Di hari sabtu ni pagi-pagi lagi dah keluar ke Pekan Kajang, nak pergi ambil cermin mata Ali di Al-Mizan Optometrist..memekak je hari-hari suruh ambil cermin mata dia...welcome to the club...Ikutkan family aku memang semua pun rabun mata..semua pakai cermin mata..so tak hairan la kalau Ali pun rabun. Di bawah ni Ali dengan cermin mata baru dia. Terpaksa cari bingkai orang tua...sebab muka lebar.
Lepas ambil cermin mata Ali, kitaorg terus pergi ke Desa Pandan. Seperti minggu-minggu yang lalu, setiap hari sabtu kitaorg pergi makan nasi Ayam di kedai kawan Bob. Kali ni kitaorg sampai awal...hehehe..sebelum pukul 12 dah sampai..tak siap lagi daaaa... kitaorg pun pusing-pusing dulu sampai kul 12 lebih tengahari.
Kat sini la kedai nasi ayam tersebut
Ni la ayam nya..agak banyak dan garing
Ni Nasi nya..pun agak banyak..memang kenyang
Ni kaki ayam..favourite Bob..ada lagi satu pedal + hati..cuma x ada dalam gambar ni.
Lepas kekenyangan, Bob tanya nak ke mana..aku cakap nak balik...Bob tanya lagi..ada apa-apa ke yang nak di beli ke, dia cakap dia malas nak keluar dah lepas ni..Aku pun cakap la aku nak repair handphone dengan beli handbag. Bob kata kalau nak beli handbag, kita pergi je Sogo. Kitaorg pun pergi la Sogo. Parking di Campbell Complex pastu menapak ke Sogo.
Nak pegi ke Sogo tu lalu la kawasan gerai-gerai tu macam tapak pasar malam kut...punya la ramai orang..aku dah mula nak stress...aku bukannya suka sangat pergi tempat ramai orang ni..panas-panas lak tu. Sampai di Sogo..rupa-rupanya ada Sale la...punya la ramai orang...kakak-kakak, adik-adik..cik bedah, cik timah..semua sibuk bershopping sakan. Pening gak la aku nak memilih handbag yang mana satu..last2 dapat la tangkap 2 handbag...satu yang kecil dan satu lagi yang besar. Ali lak sibuk je beli baju Spain...tak habis-habis dengan baju Spain...tau la masuk final Euro.
Dah habis bershopping, dah pening sebab panas..jalan jem plak tu...so nak terus balik la...tengok-tengok macam arah ke Selayang...nak pergi mana la plak Bob ni...rupa-rupanya Bob pergi ke Kolam Air Panas Selayang. Kali pertama aku datang sini..tak ada la ramai sangat orang...kebanyakannya Chinese jer...merah-merah badan diaorg.
Bob dia sakit kepala..tu yang dia datang sini..saja nak rendam kaki..So sewa la timba dengan besin tu..sewa dalam RM2...rendam la kaki kitaorg dalam tu.
Di sini tak boleh rendam kaki dalam kolah tu..tak boleh masuk ke dalam kolah..tak boleh membasuh baju di situ...so pandai-pandai la patuhi peraturan yer. Jadi gunala dayung untuk ambil air tu...nak rendam kaki..rendam la dalam besin...nak lagi mudah bawa la besin semua tu dari rumah.
Ni la besin dan timba untuk disewa
Ni kolam yang paling panas...berasap je kolam ni
Dah puas merendam kaki...kitaorang pun balik la...Bob tanya lagi..nak pergi mana-mana lagi ke..nak makan dulu ker...aku dah letih sebenarnya..fikir nak balik jer...rupa-rupanya Bob terus pergi ke Putrajaya...nak pergi makan di Kawasan sebelah pejabat PM tu..ntah apa namanya. Aku lak lupa nak ambik gambar...letih punya pasal. Ramai la plak kawasan Putrajaya ni...rupa-rupanya ada Pesta Flora...ada macam kereta berhias nampaknya. Badan dah letih..dah malas nak jalan-jalan..fikir nak balik jer. Jadi ini je la aktiviti untuk hari sabtu ni.
0 comments:
Post a Comment
Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh