...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, December 14, 2011

Dah Bersawang...

Dah bersawang rupanya blog aku ni…dah berbulan2 tak dikemaskini. Last update bulan March itu hari…mak ai..lamanya…ni dah bulan Dec ….. patutla dah bersawang. Nak kata sibuk sangat ..tak ada la sibuk sangat….nak kata malas ..memang malas pun…nak kata tak ada idea…rasanya otak aku ni leh guna lagi..boleh ada idea lagi…ntah kenapa aku lama tak jenguk dan update blog aku ni..aku pun tak tahu nape…

Banyak perkara telah berlaku tahun ni…pemergian orang tersayang…ini lah episod yang paling sedih dalam hidup aku apabila orang tersayang pergi buat selama-lamanya…dan beliau pergi di tatap oleh aku sendiri…aku doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Amin.

Tahun ni juga anak buah aku melangsungkan perkahwinan. Kali pertama anak buah kahwin, jadi teruja sikit la…Majlis di langsungkan pada minggu hari raya..dan ianya berlangsung dengan penuh meriah dan berjalan dengan lancar. Majlis untuk menetapkan tarikh perkahwinan diadakan di rumah aku. Aku mana pernah buat kenduri kat rumah tu...ini kira pengalaman pertama la...walaupun bukan kenduri..tapi ramai yang datang..penuh rumah yg kecik tu...

Apa lagi berlaku tahun ni??? Ooo ye…anak sulung aku baru sahaja bersunat di KPMC, pada 2 minggu lepas. Kenduri juga diadakan di kampung belah suami aku…mak dari perak pun datang juga…walaupun kenduri tak besar tapi banyak juga lah belanja yang dikeluarkan. Kalau beli barang di Kuala Klawang…lagi la…mahal yang amat…semua barang mahal…orang-orang je duduk kat Kuala Klawang tu…

Aku pun sebenarnya dah tak berapa ingat apa yang berlaku….tapi itulah perkara-perkara besar yang berlaku tahun ni…Ini dah masuk bulan December….dah ujung tahun…rasa macam sekejap sangat…pejam celik..pejam celik dah nak habis tahun…Cepat sungguh masa berlalu…

0 comments:

Post a Comment

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena