...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Friday, February 21, 2014

Seksa Meninggalkan Solat

Assalamualaikum

Pray

Solat merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Semua umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam. Sesiapa yang sengaja meninggalkan solat, mereka telah melakukan dosa besar dan akan mendapat seksaan di dunia dan juga di Akhirat. 

Sabda Nabi yang bermaksud :-

"Barang siapa meringan-ringankan dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, diseksa/dibala oleh Allah dengan lima belas macam seksa/bala

  • Enam seksa sewaktu di dunia 
  • tiga seksa sewaktu hampir ajalnya
  • tiga seksa selama di kuburnya
  • tiga seksa sewaktu Hari Kebangkitan Semula "

Seksa sewaktu di dunia:-

1. Hilang berkat umurnya (hidupnya cuma dengan kekosongan walaupun hidupnya mewah, kemewahannya itu hanya istidraj belaka).
2. Hilang keberkatan rezekinya
3. Dihilangkan tanda orang soleh pada mukanya
4. Tidak diakui ia masuk golongan Islam (ia termasuk kepada golongan Munafiq, zahirnya sahaja Islam, batinnya Munafiq
5. Segala amal baik yang dikerjakannya tidak mendapat pahala
6. Doanya ditolak

Seksa sewaktu hampir ajalnya:-

1. Mati dalam kehinaan (pencabutan rohnya tiada ada belas kasihan)
2. Mati dalam kelaparan (nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat memakan sesuatu pun kerana hebat sakitnya sewaktu rohnya akan keluar)
3. Mati dalam dahaga (walaupun diminumkan air, dahaga masih tidak hilang kerana sakit di waktu sakratulmaut)

Seksa sewaktu di dalam kubur:-

1. Disempitkan kuburnya
2. Digelapkan kuburnya
3. Diperintahkan Allah beberapa Malaikat ke kuburnya untuk menyeksa si mati hingga ke Hari Kiamat dengan tidak berhenti.

Seksa sewaktu hari kebangkitan semula:-

1. Datang seorang malaikat yang akan menyeksa mereka
2. Allah tidak mengampuni mereka
3. Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepada mereka.

Hadis Nabi saw ada menyatakan, sabdanya yang bermaksud - "Bermula orang yang meninggalkan sembahyang pada hal ianya dalam kesihatan, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat pedih melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu"

Sumber: Buku 10 Seksaan Di Akhirat sususan M.H.Ikhlas

Janganlah kita sesekali meninggalkan solat lima waktu.

Selamat Beramal.


20 comments:

  1. TQ sharing noe...InsyaAllah!...
    Sholat mmg tiang agama...:)

    ReplyDelete
  2. Pengisian yg bermanfaat Noe... perlu diingatkan selalu kan Noe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu yatie..kita kena saling mengingati

      Delete
  3. Sehingga bila tiba di padang mahsyar amalan kita yg pertama akan dihisab adalah solat. Alangkah ruginya kalau setakat 5 waktu tak mampu dituntaskan apa lagi yg sunat-sunat... mari kita didik anak-anak kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu Kakzakie...solat perkara pertama yg akan dihitung...insyaAllah...sama2 kita didik anak2 kita

      Delete
  4. seram je.....bila baca seksaan2 tu......kan.....moga di jauhkan insyaallah......

    ReplyDelete
  5. moga kita semua dalam rahmat Allah dan diberi petunjuk
    bukan mudah nak nasihat orang malas solat ni,
    hanya doa dan mohon hidayah untuk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tihara...bukan senang nak ubah sikap orang..kita hanya mampu berdoa semoga diberikan hidayah

      Delete
  6. Haaa... Ayat Penegasan sebagai Peringatan!.. JANGAN TINGGALKAN SOLAT! Penegasannya hingga seksa yang dikenakan pelbagai peringkat... Ya, Allah.. permudahkan aku dalam mengerjakan solat ku serta semua muslimin dan muslimat Ya Allah!!... Suatu yang mudah tapi jadi sometimes, memang sangat sangat susah dgn pelbagai godaan dan cabaran... ujian... ya Allah... Boleh amik nak share dak maklumat ni?

    InsyaAllah pahala besar bagi orang yang sentiasa mengingatkan orang lain perihal solat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi macam mudah kan...tapi yang mudah tu la kadang2 susah untuk dibuat...mmg banyak godaan dan cabarannya.... tak ada masalah untuk share...sama2 kita saling mengingati...
      InsyaAllah

      Delete
  7. Solat membentuk peribadai kita..siksaannya terllau besar ditanngung. hanya kerana 10 minit tertinggal atau terlewat..Jom sama-sama kita jaga solat kita!!!

    ReplyDelete
  8. Thanks fro sharing....Salam Jumaat...:)

    ReplyDelete
  9. Salam noe,
    Dlm mnjaga solat ni, jgn lupa jaga rukun2 dia sama, rukun feqli, qauli dan qolbi. Tk jaga rukun tiang yg d diri tu nmpak pincang la

    ReplyDelete
  10. Bersama2lah kita beringat. Thanks yer Noe...

    ReplyDelete
  11. sgt menakutkan..tapi orang bt tak endah je..org skrg berani nak masuk neraka..

    ReplyDelete
  12. Semoga kita sentiasa dibawah naungan Allah utk sentiasa menunaikan tuntutanNya... aamiin. T kasih diatas perkongsian peringatan ini.. :)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih noe ...kerana mengingatkan ...cukup takut dengan azab yg Allah telah janjikan....moga kita dan keturunan kita ini bukan tergolong dpd org yg meringan ringankan solatkan...

    ReplyDelete
  14. takutnya,,.... jangan kita tergolong dalam golongan yang lalai dan leka..

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena