...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, July 21, 2010

Today is My Birthday

21st July 2010
bertambah lagi usia aku...nothing special today...ditambah pulak dengan badan yang tak sihat...seharian aku memerap dalam rumah kerana kepala sakit..kena migraine...sampai satu tahap aku tak tahan...makan ponstan 2 biji sekali...dengan harapan kepala aku berhenti sakit. Menangis sorang-sorang dalam rumah menahan sakit...siap telefon hubby mengadu sakit.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua kawan dan anak-anak buah aku yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku. Ingatan kalian semua amat aku hargai dan terima kasih sekali lagi.

inilah cheese cake yg hubby aku belikan utk aku..

  • Semoga di panjangkan usia agar aku dapat memperbanyakkan ibadat aku dan memperbetulkan kesilapan aku.
  • Semoga di murahkan rezeki kepada aku agar dapat aku memberikan keperluan secukupnya kepada anak-anak aku dan kedua ibu bapa aku dan juga membantu kepada mereka yang memerlukan
  • Semoga aku diberikan keberkatan dunia dan akhirat
  • Semoga aku diberikan tubuh badan yang sihat - mental dan fizikal
  • Semoga aku diberikan keceriaan dalam hidup
  • Semoga aku dijauhkan dari perkara-perkara yang dimungkar
  • Semoga aku tabah dalam menempuh segala dugaan yang mendatang
  • Semoga aku menjadi isteri yang baik untuk suami aku dan umi yang baik untuk anak=anak aku

2 comments:

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena