...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Saturday, March 08, 2014

Terkini: Pesawat MAS MH370 Hilang - KL- Beijing

Assalamualaikum


Malaysia Airlines hari ini mengesahkan penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777-200 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini. Pesawat berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi tadi dan dijadulkan mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi. MAS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memulakan operasi menyelamat dan mengenal pasti lokasi pesawat.

Pesawat : B777-200
Masa Berlepas : 12.41am Kuala Lumpur
Masa Terputus Hubungan : 2:40am
Jumlah Penumpang : 227 orang termasuk 2 bayi
Anak Kapal : 12 orang
Warganegara Penumpang :

1.    China – 154 
2.    Malaysia - 38
3.    Indonesia - 7
4.    India - 5
5.    Australia - 6
6.    France - 3
7.    United States of America – 3
8.    New Zealand - 2
9.    Ukraine - 2
10.   Canada - 2
11.  Russia - 1
12.  Italy - 1
13.  Taiwan - 1
14.  Netherlands - 1
15.  Austria - 1

Pilot: Kapten Zaharie Ahmad Shah, warganegara Malaysia, berumur 53 tahun, mempunyai jumlah jam penerbangan sebanyak 18,365 jam. Bersama dengan MAS sejak 1981
First Officer: Fariq Ab. Hamid, warganegara Malaysia, berumur 27 tahun, jumlah jam penerbangan sebanyak 2,763 jam. Bersama MAS sejak 2007


Search and rescue under way ... The last known position of the Malaysia Airlines flight b

Terdapat spekulasi yang mengatakan pesawat tersebut telah mendarat di Vietnam, namun maklumat tersebut tidak benar dan pihak MAS masih menunggu pengesahan dari pihak berkuasa.

Malaysia airline arouses worries
salah seorang saudara (berbaju putih) kepada penumpang pesawat di Beijing Capital International Airport

Orang ramai boleh menghubungi nombor +603 78841234 untuk maklumat terkini.

8 comments:

  1. salam noe ..
    moga kesemua yg ada didalam pesawat tu selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aby..
      ya aby...sama2 kita berdoa..

      Delete
  2. as salam noe,
    zaza pon bru tau tadi.. hope semuanya selamat. In Shaa Allah. Sama2 kita berdoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zaza...sama2 la kita berdoa...

      Delete
  3. doa kita bersama mereka..

    ReplyDelete
  4. Kepada Allah kita berserah & panjatkan doa utk mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Khir...kita berserah kepada Allah...semoga mereka selamat...insyaAllah

      Delete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena