Berakhir sudah Aidilfitri, tahun ni aku berhari raya di Jelebu, Negeri Sembilan (rumah mertua). Hari Raya pertama pagi2 lepas sembahyang solat raya, beramai-ramai kitaorg pergi rumah atuk, pastu pergi kubur. Lepas tu layan orang datang sampai petang. Petang lak baru la berpeluang pergi rumah Atuk sedara, rumah Wan Ngah ngan rumah Wan Kampai.
Pada Hari Raya ke 2, pagi sibuk melayan tetamu, petang baru la berpeluang pergi ke Kuala Pilah, gi umah bapak sedara ngan tok sedara belah arwah bapak mertua.
Aku raya ke 4 dah start keje... raya ke 6 balik perak...yahoo..going back to my hometown..lepak je blk kampung...sampai ari selasa minggu berikutnya...punya lamanya duduk kampung...tp aku pergi beraya 2 buah rumah je...hehehe..
Sekarang sibuk dengan open house...hari 3/11 ni sahaja aku dah terima undangan dari 4 buah rumah...aduhhhh...x tau la sempat pergi semua ke tak...apa2 pun aku memang suka pergi open house sbb aku tak perlu masak (macam la aku rajin memasak)...tak sabar nak tunggu sabtu ni...nak jumpa geng2 lama..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh