...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, March 10, 2009

Aku Beralih Bidang

Selama lebih kurang 8 tahun bergelumang dalam industri internet, akhirnya awal bulan november 2009 aku beralih arah. Tujuan utama sudah semestinya gaji yang ditawarkan disamping aturan perjalanan harian yang lebih mudah dan sudah semestinya ingin mencuba sesuatu yang baru. Selama 8 tahun bergelumang dalam bahagian operation support akhirnya bertukar arah ke bahagian information security yang lebih menjurus ke bidang audit. Jarang-jarang kedengaran term-term seperti ping, trace route, telnet, troubleshoot, nslookup, tcpip, base station, attenuation, usho, zgrep dan sebagainya. Kadang-kadang aku merindui suasana tersebut, berbincang bersama-sama untuk mencari solution, Mr. Google menjadi teman karib, membuat testing, otak kena sentiasa cergas berfikir, banyak benda-benda baru yang telah dipelajari. Perasaan puas sukar digambarkan apabila dapat mencari solutions pada satu2 masalah. Membuat benda-benda baru yang tak pernah dipelajari amat menerujakan. Melayan kerenah-kerenah users kadang2 amat memenatkan, ada yang terlebih pandai, pandai tapi buat2 tak pandai, tak pandai tapi buat pandai, tak pandai tapi memang tak pandai. Macam-macam tapi semua itu adalah pengalaman yang amat berharga. Tak tidur 24 jam lebih, macam burung hantu..walaupun kedengaran macam-macam cerita...tapi itu semua tidak dipedulikan janji kerja siap. Semua itu mampu dilakukan walaupun tiada proper training di beri. Pengalaman yang diperolehi amat berguna di tempat baru.

Di tempat baru suasana amat berbeza, semua bersistematik, semua menggunakan sistem, maklum lah syarikat besar dan sudah lama bertapak. Mula-mula agak susah untuk menyesuaikan diri tapi aku berfikiran positif, semua orang akan menghadapi situasi yang sama seperti yang aku alami. Alhamdulillah semuanya dapat aku atasi. Walaupun kerjanya agak kurang mencabar pada aku tapi masih ada kekurangan pada diri aku untuk membolehkan aku lebih maju dalam bidang ini. Komunikasi amat penting dalam syarikat global, banyak meeting atau discussion dilakukan dengan tele conference sahaja. Saat yang paling mencabar adalah untuk memahami process dalam syarikat. Process bukan lah dalam jumlah yang sikit dan ianya memerlukan masa untuk difahami. Namun sekali lagi aku berfikiran positif :). Aku bernasib baik kerana kawan-kawan amat membantu dan mereka tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

Apa itu information security atau dalam bahasa melayu nya Keselamatan Maklumat. Bagi syarikat yang bersaiz sederhana dan kecil, ianya kurang penting tapi tidak bagi syarikat besar. Kebocoran maklumat boleh memberi kesan yang besar kepada syarikat tersebut. Kalau aku ada kelapangan untuk menaip, nanti boleh la aku cerita serba sedikit tentang keselamatan maklumat ini. Dan sekiranya ada sesiapa yang menceburi bidang yang sama boleh la berkongsi maklumat memandangkan tiada seorang pun kawan-kawan aku yang terlibat dalam bidang ini. Rata-ratanya meneruskan bidang teknikal dan menjadi experties.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena