...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Thursday, October 09, 2014

Sayur / Pokok Maman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Korang pernah makan atau tahu sayur maman??  Gambar kat bawah ni noe ambil di halaman rumah noe di kampung. Mak yang tanam. Jarang dapat jumpa pokok maman ni. 


pokok maman

Apa yang boleh digunakan di dalam masakan?

  • Boleh di campur dalam masak lemak
  • Boleh di buat jeruk
  • Maman yang telah dijeruk, boleh dicampur dalam masak rendang ayam

pokok maman

Maman di katakan mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Apakah khasiat sayur maman ini??

  • Mengandungi air, protien, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, niasin dan vitamin C.
  • Dapat mengeluarkan angin dengan menumbuk lumat biji maman (jangan guna berlebihan) dan kemudian dimakan terus.
  • Biji atau daun maman direbus dan diminum airnya dikatakan mampu untuk dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme
  • Air rebusan biji atau daun maman juga dikatakan mampu untuk merawat gonorea dan cirit birit.
  • Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga
  • Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya

Info diperoleh dari: Anim Agro Technology



14 comments:

  1. kalau en hubby KA sukalah wat jeruk ni !

    ReplyDelete
  2. bru2 ni sembang psl sedapnya jeruk maman..
    serius knor tk prnh mkn, dn tk kenal daunnya.. siap mk su Google tunjuk... hrp lps ni dpt tgok dn rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...insyaAllah nanti dapat la knor rasa...noe pun x ada bawak ke sini...klu bawak ke sini...boleh gak distribute kt kawan2 sikit2 :)

      Delete
  3. Salam jumaat Noe...

    Kita pernah dengar maman tapi tak pernah makan...banyak jugak kegunaan dia ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jumaat raudhah...

      noe pernah gak makan...sedap jugak...aah byk jugak kegunaan n khasiatnya

      Delete
  4. Sayur maman? Huhu. First time ana dengar ni kak noe. Isk! Kesiann ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe x per...lepas ni dah tau klu org sebut sayur maman... :)

      Delete
  5. X pernah makan. Sedap ke. Bese orang tua ug suka sayur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah makan...sedap jugak ana..

      Delete
  6. Tak pernah tengok lagi saya sis.. ni 1st time tengok. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...so now khir dah tengok... :)

      Delete
  7. Pernah makan sekali. Ada officemate campur ngan rendang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...org negeri sembilan yg selalu masukkan sayur ni dalam rendang

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena