Dah lama rasanya noe tak ke udara...tak tau la...nak kata sibuk sangat pun tak juga...nak kata x ada idea...ada je idea...tapi rasanya mungkin sebab kekurangan masa...sibuk dengan kerja2 office dan kerja2 di rumah. Balik rumah dah letih dan terus malas nak bukak lappy.
Kalau sebelum ni noe bermain bowling dengan kawan-kawan sekolah (cerita ada di SINI).. kali ni kami ingin berkhemah pula. Perkhemahan ini merupakan kali pertama dianjurkan..dan Amer merupakan tukang organize acara ini. Ianya akan berlangsung di Hulu Langat, Selangor.
Terdapat seramai 8 keluarga yang terlibat di mana kami akan bawa bersama ahli keluarga masing-masing. Amer juga membawa kawan-kawan dia seramai 8 orang. Semua sekali dalam 50 lebih orang. Gambar2 dalam ni di ambil oleh Amer dan kawan-kawannya. Perkhemahan ni berlangsung selama 2 hari satu malam sahaja. Memandangkan kebanyakan dari kami merupakan kali pertama untuk berkhemah bersama anak-anak, maka masing-masing merasa teruja.
Noe juga terpaksa membeli khemah, beg, lampu suluh, lampu kecil dan sebagainya. Bila masing2 dah membeli khemah, lepas ni boleh la berkhemah lagi. Harap2 semuanya berjalan lancar. Jam dah pukul 1 lebih pagi...noe masih berjaga...esok pagi pukul 9 dah kena ada di Hulu Langat. Ok la..nanti noe cerita pengalaman berkhemah bersama keluarga.
Selamat Berhujung Minggu Semua
p/s nina (penganjur bersama mini ga) ada minta emel... sbb dia nk butiran utk hntr hadiah...
ReplyDeletedah reply itu hari anies...hehehe...terlepas pandang email tu :)
DeleteDalam tahun 90an dulu masa tu anak2 bunda kecik2 lagi kami tinggal di Hulu Langat. Pernahlah pergi keSg Congkak, Pangsun berkelah...
ReplyDeleteSejak dah pindah ni dah tak masuk kesana lagi dah..
oooo...kira Bunda dah biasa sangat la area Hulu Langat tu...ye la..dah dekat....noe baru nk terjah ni Bunda...
Deleteseronoknya ye Noe..ada aktiviti camping camni..mesti anak2 Noe Teruja..sama la maknya pun kan
ReplyDeletemmg seronok PK...hehehe...anak, mak, pak semua teruja..hehehe
Deletepergh.. ramainya..
ReplyDeletex ada la ramai sangat pha is... :)
DeleteWahh bestnya sis.. suasana nmpk segar & semulajadi. Mesti sejuk klu pagi2 ni.. :D
ReplyDeletepagi2 mmg bess Khir...udara segar jer...
Deletebest kan dapat berkhemah sekali sekala. Ni antara xtvt saya zaman bujang dulu. walaupun takut giler ngan pacat
ReplyDeletelepas ni boleh sambung xtvt tu ...hehehe...akak pun takut pacat...nasib baik x ujan...pacat berjaya gigit 2 orang jer...hehehe
Deletebestkan kak nor.. ramai2 berkumpul bkelah..
ReplyDeletememag bleh mrapkan silaraurahim.. sambil ingkan tress mnghirup
udara segar.. feel so fresh!
lama x tlis blog.. sama la kita kak :)
aah Sobri...boleh eratkan silaturrahim...lepas camping...kitaorg jadi lebih rapat...anak2 pun mcm tu jugak...mmg fresh kat sana...
Deletetu la sobri...jom kita update blog... :)
Sekali sekala bercamping, masuk hutan best kan..hijau suasana mata memandang.. jauh dari hiruk pikut bandar :)
ReplyDeletebetul tu aishah...sekali sekala mmg bess...jauh dari hiruk pikuk pekan...
DeleteSeronoknya noe.. melihat pemandangan semulajadi ni memang therapy terbaik..:)
ReplyDeletePekabar?? :)
alhamdulillah sihat...atie...
Deletemmg terapi terbaik atie...bes sangat
pernah sampai hulu langat ni sekali pegi camp dekat resort apa ntah nama dia. lupaa dah nani
ReplyDeletekat sana byk kawasan perkhemahan nani...yg akak pegi ni...kawasan dusun...
Delete