...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, May 13, 2009

Minggu-minggu orang sakit

Lama gak tak update blog ni. Bukannya apa..dua tiga minggu ini aku sibuk dengan orang sakit dengan aku-aku sekali sakit. Mula-mula bapa sedara aku masuk IJN sebab ada tiga saluran ke jantung tersumbat. Start ulang-alik bila bapak aku datang sini melawat bapa sedara aku. Aku pergi la melawat bapa sedara aku, itu pun kelam kabut sebab takut tak sempat, waktu melawat habis kul 8, tapi sempat la sampai, itu pun dah hujung-hujung. Hari yang sama pergi ke rumah abang aku kat Gombak sbb bapak aku stay kat sana. Esoknya plak pergi lagi ke Gombak sbb ambik bapak aku stay umah aku plak. Adala dalam 2 hari bapak aku stay umah aku, pastu hantar plak dia ke rumah abang aku kat Ampang, tapi ptg tu aku pergi pesta buku sbb ari sabtu tu dah tak sempat sebb bapak aku ajak hubby aku g Kelang umah sedara. Masa tu pun dah letih rasanya.

Isnin g keje seperti biasa, ari selasa cadangnya nak pergi jumpa doktor homeopathy lepas waktu kerja..otw balik abang yang kat Gombak tu call kata kakak ipar aku yang kat Ampang tu masuk hospitak kena heart attack lam kul 4 lebih, and at that time tak ada sape lagi yang tengok sbb abang aku kat Ampang tu otw dari Perak. Aku pun kelam kabut bersiap and call anak buah aku kat Keramat tu suruh dia pergi dulu tengok sebab dia yang paling dekat. Otw ke GH abang-abang aku dah sampai sana, dan bgtau keadaan kakak ipar. Dalam kereta sibuk aku call sana sini bagitau semua kakak aku dan mak bapak aku and update diaorg status terkini. Bila sampai GH, tak leh masuk ikutkan, tapi abang aku bawak gak aku tengok…tapi tak leh masuk ramai2 la. Kakak aku masuk CCU (Coronary Care Unit). Menurut kata doctor, sebelah jantung dah rosak teruk dan dalam masa 40 jam apa-apa boleh berlaku. Doktor nasihatkan suruh inform semua saudara mara dan buat lah solat hajat dan baca yasin untuk kakak ipar aku. Bila aku bagitau kakak-kakak aku keadaan kakak ipar aku, apalagi meraung la kakak aku. So malam tu aku sibuk membuat panggilan telefon dan terima panggilan telefon.

Besoknya mak, bapak, kakak dan abang ipar aku datang dari kampung, hubby aku terpaksa ambik EL untuk ambik diaorang, sejak dari hari itu aku sibuk ulang alik ke hospital dan ke Ampang, memang tak ada rehat langsung, lepas jer waktu kerja terus pergi..last2 hari Khamisnya, aku plak start demam, cadangnya 1st may balik kampung, tapi disebabkan semua ada sini melawat kakak ipar aku…so tak jadi balik kampung. Tapi namanya jer cuti, memang tak cuti pun…dengan demamnya lagi, anak beranak demam…badan tak sihat…doktor kasi antibiotik paling kuat…sampai habis ubat..demam tak baik2 lagi…pergi lagi ambik ubat…Isnin dan Selasa, doktor kasi aku 2 hari mc, badan dah bau ubat jer…punya la tak bess,tak tentu hala jadi otak….semua rasa kelam kabut, pelajaran Ali pun banyak tertinggal sbb banyak homework tak siap, kalau aku tak suruh dan tak mengadap tengok dia buat, jawabnya memang tak buat la. Dia pun demam jugak...Mengaji banyak hari tertinggal...Alya pun demam jugak…

Hari minggu baru ni balik Perak, hangar mak balik kampung, hubby plak kena demam… berjangkit la tu..habis satu family demam. Baru semalam rasa macam segar sikit dan otak baru ok sikit....nak kena managekan balik semua....

Berbalik pada kakak ipar aku tadi, syukur alhamdulillah, dia melepasi tahap kritikal, dalam tiga atau empat hari la dia duduk dalam CCU, lepas tu doktor kasi masuk wad…dalam dua atau tiga hari dalam wad, doktor boleh benarkan balik tapi doktor kasi cuti panjang, dia tak boleh buat keje langsung, even naik tangga pun tak boleh. Memang kena betul2 relax…tapi still kena makan ubat la…so abang aku la yang sibuk menguruskan rumah, memasak, membasuh kain semua.


0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena