Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semalam noe ada operasi mengemas workstation di pejabat...sebabnya nak pindah ke bangunan lain (bukan tukar kerja yer...kerja sama cuma tukar bangunan jer). Ikutkan office ni noe dah jarang datang sebab dah lebih sebulan duduk di tempat customer. Sekali-sekala je datang sini...tapi memandangkan office nak berpindah....jumaat hari terakhir di office ni...maka terpaksa la datang ke sini buat operasi.
Punya la banyak sampah sarap dan segala kertas, dokumen bertahun-tahun pun ada...semalam pun ada buat clearance stock untuk stationeries....distribute pada office mate...ini semua stock dah bertahun-tahun dan turun temurun dari staff lama yang sudah meninggalkan office.
Kat tempat baru nanti, khabarnya workstation sempit so terpaksa la angkut yang mana perlu je ... yang lain2 terpaksa angkut bawak balik rumah. Semalam angkut 2 buah kotak...hari ni ada sebuah kotak lagi...walaupun noe jarang ada di office baru nanti, tapi memang ada dedicated workstation kat sana.
Kalau bab parking pulak...kalau sekarang tak ada la susah sangat...kalau datang lambat dan dah penuh boleh parking di Park and Ride...tak jauh sangat...jalan kaki jer...Kalau tempat baru, memang ada parking...cuma kena datang awal la...kalau lambat..penuh kena la parking di Park and Ride .. lepas tu tunggu shuttle bas..tak pun menapak sejauh2 alam tu...
Rasa sedih pulak nak meninggalkan office ni...banyak memori kat sini....rindu kat kawan-kawan dan bos-bos lama. Dulu meriah...bila company buat restructure, ada bos yang kena VSS, ada yang berhenti dan ada yang dah pindah ke negara lain. Maka mengecil la kawan-kawan kat situ...lama-lama jadi sunyi je...bila noe dah selalu duduk kat tempat customer, makin sunyi la tempat ni...
mmm Hidup mesti diteruskan...jumpa kawan-kawan baru (ada kawan jugak kat tempat baru tu) dan kena sesuaikan diri dengan environment baru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam Jumaat & Selamat berpindah Noe..
ReplyDeleteNissan Almera, Astro & Invest Smart for you...
ReplyDeleteLetih nak mengemaskan kak.
ReplyDeleteselamat mengemas dan berpindah. tempat baru mesti lagi syok kut
ReplyDeletesyukur sebab kita ada kerja :) jeeee...kita nampak iklan JETT pula kita klik lagi.ok tak 3 kupang ni
ReplyDeleteSlmt berpindah sis Noe... semoga bertambah berjaya slps ini nnti... aamiin.
ReplyDeletebila pindah ofis baru memg jenuh la nak kemas segala khazanah yg ada kan
ReplyDelete