Anugerah khas lelaki poligami ibu tunggal
Oleh Nazura Ngah dan Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam gamat dengan tepukan ahli termasuk dari parti pembangkang apabila kerajaan mengumumkan untuk memberi anugerah khas kepada lelaki yang berkahwin empat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita negeri, Wan Mohd Wan Hassan, berkata anugerah khas akan diberikan kepada lelaki berkahwin empat yang isteri kedua dan ketiganya mestilah ibu tunggal mempunyai anak.Berucap menggulung perbahasan, beliau berkata, anugerah itu bukan bertujuan menggalakkan lelaki berpoligami, tetapi sebagai penghargaan kepada mereka yang memperisterikan ibu tunggal....
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20061208020451/Article/
Begitu senang sekarang ini untuk mendapat anugerah. Berkahwin la empat, cari la ibu2 tunggal untuk diperisterikan..sah akan dapat anugerah. Masalah yang dihadapi oleh para isteri apabila suami berkahwin lain tak nak diselesaikan, sekarang duk sibuk nak kasi anugerah. Tak tahu la apa kebaikan anugerah ini diperkenalkan. Satu sahaja motif yang nampak, iaitu ibu-ibu tunggal mempunyai suami. Itu saja. Secara tak langsung anugerah ini akan menggalakkan lelaki untuk berpoligami, kononnnya bukan itu tujuannya. Sepatutnya kerajaan kaji dahulu sebelum membuat keputusan, bukan main syok sendiri...
Begitu banyak masalah yang dihadapi oleh para isteri yang suami mereka mengamalkan poligami. Seperti keperluan rumah semuanya ditanggung oleh isteri, makan minum, pakaian, persekolahan anak, suami tidak memberi nafkah zahir dan batin...banyak masalah-masalah lain..tapi tidak pulak kerajaan nak cari jalan penyelesaian...seperti potongan gaji dari suami setiap bulan...kes-kes yang tertangguh di mahkamah syariah...bertahun2...apa yang kerajaan buat???
Aku bukannya penentang poligami, tetapi memikirkan para isteri yang teraniaya terlampau ramai...bila nak kahwin sibuk kata islam membenarkan kahwin sampai 4, bila bab2 beri nafkah tak ada lak ikut islam... Lelaki zaman sekarang terlampau ramai yang jenis tidak bertanggungjawab..tidak hairan kenapa ramai perempuan yang tidak kahwin2...(terpesong sikit dari tajuk anugerah..hehehe)
Osaka, Jepun: Momo's Cafe & Restaurant
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh