Gambar kat atas ni sebagai penyeri....hehehe...tucen tu dah kena sakit mata balik...nasib baik ubat sakit mata ada lagi...
Kali ni aku nak cerita pasal BOSAN. Pernah tak kadang-kadang korang rasa BOSAN? Ataupun hari-hari2 rasa BOSAN? Kadang-kadang memang aku rasa BOSAN, terutama weekend baru-baru ni...padahal dah merayap serata alam masa tu... tapi masih rasa BOSAN...terfikir dalam hati ... mesti buat sesuatu supaya hidup ni rasa happening.. nak ikutkan happening...mmg la happening hari-hari..sebab melayan anak-anak kan...pastu pergi kerja..balik kerja..tempuh jem..ikutkan sibuk jer rasa hidup ni...kadang-kadang tak cukup masa pun ada..tapi kadang2 still ada perasaan BOSAN. Jadi nak buat apa...
1. Cari Aktiviti Baru
Bagi menghilangkan rasa BOSAN, cari lah aktiviti baru, apa yang aku fikir sekarang ni adalah untuk belajar berenang (hasrat ni dah bertahun2 tapi tak tercapai)..mokcik tak tau berenang...hehehe...jadi sekarang ni tengah survey tempat2 untuk belajar berenang bagi kaum muslimah. Banyak je aktiviti lain yang boleh kita buat...seperti join aerobik, kelas menari, masuk kumpulan marhaban ke kat taman masing2 (aku teringin sebenarnya nak masuk geng marhaban/berzanji hehehe). Secara tak langsung boleh tambah kenalan.
2. Ubah Kedudukan Kerusi Meja Katil Dalam Rumah
Aktiviti ubah suai ni boleh merubah mood kita. Bila balik rumah rasa lain jer...sebab kedudukan semua dah berbeza. Tapi aku tak buat la ubah-ubah ni...sebab baru jer ubah itu hari...tak pun tukar langsir ker...bagi warna berbeza...apa2 je la..janji ada kelainan. Kalau di office...boleh jer ubah sikit2 kedudukan laptop ke..kalendar ker..tambah sana-sini..baru ada semangat nak pergi office
3. Cari Kawan Baru
Ini boleh dilakukan dengan menambah kenalan baru...contohnya macam sekarang ni la..tambah kenalan di dalam alam maya melalui blog (jadi la follower saya...saya akan jadi follower awak juga... :))...bess jer baca kisah-kisah kenalan baru..disamping dapat tambah kenalan, dapat juga tambah ilmu pengetahuan. Dapat kawan baru dan ilmu baru. Bagus kan? So bila online excited je nak baca updates terkini dari kawan2 blog..
4. Hobi
Hobi ni memang elok diteruskan, contohnya aku...salah satu hobi aku membaca novel...habislah 2 buah novel weekend baru-baru ni. Bila dah habis baca..rasa puas...masa baca tu...faham-faham je la kan...jangan diganggu. Hubby dah tau dah. So korang semua boleh la teruskan hobi masing2..ada yg suka memancing, tanam bunga, hias rumah, kumpul setem (ada ke lagi?? dolu2 bila tanya bab hobi..mesti ada jawab kumpul setem..hehehe) dan sebagainya la..
Inilah antara aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan rasa BOSAN kita. Kut2 ada yang nak tambah...SILAKAN...
---------------------------------------------------------------------------------
KAMI MENDOAKAN SEMUA WARGA SABAH SELAMAT DAN DILINDUNGI OLEHNYA
Weekend tiada masa kerana kesibukan.... kat ofis pun rasa kekurangan masa.. rasa tak cukup masa.. err cemana tu? :P
ReplyDeletedekdaa..kena tambah masa tu dekdaa..jadi 28 jam ke..
ReplyDeleteklu x rasa bosan tak pe dekdaa...layan jerrr..
cara kita sama la noe... hihih (^_^) yg no.1 tu teringin nak berzumba... tapi macam malu2 kucing pulak.. huhuhu
ReplyDeletebagusnyer tips ni!
ReplyDeleteNora -> apa lagi Nora..buang je malu2 tu..kucing tu pun buang...hehe
ReplyDeleteKA -> sama2 kita mencuba
Gud idea..
ReplyDelete