Agak lama aku tidak mengemaskini blog ini. Aku adalah peminat kepada novel-novel cinta, mungkin ramai yang kata aku minah jiwang karat, tapi aku tak kisah asalkan aku berasa puas kerana apabila aku membaca novel-novel ini, aku akan berada di dalam dunia yang lain...
Kali ini aku akan memberi sedikit sinopsis tentang novel-novel yang aku baca. Aku mulakan dengan novel Inggeris yang bertajuk "Where Rainbows End" dan penulisnya adalah Cecelia Ahern. Sebuah novel yang amat menarik, penulisan berkisar kepada surat dan email yang diterima dari watak-watak yang terlibat. Menampilkan makna kawan baik di kala senang dan susah, kekuatan ikatan kekeluargaan, kesetiaan dalam perhubungan, Usaha yang tidak mengenal usia, ketabahan dalam menempuh kehidupan, kesabaran dalam mendidik anak dan cinta yang tidak mengenal usia, semua nya ditampilkan dalam novel ini.
Sinopsis:-
Rosie dan Alex merupakan kawan baik sejak kecil lagi, tapi mereka terpisah setelah keluarga Alex berpindah dari Dublin ke Boston, America. Rosie kesepian kerana dia tidak mempunyai kawan baik selain Alex. Rosie merancang mengikut Alex ke Boston dengan memasuki sebuah kolej di Boston. Namun demikian apa yang Rosie rancang tidak menjadi kerana kehidupannya terus berubah hanya kerana satu kesilapan, dan Rosie terus tinggal di Ireland.
Walaupun berjauhan namun Alex dan Rosie masih berhubung dan melawat antara satu sama lain. Rosie merasakan debaran apabila berjumpa dengan Alex, begitu juga dengan Alex, namun mereka tidak meluahkannya. Alex mendirikan rumahtangga dengan rakan sekelasnya iaitu Sally, Rosie merasa amat sedih namun begitu dia tetap pergi ke majlis perkahwinan Alex. Rosie juga akhirnya mendirikan rumahtangga dengan Greg. Di majlis perkahwinan Rosie, Alex merasa cemburu dengan Greg.
Tidak lama selepas perkahwinan Rosie, Alex telah bercerai dengan Sally. Alex tahu dia telah jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri, namun tidak berani meluahkannya kerana Rosie masih menyayangi Greg. Di saat itu Alex telah berjumpa kembali dengan Bethany iaitu cinta pertama nya ketika di bangku sekolah. Mereka menjalinkan hubungan walaupun ketika itu Alex tidak pasti dengan keputusan yang dibuat. Seperti Alex, Rosie juga menemui kegagalan dalam perkahwinan pertamanya. Alex kemudian mendirikan rumahtangga dengan Bethany walaupun Rosie tidak bersetuju dengan keputusan yang Alex . Mereka bergaduh besar dan bertahun tidak berhubung antara satu sama lain.
Tahun demi tahun berlalu, daripada kecil, remaja seterusnya menuju peringkat dewasa sehinggalah mencapai usia 40 tahun, pelbagai rintangan dan kesusahan yang telah ditempuhi oleh Rosie, namun impian nya masih tidak kesampaian. Jauh berbeza dengan Alex yang telah berjaya mencapai apa yang diingini. Namun Rosie tidak patah semangat dan terus berusaha. Katie mencetuskan kembali memori Rosie ketika dia bersama Alex. Adakah Rosie dan Alex akan bersama? mmm yang pasti happy ending.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh