...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, December 20, 2013

Jangan Lupa Solat


Photo

Dalam kita sibuk Berblog, Berfacebook, Bertwitter, Bershatsapp, Berwechat..dan segala bentuk sosial terkini...Jangan lupa perkara yang lebih penting dan yang lebih diberi keutamaan dalam hidup kita iaitu ...SOLAT ... Apa kelebihan solat pada tubuh kita?? Boleh baca di sini.

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.
Huraian Hadith: 
1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

4 comments:

  1. sharing yg sgt bermanfaat. tq

    ReplyDelete
  2. tq mengingatkan...kekadang kita terleka dengan semua nikan...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mengingatkan

    ReplyDelete
  4. Kalau dah tua tua pun tak solat ...... mmg nak kena tu namanya Noe hehe

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena