Assalamualaikum
Aku dah lama pergi ke Seri Menanti ni...cuma tak dikongsi dalam ni sahaja...Tujuannya datang ke sini...saja suka-suka....sebab tak ada arah tujuan nak ke mana....sudahnya kitaorg terlajak terus ke Seri Menanti. Alang-alang dah sampai di sini, pergi la melihat kawasan persekitaran Istana Lama Seri Menanti. Kitaorg tak masuk dalam pun.
Sesiapa yang tidak tahu lokasi Seri Menanti ni...Seri Menanti ni terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan... orang Pilah mesti tau tompek ni...Istana ni memang cantik dan ianya mengikut ukiran senibina masyarakat Minangkabau. Ianya diperbuat daripada kayu dan pernah dijadikan kediaman rasmi untuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di sekitar tahun 1900-an. Sekarang istana ini dijadikan sebagai Muzium.
Masa kitaorg sampai di sana...dah petang...hari Ahad pulak tu...kalau tak silap nak masuk dalam muzium tu dah tutup...kalau tak...dah lama aku masuk...Aku suka juga bawa anak-anak pergi tengok muzium...saja nak beri pendedahan pada diaorg...Muzium yang pernah aku masuk seperti Muzium Negara, Muzium di Istana Lama Kuala Kangsar, Muzium Polis, Muzium di Lembah Bujang dan Muzium Islam.
cantik juga view sekitar Istana ni Noe...
ReplyDeletebelum pernah sampai lagi....:)
aah...cantik gak atie..
Deletenama cantik .. sri menanti ni dengan yg kt kuala kangsar tu ..
ReplyDeletelebih kurang kt kuala kangsar...dua2 cantik...
Delete