Assalamualaikum
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu tarikh 14 Feb iaitu hari kekasih atau pun valentine's day. Tujuan hari ini di sambut adalah hari untuk mengingati kekasih. Pada hari ini kedai-kedai bunga menjadi tumpuan...masing-masing ingin memberi bunga kepada kekasih masing-masing. Namun adakah sambutan hari kekasih ini sesuai disambut oleh orang-orang Islam? Apakah pandangan Islam tentang sambutan hari kekasih ini?
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang
bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut
Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam
amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi
meraikannya.
Oleh
itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah
dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan
perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Keterangan/Hujah:
Keterangan/Hujah:
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di
dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang.
Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam
adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum
Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara
hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa
yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah
s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa
yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan
ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan
golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan
yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan
datang.
Sebagai orang yang beragama Islam, setiap tindakan yang kita lakukan haruslah mengikut syariat Islam.
Psssttt: Aku tak pernah sambut hari kekasih ni...kerana aku ada hari kekasih aku sendiri iaitu 1st May.
Kalau mengikut sejarah dan tahu bagaimana Valentine memunsnahkan saudara Islam kita mesti tak ada siapa pun yg mahu meraikannya. Kena tahu sejarah bagaimana Valentine ini ujud Noe... Kalau nak cerita kat sini panjang rentetannya. Googlelah ye kawan-kawan agar kita tak terpesong turut meraikan mereka yg telah memusnahkan saudara kita dulu...
ReplyDeletetul tu kakzakie...golongan muda islam kita ..dengan mudah meniru bulat2 tanpa usul periksa...
DeleteAnak-anak muda yg selalunya menyambut valentine ni Noe... moga mereka diberi kesedaran tentang hukum sambut valentines ni....
ReplyDeletetul tu yatie...harap2 mereka ada membaca pasal hukum menyambut valentines ni...
DeleteSalam Noe..
ReplyDeletemmg tak sambut pun Valentine ni.. tak berkenan sy... huhuhu
harap2nya anak2 muda kita sedar lah ya...
salam Atie...tu la atie...noe pun x berkenan...harap mereka cepat sedar
DeleteKekasih kita hanya SATU..hari-hari nak celebrate pun tak apa kan...
ReplyDeletesetuju raudzah...itu yg sebenar-benarnya
DeleteSelang beberapa hari lagi menjelang tarikh ni, mudah-mudahan mereka yang berkenaan sedar cerita disebalik valentine ini.
ReplyDeletetul tu Nurul..harap2 mereka sedar
Deletebagusnya buat N3 sebegini masih ramai yng tak tau lagi sebenarnyer
ReplyDeletemmg ramai lagi yg tak tau KA...kita yg dah tau ni...kena sebarkan..
DeleteSemoga akidah kita semua sentiasa terpelihara.. in shaa Allah.. aamiin..
ReplyDelete