PM lancar Galeri Seri Endon di PWTC
KUALA LUMPUR 14 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini merasmikan Galeri Seri Endon di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan gambar enam tokoh peneraju UMNO.
Galeri di tingkat 23 itu mempamerkan gambar-gambar Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pelbagai gambar kenangan tokoh terbabit yang merupakan peneraju UMNO sejak parti itu ditubuhkan pada 11 Mei 1946, dipamerkan.
Abdullah yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Radzi Sheikh Ahmad; serta Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO meluangkan masa hampir setengah jam melihat gambar-gambar yang memaparkan perjuangan UMNO membangunkan negara khususnya di kawasan luar bandar.
Turut dipamerkan ialah gambar-gambar Allahyarham bapa Perdana Menteri, Ahmad Badawi yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang
----------------------
Ingatkan galeri ni pasal batik ke, rupanya mempamerkan tokoh-tokoh UMNO. Rasanya macam tidak sesuai je. mmmm what to do....
Osaka, Jepun: Momo's Cafe & Restaurant
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh