Korang pernah makan atau tahu sayur maman?? Gambar kat bawah ni noe ambil di halaman rumah noe di kampung. Mak yang tanam. Jarang dapat jumpa pokok maman ni.
Apa yang boleh digunakan di dalam masakan?
- Boleh di campur dalam masak lemak
- Boleh di buat jeruk
- Maman yang telah dijeruk, boleh dicampur dalam masak rendang ayam
Maman di katakan mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Apakah khasiat sayur maman ini??
- Mengandungi air, protien, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, niasin dan vitamin C.
- Dapat mengeluarkan angin dengan menumbuk lumat biji maman (jangan guna berlebihan) dan kemudian dimakan terus.
- Biji atau daun maman direbus dan diminum airnya dikatakan mampu untuk dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme
- Air rebusan biji atau daun maman juga dikatakan mampu untuk merawat gonorea dan cirit birit.
- Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.
- Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya
Info diperoleh dari: Anim Agro Technology
kalau en hubby KA sukalah wat jeruk ni !
ReplyDeleteooo...dia suka la tu...
Deletebru2 ni sembang psl sedapnya jeruk maman..
ReplyDeleteserius knor tk prnh mkn, dn tk kenal daunnya.. siap mk su Google tunjuk... hrp lps ni dpt tgok dn rasa...
oooo...insyaAllah nanti dapat la knor rasa...noe pun x ada bawak ke sini...klu bawak ke sini...boleh gak distribute kt kawan2 sikit2 :)
DeleteSalam jumaat Noe...
ReplyDeleteKita pernah dengar maman tapi tak pernah makan...banyak jugak kegunaan dia ya...
salam jumaat raudhah...
Deletenoe pernah gak makan...sedap jugak...aah byk jugak kegunaan n khasiatnya
Sayur maman? Huhu. First time ana dengar ni kak noe. Isk! Kesiann ana.
ReplyDeletehehehe x per...lepas ni dah tau klu org sebut sayur maman... :)
DeleteX pernah makan. Sedap ke. Bese orang tua ug suka sayur ni.
ReplyDeletepernah makan...sedap jugak ana..
DeleteTak pernah tengok lagi saya sis.. ni 1st time tengok. Thanks sharing.. :)
ReplyDeleteooo...so now khir dah tengok... :)
DeletePernah makan sekali. Ada officemate campur ngan rendang....
ReplyDeleteoooo...org negeri sembilan yg selalu masukkan sayur ni dalam rendang
Deletemmg sedap n mmg feveret kami sekeluarga terutama rendang maman.. ditempat kami ianya merupakn menu wajib ada terutama pd hari raya dan jg bla ada kenduri kendara😊
ReplyDelete