...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, December 23, 2006

Banjir Melanda


Sejak 2 hari lepas banjir melanda di beberapa negeri di Malaysia. Banjir begitu teruk di negeri Johor. Bayangkan hanya kelihatan bumbung sahaja yang nampak, begitu takut kalau difikirkan. Aku tidak pernah menempuh suasana banjir tapi aku tidak mengharapkan ianya berlaku pada diri aku. Aku terpaksa membatalkan rancangan pergi ke Johor Bharu, walaupun highway masih boleh digunakan tapi takut sebarang kejadian yang tidak dijangka berlaku. Maka minggu ni lepak di rumah sahaja lah..Harap-harap keadaan banjir akan bertambah baik dan bagi mereka yang ditimpa masalah ini diharap banyak-banyak bersabar. Walaupun harta benda musnah namun nyawa anda adalah lagi penting dari itu semua.
Hari ini baru merasa cahaya matahari setelah 3/4 hari asyik hujan sahaja. Aku berharap ianya berterusan terutama di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena