...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, August 22, 2014

Aktiviti Hari Raya Pertama dan Kedua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Entry sebelum ni noe bercerita tentang aktiviti sehari sebelum hari raya, jadi kali ni noe nak kongsi cerita pada hari raya pertama dan hari raya kedua. Hari raya pertama, biasa la..lepas solat raya, aktiviti bermaafan sambil beri duit raya pada anak-anak buah. Sebelum aktiviti bermaafan, ambil gambar dulu. Gambar tak cantik sebab guna HP, ada yang blur. Kamera pulak, bateri habis la pulak. Tapi tahun ini memang noe tak banyak ambil gambar. Hari raya kedua langsung tak ada gambar.

Inilah keluarga kecil noe
Selepas aktiviti bergambar, kami dengan tiga buah kereta berangkat ke rumah Mak Ngah untuk melawat Atok. Atok tinggal dengan Mak Ngah. Sebelum tu singgah dulu ke kubur Arwah Bapa, Wan dan Onyang Bob. Satu tempat je. Dari kubur terus ke rumah Mak Ngah. Kat rumah Mak Ngah, noe makan banyak...hehehe...sebab lapar...pagi tu noe tak makan apa-apa.



Dari rumah Mak Ngah, singgah pula di rumah Induk Aya untuk melawat Atok Saudara (belah arwah bapa Bob), tapi Atok tak ada sebab tinggal dengan anak yang lain, yang ada cuma Wan. Wan dah tua sangat...baring atas katil jer. Tapi masih ingat lagi kitaorg. Rumah Induk ini satu taman dengan rumah Mak Ngah, dekat sangat. 


Dari rumah Induk, kitaorg terus balik rumah. Panas yang amat. Bila balik rumah, ramai yang tidur termasuk anak-anak noe. Letih sangat, campur kenyang pun ya juga. Bila duduk rumah ada la saudara mara yang datang, kanak-kanak pun ada. Kawan baik Bob pun ada datang..lepak kat bawah je...tak naik atas rumah. Kat bawah tu ada tempat duduk semua. Lepak kat luar lagi bess.


Menjelang malam, noe dan adik-adik ipar pergi rumah Induk, ini Induk yang lain...pergi melawat Wan (Wan belah arwah bapa Bob). Rumah Induk ini wajib pergi tiap-tiap tahun. Kat sini kitaorg makan nasi impit bersama kuah lemak dengan laksa. Kenyang sangat rasanya. Buah-buahan lagi. Bila dah kenyang baru la balik rumah.



Hari Raya Kedua, noe tak pergi ke mana-mana, sebab biasanya raya kedua memang ramai yang akan datang ke rumah. Ada satu keluarga ni, memang diaorg akan datang ramai-ramai. Dulu satu bas datang. Masak pun macam dah nak kenduri jer. Bila dah selesai memasak dan tetamu yang ramai tu pun dah pulang, baru la noe bersiap-siap untuk balik ke Perak.

Sebelum terus ke Perak, noe singgah ke Kajang dulu sebab nak basuh dan keringkan baju disamping nak tengok anak-anak kucing kat rumah tu. Tengok makanan, minuman dan buang apa yang patut. Lepas maghrib baru bergerak balik Perak. Sampai kampung dalam pukul 10 lebih. Jalan memang clear, tak ada jem.. Sebelum sampai kampung, singgah dulu di rumah kakak untuk beraya. Selesai sudah raya kedua. 


8 comments:

  1. nampak kenyang semuanya n comel2 belaka..lps makan mesti mengantuk..
    sama je mcm knor..

    tah apa2 sumbat dlm perut..rasa mcm tak selesa je..kenyang tapi mcm tak kenyang..makanan tak berapa nak hadam kut..heheh..yelah asyik sumbat je..terkejut perut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Knor....perut asyik rasa x sedap je...macam2 masuk dlm perut...hehehe..perut terperanjat

      Delete
  2. Seronok dpt luang masa jln2 ziarah sanak saudara... encik hubby saya raya kedua dah keje... so saya blk melaka dn melanguk je anak beranak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...nak wat camne Nora..bos kerja kan...melanguk je la...kesian

      Delete
  3. Wahh ceria semuanya.. alhamdulillah. Gambar2 tu pasti menjadi kenagan manis kpd semua... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari raya mesti ceria khir...hehehe...

      Delete
  4. Selalu dengar je nama Boblah Alilah.....baru hari ni kenal orangnya....Anak Noe yg pompuan tu jarang Noe cerita....

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya kak nOe :-)

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena