...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, October 11, 2013

Ujian Allah

Assalamualaikum Dan Salam Jumaat Semua..



Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

Huraian Hadith: 
  1. Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.
  2. Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
  3. Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
  4. Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
  5. Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
  6. Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
  7. Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.
    sumber dari sini

8 comments:

  1. Slm jumaat kak. Bestnya esok cuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana...mmg bess...kak noe cuti sampai selasa...isnin apply cuti..

      Delete
  2. salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no193

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal ida...dah follow ida no 35 dan di http://coretandiariburukku.blogspot.com/ .. no 51

      Delete
  3. Salam Jumaat... Nice sharing :)

    ReplyDelete
  4. Walau apa pun selalu kakak mohon padaNya kalau nak uji biarlah yg ringan dan jgn yg berat-berat moga ujian itu boleh kita tanggung dgn redha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu Kakzakie...nanti takut tak tertanggung oleh kita...tapi insyaAllah...Allah itu maha adil dan bijaksana

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena