...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Tuesday, October 22, 2013

Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu - Kembara Ilmu Oleh Ustaz Kazim

Assalamualaikum 

Kepada penduduk di sekitar Sungai Besi, jangan lupa malam ni bersama dengan Ustaz Kazim Elias. Esok pula Ustaz akan berada di Kuala Lipis Pahang. Marilah kita sama-sama menghadiri majlis ilmu.

Ustaz Kazim

KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS ILMU

Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin:
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya tetapi tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":

1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.

4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifarahkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.


Sumber

11 comments:

  1. Malaikat pun mendoakan org yg menghadiri majlis ilmu ni Noe ;)

    ReplyDelete
  2. nice share...saya jrg pergi majlis ilmu, tp dengr cermah kt tv, saya selalu amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar kat TV tu pun dh kira majlis ilmu tu...janji ada ilmu yg kita dapat...

      Delete
  3. Alhamdulillah sam-sama memeriahkan majlis ilmu kan Noe..banyak berkahnya..

    ReplyDelete
  4. suka dengar ceramah2 ni :)

    ReplyDelete
  5. Fiza jarang pergi majlis ilmu. Tapi serius. Ceramah Ustaz Kazim Elias di TV tak pernah tinggal. Suka dengar dia bercakap secara santai tapi penuh dengan ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Kazim ceramah ada unsur2 kelakar..lagi seronok dengar kan..

      Delete
  6. Best jugak dengar Ustaz kazim ni...lawak pun lawak tak boring...tapi biasalahkan ....kalau Ustaz Kazim ceramah depan rumah kot baru pergi hehe

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena