...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, February 25, 2015

Main Bowling Di Wangsa Bowl Setia City Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera




Setia City Mall

Ini cerita pada 7 Feb yang lalu dan entry ni dah kejong lama dalam Draft. Sebelum ini noe ada cerita pasal join main bowling dengan kawan-kawan sekolah dulu ... akhirnya semuanya berjalan lancar. Tahniah pada kawan noe, Lela yang berjaya menjadi organizer yang terbaik.


Wangsa Bowl

Wangsa bowl

Walaupun start agak lambat tapi semuanya berjalan lancar. Seramai 11 keluarga yang terlibat iaitu keluarga Lela, Ani, Noe, Niza Uta, Gee, Shahrul, Mael, Amer, Aed dan Hizam. Manakala dalam 50 orang yang bermain (termasuk kanak-kanak yang boleh melempor). Kami menggunakan 10 lanes dan main 2 games untuk setiap pasukan. Ada juga last minute keluarga yang tak dapat hadir atas masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu Shikin, tapi Shikin ada menghantar wakil seperti anak2 dia dan kawan dia. Shikin juga sponsor karipap dan hadiah cabutan bertuah. Zambri juga tak dapat hadir tapi masih memberi sumbangan untuk memeriahkan lagi majlis ini. 


Main bowling


Main Bowling

Memandangkan noe ada hal pagi tu, maka tak dapat nak join kawan-kawan makan di rumah Uta. So jumpa mereka di Wangsa Bowl Setia City Mall jer. Kali pertama noe jejak ke sini. Yang noe suka pasal kawan2 noe ni....kitaorg kalau jumpa mesti bawa satu family, semua angkut...jadi bila dah selalu jumpa, dah rapat dengan isteri dan suami kawan2 semua tu. Mereka ni semuanya sporting. Walaupun asyik ke longkang tapi semangat kesukanan memang tinggi. Nasi lemak, karipap dan air mineral memeriahkan lagi  acara ini...hehehe






Bila dalam acara macam ni...dapat la beramas mesra dengan semua ahli keluarga kawan-kawan. Ada juga anak2 kawan yg ada potensi dalam permainan bowling...ikut mak ayah la kut...Bila cakap pasal main bowling ni, noe mmg dah berzaman tak main...markah noe dapat pun tak banyak...hehehe...game pertama kalau tak silap 118 jer...yang kedua 135...hehehe tapi jadi Best Woman...hahaha...kelakar jer..




Keputusan Penuh :

Best Game: Gundu Lempo ( Group noe ni..hehehe)
2nd Best Game: Pin Teghobang
Best Man: Shahrul
Best Woman: Noe (best la sangat kan)
Best Teen (M): Emir (anak shahrul)
Best Teen (F): Anak Lela (tak ingat nama)
Best Longkang (M): Amer
Best Longkang (F): Gee (memandangkan Gee sponsor hadiah ni...so 2nd best longkang jatuh pada ANI)

Ada special fight antara MAEL dan LELA... pemenangnya adalah LELA. Tu la Mael...makan strawberry banyak sangat...baling bola pink lak tu....hehehe. AED sponsor hadiah untuk fight yg ni...hadiah nya adalah UBAT KUAT...hahaha...hampes AED.

Terdapat juga Hadiah cabutan bertuah yang mana hadiah yg besar2 tu telah dimenangi oleh Gee dan Lela.


Hadiah Yang Disediakan


Bila dah ramai-ramai ni macam2 aksi ada...usik mengusik...itu dah semestinya....yang pasti banyak gelak ok...



Kami Sahabat Selamanya

Sahabat Selamanya Bersama Ahli Keluarga

Juara - Gundu Lempo
Selesai acara melontar dan acara penyampaian hadiah...masing2 duk bertanya..nak kemana...so ada yg beri cadangan pergi minum...yang bessnya...semua setuju jer...tak ada yang membantah...ikut je semuanya...tukang bawak harus lah penghuni kawasan tu...maka sebelum kami berpisah..minum dan makan dulu...lepas tu baru la selesai semuanya...












Cadangan seterusnya ialah bercamping di Hulu Langat...ketuanya Amer, kontraktor berjaya...so dalam bulan April nanti...tungguuu...macam ramai je yang nak join tu...noe tak tau la...mau menjerit je kat dalam tu...pantang tengok pacat..seronok sangat terus jerit...

Selain dari camping, aktiviti lain yang sedang di rancang adalah untuk berlawan bowling dengan team di Perak...di mana team Perak akan main bowling pada 1 Mac nanti. Nak berlawan yer kome...

Semoga silaturrahim kita berpanjangan...InsyaAllah.

15 comments:

  1. Wahh meriah dan seronok saya tengok.. Tahniah sis.. best woman tu.. :) :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Meriah tu. Dah lama tak main bowling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg meriah fiza... apa lagi fiza..jom terjah sama2 :)

      Delete
  3. wow meriahnya..
    reramai gini...
    lama tak main bowling dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg meriah knor... jom knor ..sama2 main bowling :)

      Delete
  4. Happeningnya tu sis.. best sesekali kumpul reramai gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Nurul...mmg bess n happening :)

      Delete
  5. Kalau saya Menang yang best longkang tu agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...dapat hadiah gak tu emalin :)

      Delete
  6. wahhh bestnya... lama dah tak main bowling

    ReplyDelete
    Replies
    1. noe pun lama x main nina...sekali sekala main...bess gak..

      Delete
    2. kalau turun ke kl mau ajak kwn tp segan kalau tak pandai nk baling. 5 thn xpegang bola tau. hehe

      Delete
  7. seronoknyaaaa akak ^^ meriah betul nampakny tu

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena