Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bulan syawal dah nak habis, noe baru nak up entry pasal raya...hehehehe...asalkan masih dalam bulan Syawal kan... Raya tahun ni giliran kampung Bob. Ke nogori kite...Rumah noe ke kampung Bob dalam 1 jam je...dekat je...tak perlu nak tempuh jem. Noe sampai kampung Bob sehari sebelum raya. Sehari sebelum raya mesti la sibuk memasak kan. Lemang memang tak buat kat rumah tu sebabnya adik ipar ada buat lemang untuk jual, so tugas adik ipar tu untuk sediakan lemang.
Masa hari sebelum raya tu, sibuk la menolong mak mertua di dapur...semua orang kena tolong. Tengok gambar kat atas tu...Bob memang kerja dia memesin kelapa. Memotong daging kambing pun kerja Bob...tengok la gambar bawah tu....tangan sape ke yang debab tu...Anak-anak noe and anak-anak buah semua menolong di dapur. Ada yang memotong bawang, memerah santan, mengacau rendang dan macam-macam kerja-kerja lain lagi. Semua gadjet ditutup dan dilarang main. Semua kena tolong didapur....hehehehe
Pada tahun ni mak mertua noe panggil orang-orang surau untuk bertakbir di rumah. Dulu masa noe kecil, kat kampung noe pun ada orang datang bertakbir dirumah. Masa tu ramai yang datang bertakbir di rumah. Tapi sekarang dah tak ada aktiviti tu. Kat kampung mertua ni pun dah tak ramai yang join, tak ramai yang datang ke surau...ada la 5/6 orang jer...
Disebabkan ada orang nak datang bertakbir, kitaorang sibukla menyediakan juadah untuk orang yang akan datang bertakbir. Apa menu yang kitaorg sediakan??? Simple je...
Macaroni + Sup Meat Ball
Roti Canai + Kari Kambing (Idea Bob)
Rendang Itik + Lemang
Roti Gulung
Salad
Tapi gambar-gambar menu tak sempat nak ambil. Noe ditugaskan untuk membuat roti gulung dan roti canai. Tak ada la susah sangat kan. Korang tengok la roti gulung kat bawah ni...hahahahahahaha...buruk beno rupanya..buruk-buruk pun cepat je licinnya. Roti canai pulak jenis roti canai segera jer...
Bila orang datang bertakbir ke rumah kita, terasa meriahnya nak beraya. Walaupun tak ramai, tapi masih terasa kemeriahannya. Dalam rumah mertua noe masa tu...ada 2 keluarga je yang ada. Noe dan adik ipar. Lagi 3 keluarga lagi tak ada. Jadi nampak tak berapa ramai.
Sedang Menunggu Tetamu |
Bila dah habis orang bertakbir...lepak-lepak kat luar rumah sambil tengok anak-anak main bunga api + mercun. Tapi tak ada ambil gambar. Sibuk bersembang dengan Bob je...
Next entry noe akan kongsi cerita pada hari raya.
memang meriah , seronoknya raya :)
ReplyDeletehehehe...mmg seronok tihara :)
Deleteseronok lah noe ye..ada org dtg bertakbir di rumah...menu mlm raya pun byk jer..
ReplyDeletesaya nak tanya ni noe, yg bulat2 tempek kat roti gulung tu apa ek...macam cantik pulak jd nya.
yg bulat2 tu cornflakes...cantik kan??? noe pun suka tengok...
DeleteMeriahnya... bila ramai2 trn dapur mmg seronok... ada org takbir kat rumah pulak... mmg best!
ReplyDeletewajib kena turun semua ke dapur...hehehe...aah Nora..bila ada org dtg takbir...terasa lebih meriahnya
DeleteSibuk pun kalau sama-sama dibuat ringan jadinya Noe
ReplyDeleteMakanan yg dikatakan simple tu pada kakak bukan simple
Banyaklah tu...
betul tu Kakzakie...hehehe...
DeleteDah 11 tahun kak sehari sebelum raya mesti tolong mak mertua masak. Mak mertua tak de anak perempuan. Saya je la yang di harapkan. Tp mil masak memang terbaik la. Sedap.
ReplyDeleteoooo...tak per ana...besar pengorbanan ana...sape lg yg nak tolong mil tu kan....wah klu sedap...mmg byk la makan ye tak... :)
DeleteSelera pulak saya tengok roti gulung tu.. best lah sis.. :)
ReplyDeletehehehehe....suh wife buat Khir... :)
DeleteTak ramai yeh Noe yg bertakbir....senang gak tak yah masak byk hehe....kalau masak gotong royong banyak pun tak terasakan Noe
ReplyDeleteNanti sambung komen.....seronok baca cerita kawan kawan tp sejak kebelakangan ni mcm tak cukup masa pulak nak bw