuh, ALLAH SWT membuka hati dan fikiran agar mudah menghadapi masalah.
20
Yaa Aliim
Maha Mengetahui
Zikir Asma ini atau Yaa Aalimul Ghaibi Wasyahaadah 100x setiap selesai solat fardu, akan dikurniakan ilmu makrifat sempurna
21
Yaa Qaabidh
Maha Mencabut
Zikit asma ini sebanyak-banyaknya terus menerus akan terhindar dari ancaman jahat
22
Yaa Baasith
Maha Meluaskan
10x setiap selesai solat dhuha, Allah akan kurniakan rezeki yang tak putus-putus dan ditambah ilmunya.
23
Yaa Khaafidh
Maha Menjatuhkan
500x dengan khusuk dan tawadhuk, akan terlindung dari perbuatan dan maksud jahat serta niat terkabul.
24
Yaa Raafi’
Maha Mengangkat
100x setiap hari, meninggikan martabat dan kehidupan berhasil.
25
Yaa Mu’izz
Maha Pemberi Kemuliaan
140x setiap selesai solat Isyak malam selasa hingga Jumaat terus menerus, timbul rasa takut pada Allah dan akan dihormati.
26
Yaa Muzil
Maha Pemberi Kehinaan
75x terus menerus, Insya-Allah akan mendapat perlindungan NYA dari perbuatan jahat.
27
Yaa Samii’
Maha Mendengar
100x setiap hari Khamis setelah selesai solat Zuhur tanpa setahu orang lain, akan termakbul permohonannya.
28
Yaa Bashiir
Maha Melihat
100x sebelum solat Jumaat, Allah SWT akan membuka mata hati dan fikiran serta bermartabat tinggi.
29
Yaa Hakam
Maha Menetapkan Hukum
Sebanyak-banyaknya di tengah malam, Insya-Allah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.
30
Yaa Adl
Maha Adil
104x tiap selesai solat fardu, Insya-Allah akan dikurniakan sifat adil dan diperlukan mengadili orang lain.
31
Yaa Lathiff
Maha Penyantun / Halus
133x setiap hari.Hikmahnya akan memperolehi taufiq dan hidayah dari Allah SWT. Insya-Allah akan berhasil dalam setiap usaha dan dilimpahi rezeki.
32
Yaa Khabiir
Maha Waspada
Zikir sebanyak-banyaknya, Insya-Allah akan dihindarkan dari perbuatan orang zalim dan diperbaiki sifatnya yang buruk.
33
Yaa Halim
Maha Penghiba / Penyantun
Sebanyak-banyaknya, tiap selesai solat fardu maka akan terhindar dari bencana alam dan kukuh kedudukan.
34
Yaa ‘Azhiim
Maha Agung
Sebanyak-banyaknya, Insya-Allah akan dimuliakan setiap orang dan Allah melimpahkan kurnia yang tidak putus-putus.
35
Yaa Ghafuur
Maha Pengampun
Sebanyak-banyaknya setiap malam, Allah lenyapkan kesukaran dan ampuni dosa mereka yang bertaubat.
36
Yaa Syakuur
Maha Mensyukuri
Zikir ini Insya-Allah dijernihkan hatinya dan disembuhkan dari sakit yang dideritai.
37
Yaa ‘Aliyy
Maha Tinggi
Dibaca terus menerus dengan kerendahan hati, akan dicerdaskan dan ditambah keyakinan.
38
Yaa Kabiir
Maha Besar
100x setiap hari akan mendapat penghormatan orang lain.
39
Yaa Hafiizh
Maha Pemelihara
16x setiap hari, Insya-Allah akan terlindung dari marabahaya.
40
Yaa Muqiit
Maha mencukupkan
Zikir ini fadhilatnya memperbaiki sifat buruk keluarga kita dan memperkuat keperibadian kita sendiri.
41
Yaa Hasiib
Maha Menhisab
Zikir setiap hari, Insya-Allah terhindar dari bahaya dan bebas dari rasa takut.
42
Yaa Jaliil
Maha Luhur
73x setiap hari, pagi, petang dan tengah malam. Insya-Allah akan mengalami perubahan baik dalam kehidupan peribadi.
43
Yaa Kariim
Maha Mulia
280x setiap menjelang tidur, akan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidup.
44
Yaa Raqiib
Maha Mengawasi
Zikir dengan keikhlasan hari, Insya-Allahakan dijaga dari bahaya yang akan menimpa harta peribadi dan keluarga.
45
Yaa Mujiib
Yaa Maha Mengabulkan
55x tiap Subuh, Allah akan mengabulkan permohonan kita.
46
Yaa Waasi
Maha Luas
127x setiap hari, akan dianugerah Allah kehidupan yang cukup serta jalan keluar dari kesempitan hidup.
47
Yaa Hakiim
Maha Bijaksana
Membiasakan zikir ini, Insya-Allah akan dikurniakan hidup yang berhasil dan jalan lepas dari kesukaran.
48
Yaa Waduud
Maha Pencinta
1000x setiap hari terus menerus akan berkembang rasa kasih sayang sesama insan dah dikasihi pula orang lain.
49
Yaa Majiid
Maha Mulia
Membiasakan zikir ini, Allah akan memberi kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan dan kesihatan kepadanya.
50
Yaa Baa’its
Maha Membangkitkan
100x sambil meletakkan tangan didada yang khusyuk dan rendah hati, Allah akan berikan terang hati dan ilmu hikmah.
51
Yaa Syahiid
Maha Menyaksikan
Fadhilat zikir ini melembutkan hati anggota-anggota keluarga yang membangkang.
52
Yaa Haqq
Maha Haq/Benar
Zikir sebanyak-banyaknya, Insya-Allah kita akan tetap taat kepada Allah
53
Yaa Wakii
Maha Memelihara Penyerahan
1000x akan meredakan hujan lebat yang berbadai taufan dan Allah bukakan pintu rezeki.
54
Yaa Qawwiy
Maha Kuat
Dalam keadaan lemah jasmani dan rohani, bila membaca Yaa Qawwiyyu Yaa Mattiin sebanyak 1000x setiap malam, kita akan kembali kuat.
55
Yaa Matin
Maha Kukuh
Zikir sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas, Insya-Allah kesulitan kita akan lenyap.
56
Yaa Waliyy
Maha Melindungi
Sentiasa dengan zikir ini akan selalu berada dalam lindungan Ilahi.
57
Yaa hamiid
Maha Terpuji
93x selama 45minit, Insya-Allah segala tabita buruk akan menjadi elok.
58
Yaa Muhsii
Maha Penghitung
Zikir asma ini berulang-ulang, Allah SWT akan permudahkan kita pada hari perhitungan (kiamat).
59
Yaa Mubdi’
Maha Memulai
470x setiap hari dengan hati yang khusyuk, Allah SWT akan menjernihkan hati dan fikiran
60
Yaa Mu’iid
Maha Mengembalikan
Untuk mengembalikan anggota keluarga yang sesat atau hilang, bacalao 124x setiap selesai solat atau 1240x waktu malam.
61
Yaa Muhyii
Maha Menghidupkan
Bacalah 89x dan tiupkan pada diri sendiri, Insya-Allah akan dilindungi dari Semarang halangan dan rintangan.
62
Yaa Mumiit
Maha Mematikan
Sesiapa yang tiada daya melawan nafsunya, zikirlah sebelum tidur maka Allah SWT akan memberinya kekuatan untuk mengawal diri.
63
Yaa Hayy
Maha Hidup
Sentiasa zikir asma ini, Allah SWT akan memberi kesihatan yang baik, memelihara iman dari sifat musyrik dan munafik.
64
Yaa Qayyum
Maha Tegak (Berdiri Sendiri)
Zikir sebanyak-banyaknya, maka akan mendapat penghormatan dikalangan insan. Jika berzikir sendirian akan dikurniakan kekayaan. Insya-Allah.
65
Yaa Waajid
Maha Mengadakan
Sering mengulangi zikir ini, Allah SWT akan kurniakan kita kekayaan batin dan kemantapan jiwa.
66
Yaa Maajid
Maha Mengadakan
400x setiap hari diulang-ulang. Allah SWT akan menjernihkan hati dan fikiran kita.
67
Yaa Waahid
Maha Esa
Banyakkan zikir ini. Allah SWT akan memberi ketenangan dan membebaskan kita dari rasa takut.
68
Yaa Somad
Maha Diperlukan
Berzikir dalam wudhu, Insya-Allah akan berbas daripada bergantung harap dari orang lain selain Allah.
69
Yaa Qaadir
Maha Kuasa
305x setiap hari, Insya-Allah segala maksud dan cita-cita akan berhasil.
70
Yaa Muqtadir
Maha Menentukan
20x setiap kali bangun dari tidur, Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan dan kerjanya.
71
Yaa Muqaddim
Maha Mendahulukan
124x setiap hari, akan maju usahanya, Jika sedang berperang, maka dilindungi dari musuhnya.
72
Yaa Mu’akhkhir
Maha Mengakhirkan
100x setiap hari, mendapat rahmat dan ridha NYA, diterima taubatnya.
73
Yaa Awwal
Maha Pertama
40x selama 40 hari, Insya-Allah akan dikurniakan anak lelaki, 1000x selama 40 hari Jumaat akan mendapat kemudahan hidup.
74
Yaa ‘Akhir
Maha Penghabisan
Membiasakan zikir ini, dibaikkan hidup dan matinya 200x selama sebulan setelah selesai solat 5 waktu, dibukakan rezeki yang halal.
75
Yaa Zhaahir
Maha Nyata
Membiasakan zikir ini setiap selesai solat, Allah SWT akan menerangi kalbunya dan dibuka rahsia dan ilmu yang sukar.
76
Yaa Batin
Maha Tersembunyi
300x setiap selesai solat 5 waktu, Allah SWT akan bukakan baginya keberanian sejati.
77
Yaa Walii
Maha Menguasai
10000x siang hari, 10000x malam hari, Allah SWT akan buka pintu makrifat.
78
Yaa Muta’ali
Maha Suci/Terpelihara
Zikir sebanyak-banyaknya makan akan melimpah kurnia NYA
79
Yaa Barr
Maha Dermawan
Baca 7x dan tiupkan pada anak yang baru lahir, Allah akan melindungi anak tersebut dari bahaya sehingga dia akhil-baligh.
80
Yaa Tawwab
Maha Penerima Taubat
Zikir sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan memudahkan untuk kembali ke jalan yang benar.
81
Yaa Muntaqim
Maha Penyiksa
690x selesai solat 5 waktu atau 6900x di waktu malam, akan dapat pertolongan mengalahkan musuh.
82
Yaa ‘Afuw
Maha Pemaaf
Allah SWT akan mengampunkan mereka yang menyebut asma ini sebanyak-banyaknya.
83
Yaa Ra’uf
Maha Pengasih
Setiap hari sebanyak-banyaknya Allah SWT melimpahkan rahmatNYA dan tidak mengalami kesengsaraan dalam hidupnya.
84
Yaa Malikal-Mulk
Maha Memiliki Kerajaan
212x setelah selesai solat 5 waktu atau 2120x setiap malam selama sebulan, akan mendapat penghargaan yang tinggi dan kedudukan yang kukuh.
85
Yaa Dzal-Jalaali-Wal-Ikram
Maha Memiliki Kebesaran/Kemuliaan
1065x setiap hari selama sebulan, Allah kabulkan maksud dan memberi kekayaan.
86
Yaa Muqsith
Maha Mengadili
700x dengan niat, Insya-Allah niat itu akan termakbul.
87
Yaa Jaami’
Maha Mengumpulkan
Dengan zikir ini Insya-Allah barang yang hilang ketemu kembali dan keluarga yang jauh akan diketemukan.
88
Yaa Ghaniyy
Maha Kaya
1007x tiap hari terus menerus, Allah SWT menganugerahkan kekayaan lahir batin dan memudahkan jalan hidup.
89
Yaa Mughnii
Maha Kaya (Mengkayakan)
Zikir sebanyak-banyaknya selama 40 hari, Allah SWT memudahkan rezeki.
90
Yaa Maani’
Maha Menolak/Melarang
164x sebelum solat subuh, Allah SWT memberikan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar dari kezaliman.
91
Yaa Dhaarr
Maha Memudaratkan
1001x setiap hari terus menerus, yang sedang tenderita sakit Insya-Allah akan sembuh.
92
Yaa Naafi’
Maha Pembei Kemanfaatan
Zikir sebanyaknya akan lenyap dukacita, menyembuhkan penyakit dan menghindar dari bencana.
93
Yaa Nuur
Maha Bercahaya
1001x selepas membaca surah Nur, hatinya akan diterangi dengan nur/cahaya Allah. Insya-Allah.
94
Yaa Haadii
Maha Pemberi Petunjuk
Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya terus menerus akan memperolehi ilmu kerohanian.
95
Yaa Badii’
Maha Pencipta Keindahan
70x tiap hari terus menerus, akan bebas dari kesulitan. Zikirnya, Yaa Badii’ as Samaawaati Wal Ardh.
96
Yaa Baqii’
Maha Kekal
100x terus menerus sebelum terbit matahari, akan terhindar dari bencana selama hidup.
97
Yaa Waarits
Maha Pewaris
100x semasa matahari terbit, dilindungi dari dukacita, keperihan hidup dan bencana
98
Yaa Rashiid
Maha Cendiakiawan
1000x antara Maghrib dan Isyak terus menerus menjadi pandai dan bebas dari kesulitan, Insya-Allah.
99
Yaa Sabuur
Maha Penyabar
3000x setiap hari terus menerus, akan dibebaskan oleh Allah SWT dari kesulitan.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena