Kalau kita lihat sekarang ni kadar penceraian di Malaysia memang tinggi. Setiap hari kita boleh dengar permasalahan rumahtangga. Biasa kita dengar masa bercinta semuanya elok tapi bila dah kahwin ada saja yang tidak kena, kentut pun kena marah. Lagi satu biasa juga saya dengar ada orang mengatakan bila sudah kahwin perasaan cinta suami terhadap isteri lama kelamaan akan luntur tapi sebaliknya dengan isteri. Bila sudah kahwin perasaan cinta isteri terhadap suami akan bertambah-tambah. Akan tetapi pernah kah kita terfikir akan punca-punca ini semua berlaku. Di sini saya sediakan tips yang dapat membantu semua dalam usaha eratkan hubungan suami isteri atau kekeluargaan. Tips ini adalah berdasarkan dari pembacaan saya dan juga pengalaman selama 8 tahun lebih sebagai seorang isteri :).
1. Komunikasi
Komunikasi antara suami-isteri amatlah penting. Segala permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga hendaklah di bawa berbincang. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, luahkan, jangan disimpan terlampau lama. Jika tidak diluahkan pasangan tidak tahu apa yang anda rasai.
2. Elakkan pertengkaran yang berpanjangan.
Pertengkaran antara suami-isteri adalah perkara biasa, adalah mustahil sekiranya tidak terdapat perselisihan faham antara suami-isteri. Sekiranya bertengkar salah seorang mesti lah beralah sama ada suami atau isteri, keluar rumah ke ambil angin, bagi tenangkan kembali ataupun redakan perasaan marah tu. Bila kita berada dalam keadaan marah, apa yang dikata atau apa yang kita lakukan akan lebih dipengaruhi oleh emosi. Masa ni lah macam-macam perkataan yang “sedap” akan keluar yang mana akan menyinggung perasaan antara satu sama lain.
3. Tolong-menolong
Tolong menolong dalam melakukan kerja rumah. Zaman sekarang ni ramai yang isteri keluar bekerja. Yang mana isteri-isteri sama-sama bekerja, jadi para suami kena lah membantu isteri. Janganlah dibiarkan isteri melakukan semua kerja rumah. Letih oooo, cuba la bayangkan pagi2 isteri dah bangun siapkan sarapan, siapkan anak-anak ke sekolah, lepas tu pergi kerja. Balik dari kerja pulak kena masak, basuh kain, sidai kain, angkat kain, lipat kain, uruskan anak-anak, hidang makan malam, basuh pinggan mangkuk, tengok buku sekolah anak-anak lagi, ajar anak mengaji lagi…bunyi macam kerja-kerja ringan tapi cuba la para suami melakukan semua kerja tersebut. Kalau yang mana ada pembantu rumah, mungkin ringan sikit la beban para isteri. Jadi kepada para suami tu tolong menolong la…jangan sibuk dengan hal sendiri jer, balik rumah..baca suratkhabar, hisap rokok, borak-borak dengan kawan-kawan, pergi main badminton. Fikir-fikir lah...bab cari duit sama-sama tapi bab nak urus rumahtangga serah bulat-bulat pada isteri, lepas tu komplen tak dapat layanan dari isteri, isteri selekeh la…macam-macam lah.
4. Rumah hendaklah sentiasa kemas dan bersih.
Jangan lah dibiarkan pinggan mangkuk penuh disinki, sebelum keluar rumah pastikan semua sampah dah dibuang, pinggan mangkuk dah dicuci, bilik dah kemas dan ruang tamu pun dah kemas. Bukannya apa…bila balik dari kerja tu…sedap la sikit mata memandang. Ini kalau balik tengok rumah berselerak, automatik perasaan letih dan marah pun sampai. Lagi sekali suami isteri kena bekerjasama dalam memastikan rumah tu sentiasa kemas dan bersih. Sekali-sekala ubahlah posisi meja, sofa, almari dan lain-lainnya. Bila alat perabot diubah-ubahkan, so tak ada borino tengok posisi sama jer, so feeling pun boleh berubah.
5. Kurangkan bebelan.
Biasanya bab membebel ni biasanya berlaku pada para isteri. Jadi kepada para isteri di luar sana kurangkan lah membebel. Pasangan anda akan merasa bosan jika setiap hari anda membebel, malah saya sendiri pun tidak suka mendengar orang membebel.
6. Jaga penampilan.
Bab ni bukan isteri sahaja yang kena jaga penampilan tetapi para suami pun kena la jaga penampilan. Si isteri jangan lah asyik pakai kain batik atau baju kelawar je kat rumah, at least pakai la seluar panjang dengan tshirt di rumah, mesti kemas, jangan kat opis je nak makeup, kat rumah pun kena la makeup sikit, rambut pun kena kemas, jangan dibiar mengerbang macam hantu. Body pun kena jaga la sikit, kalau suami tak kisah tak apa la…tapi ada suami yang kisah so pandai-pandailah. Suami pun sama, jangan lah pakai kain pelikat je di rumah dan berbogel tayang perut (tak pakai baju la tu). Perut tu kena la jaga, jangan sampai masa isteri mengandung, suami pun sama mengandung. Masa nak keluar rumah pun sama, biar smart..bila sama-sama kemas dan cantik dan smart, baru la sedap mata memandang.
7. Jangan biarkan pembantu rumah buat semua kerja rumah.
Ini lah silapnya sesetengah dari masyarakat kita, bila ada pembantu rumah, segala-galanya suruh pembantu rumah yang buat, sampai basuh kereta pun suruh pembantu rumah. Elakkan pembantu rumah dari melakukan perkara-perkara di bawah:-
• Memasak.
Bab ini seboleh-bolehnya biar isteri/suami yang buat, kita cuma boleh suruh dia sediakan bahan-bahan sahaja seperti potong sayur,siang ikan, ayam dan potong bawang. Air tangan memasak ini lain, jangan sampai suami/anak-anak teringat-ingat masakan pembantu rumah.
• Bilik tidur.
Bilik tidur kita ada tempat peribadi, jangan dibiarkan pembantu rumah sewenang-wenang keluar masuk dalam bilik tidur kita. Biar kita sendiri yang mengemas bilik tidur, takkan la tak mampu nak kemas bilik tidur sendiri.
• Pakaian dalam biar kita sendiri yang uruskan.
Dari bab membasuh sampailah melipat, seelok-eloknya disorok dari penglihatan orang, nanti orang boleh tau size buntut anda..huhuhuhu. Pakaian kecik-kecik ni sidai dalam bilik air kita sendiri pun tak apa.
• Jangan biarkan pembantu rumah uruskan semua hal anak-anak.
Seelok-eloknya bila balik rumah tu, perhatian untuk anak-anak tu kita lebihkan, terutama bab suap makanan (untuk anak-anak yang kecik la), orang tua-tua kata, bila kita suapkan anak makan, anak akan ingat dengan kita, beri lebih tumpuan kepada mereka, tidurkan mereka. Jangan biarkan pembantu rumah laku kan semua kerja tersebut, nanti anak-anak ingat dekat pembantu rumah lebih dari mak sendiri.
8. Ingat tarikh-tarikh penting
Ingat tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan hari ulangtahun pertemuan/hari pertama keluar dating. Suami isteri mestilah ingat tarikh-tarikh penting ini, set lah reminder di handphone ataupun catatkan dalam diari. Ucapan pun sudah cukup untuk menandakan yang kita ingat tarikh tersebut. Jangan senyap sunyi jer...lupa terus, mesti pasangan anda akan merasa amat sedih. Masa belum kahwin ingat semua, bila dah kahwin semua lupa.
9. Solat berjemaah.
Setiap hari mesti paling kurang ada satu waktu solat pasangan bersolat jemaah bersama-sama. Solat Subuh, Maghrib dan Isya’ sebab kalau solat zuhur dan asar tu masa kita bekerja. Solat bersama-sama dengan pasangan amat berkesan untuk mengeratkan hubungan suami-isteri dan juga keluarga.
10. Makan bersama.
Ada pasangan yang mana suami atau isteri terlampau sibuk dengan kerja sampai langsung tak ada masa nak makan bersama. Balik pun dah malam dan dah makan kat luar. Seboleh-bolehnya cuba la untuk makan bersama, tak kira la masa lunch ker atau masa makan malam ker. Makan malam bersama semua ahli keluarga elok di amalkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.
11. Puji-pujian.
Kadang-kadang tu puji la pasangan masing-masing. Masakan sedap ker, hensem ker, lawa ker...tak rugi pun kita memuji orang ni. Cuma keluarkan sedikit ayat-ayat pujian tu...kesan tu yang penting. Kita manusia ni...memang la suka bila di puji..mustahil la kalau kita tak suka kan.
12. Kejutan.
Kadang-kadang tu buat la kejutan untuk pasangan masing-masing. Kalau ada duit tu bawak lah pasangan pergi candle light dinner ker, pergi beli cincin ker, hadiah kan baju Chelsea ke (hehehe..utk pasangan yg minat chelsea ler), kasi bunga ke...dan macam2 la.
13. Bawak la pasangan berjalan-jalan / melancong.
Jangan lah dibiarkan pasangan tu duduk memerap kat rumah jer. Bawak lah jalan-jalan pergi downtown ke hehehe, mandi laut ker, mandi air terjun ker...so tak ada la bosan sangat. Aktiviti ini tak semestinya memerlukan belanja yang besar. Kalau yang berduit tu boleh la bawak pergi melancong, yang bajet kurang tu..bawak pergi mandi laut pun dah ok ataupun hujung minggu bawak pergi berjogging / buat aktiviti2 luar rumah, berkelah kat taman ker. Anak-anak pun suka.
14. Jangan terlampau cemburu.
Cemburu yang melampau boleh mengeruhkan hubungan. Kadang-kadang tu dengar jugak ada isteri telefon office suami tanya suami pergi mana semua. Suami pulak melarang isteri berkawan dengan kawan-kawan lelaki, bercakap pun sampai tak boleh. Isteri dan suami kena jaga maruah pasangan masing-masing. Trust each other amat penting dalam hubungan suami isteri, akan tetapi jangan la ambil kesempatan. Kadang-kadang suami atau isteri perlukan kawan, so tak salah untuk berkawan cuma kena tau batasan masing-masing. Sekiranya syak sesuatu, siasat dahulu sebelum mengambil tindakan melulu.
15. Terima kelebihan dan kelemahan pasangan
Terima kelebihan dan kelemahan pasangan masing-masing. Tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna, pasti terdapat kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi belajar lah untuk menerima kelemahan pasangan masing-masing. Sekiranya kelemahan yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, tingkat kan usaha tersebut untuk menutup kelemahan itu. Misalnya kalau tak pandai memasak, belajar lah memasak.
16. Tingkatkan hubungan mesra / kasih sayang.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk meningkatkan kasih sayang. Kita kena sentiasa cuba untuk menyegarkan perasaan kasih sayang, jangan perasaan tu makin lama makin menguncup, bila dah menguncup, masa tu la duk fikir nak cari yang lain. Cuba la cara-cara seperti di bawah ini, pada sesetengah orang mungkin benda ni remeh, tapi ianya amat berkesan untuk mengerat kan hubungan suami isteri.
• Bergurau-senda.
Bergurau senda ni tidak terhad di bilik tidur sahaja, jangan salah anggap yer. Macam buat memek muka ker, berlakon merajuk ke, buat aksi-aksi kelakar ker dan macam-macam la.
• Belai-belai rambut.
Sambil-sambil menonton tv tu, belai la rambut pasangan anda tu, tak pun kalau pasangan suka cari uban, so buat la…cari uban atau cabut rambut gatal.
• Cuci muka pasangan.
Bila tak ada buat apa tu, cuci la muka pasangan masing-masing, buang jerawat, bintik-bintik hitam/putih kat muka tu..kalau pasangan tak tahu kena ajar la...dan guna alat dan pencuci yang betul.
• Memotong kuku pasangan masing-masing.
Ini salah satu cara untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan anda. Tiap-tiap bulan, luangkan sedikit masa untuk memotong kuku pasangan dan anak-anak.
• Mengurut badan dan menggaru.
Sedap nya kalau badan kita diurut setelah seharian bekerja. Aktiviti ini boleh dilakukan bila kita hendak tidur atau di masa menonton televisyen. Jangan isteri jer urut atau garu suami. Suami pun kena buat benda yang sama terhadap isteri.
• Mandi bersama.
Sebulan sekali cuba la luangkan masa untuk mandi bersama. Kat belakang badan kita ni, tangan tu ada yang tak sampai nak cuci, so mintak la tolong pasangan kita untuk gosokkan badan.
• Curi masa untuk buat aktiviti berdua-duaan.
Bila dah ada anak tu, cuba la curi-curi masa untuk buat aktiviti bersama seperti menonton wayang ker atau jalan-jalan cuci mata. Kita boleh ambil cuti sehari ker.
Semoga tips yang diberi ini dapat membantu anda semua dalam meningkatkan hubungan dengan pasangan masing-masing.
Monday, June 15, 2009
Tips Untuk Mengekalkan/Mengeratkan Hubungan Suami-Isteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus tips2 ni. tp blom kawen lagi. haha
ReplyDeletehehehe..tak pe..bl dah kawin baru ler praktiskan...ala klu masa bercinta ada gak yg leh digunakan..
ReplyDeletepergh terkena siot...tips yang sangat ikhlas...many many thanks...
ReplyDelete~ DDaus
Tips ni baik tapi bila da buat semua ni...suami x pernah pun pandang...x pernah urus anak...pendek kata give and order je la keje dia...bila kita kena fitnah kena mcm2 dgn akak dia sampai hampir masuk penjara, dia wat derk je...bila benda yg kita x tau berlaku kat akak dia....dia maki hamun kita pdhal kita x tau ape2...saya menderita sendiri dlm umahtangga...tiada siapa pun yg tau...org sekeliling tau nak tduh je kata salah saya...
ReplyDelete~EFFA~
mohon khidmat nasihat emailkan nasihat yg boleh saya guna ke effa.ellyze86@yahoo.com
Suami sy ni romantik orgnya. Tapi,dia slalu balik lwat. Smpai2 suatu hr ni sy gaduh ngan dia..sebab sy tnampak sms dia ngan ex gf dia. Gaduh bsar. Smpai skrang ni sy susah nak cayakan dia. Tak guna kan kalau kahwn dgn laki ensem,ank org kaya,tpi curang.. Apa sy hrus buat?
ReplyDelete