...H a n y a S e b u a h C a t a t a n P e r i b a d i...

Wednesday, July 09, 2014

Berbuka Puasa Dengan Maggi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam noe berbuka puasa di luar, selepas berbuka noe singgah di sebuah masjid di Taman Taming Jaya untuk solat maghrib sebelum bergerak ke Teluk Intan. Kawasan di sini banyak kilang dan ramai warga asing di situ.

Semasa menunggu Aya keluar dari tandas, noe dengar perbualan beberapa orang kanak-kanak yang datang ke masjid tersebut untuk solat terawih.

A: Ko berbuka puasa apa tadi?
B: Aku makan maggi dengan kuih 2 ketul
A: Itu je?
B: Aah itu jer
A: Aku ada bawa makanan ni..kita kongsi nak?
B: OK...Eh adik aku ada kt padang ni...

Bila noe dengar perbualan tersebut, ada tiga perkara yang berlegar-legar di fikiran noe. Yang pertama berkenaan makan maggi masa berbuka. Noe duk berfikir, kanak-kanak ini ada ibu bapa atau tidak di rumah mereka...takkan makan maggi jer?? Ataupun mungkin kanak-kanak tu jenis memilih makanan...tapi macam mana kalau ibu bapa mereka tak ada di rumah?? Mungkin ibu bapa mereka sibuk ?? Tak ada sesiapa yang sediakan makanan untuk mereka...buat je maggi dan beli kuih. Tiba-tiba je noe rasa sedih

Perkara kedua tentang kanak-kanak yang ingin kongsi makanan dia dengan kawan dia. Mungkin kanak-kanak tersebut simpati dengan kawan dia kerana makan maggi dengan kuih 2 ketul sahaja. Bagus kanak-kanak ini, sanggup kongsi makanan yang dia bawa.

Perkara ketiga tentang "adik yang ada kat padang"...noe duk pandang sekeliling...kat mana ada padang? tak nampak la plak...takkan waktu-waktu begini masih bermain di padang? Di mana ibu bapa mereka? Yang noe duk fikirkan mungkin ibu bapa kanak-kanak ini sibuk.

Nasib kita berbeza-beza, ada yang bernasib baik, ada yang tidak. Rasa bersyukur yang amat dengan rezeki yang diberi olehNYA, masih mampu memberi makanan yang agak lazat pada anak-anak. 

Teringat kata-kata Bob kalau ternampak kanak-kanak yang minta sedekah di stesyen-stesyen minyak yang kononnya dari sekolah tahfiz. Tengah-tengah malam masih mengutip derma...Bob kata "kalau tiba-tiba tengok anak awak yang minta sedekah macam tu, mesti awak menangis kan"...ibu mana yang tak menangis kan. Mesti la sedih tengok anak kita minta sedekah. 

Kepada ibu bapa semua...Ingatlah...anak-anak adalah tanggungjawab kita. Baik buruknya anak itu nanti adalah hasil dari kerja tangan kita. Sayangilah mereka, cintailah mereka, lindungilah mereka...

Maggi Sup




14 comments:

  1. Sedih je baca entri kali ni. Ana rasa budak tu org susah kot. Wpun byk rumah kebajikan. Tapi still ade org hidup susah tepi jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kut ana...betul tu ana...kat KL ni masih ramai org yg hidup susah...

      Delete
  2. Anonymous12:16 AM

    Btol2....x smua yg brnasib baik.brsyukurlah kita dgn segala kurniaan yg telah dianugerahkan kpada kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kenny...bersyukur dengan apa yg telah diberi olehNYA....terima kasih singgah sini

      Delete
  3. Allahurobbii.. langsung teringat kat adik-adik kat kampung. Kecilnya rasa kerana tak mampu nak tolong betul-betul setiap adik beradik dan anggota keluarga. Saya tahu ramai dari mereka yang susah.. tapi saya kat sini pon tak senang sangat. Allah.. :'(

    stanzaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khamsi tolong ikut kemampuan...tolong bagi semangat, tolong beri nasihat..itu pun dah kira beri pertolongan pada mereka..sekarang susah...berdoa n bertawakal padaNYA...mana tau rezeki khamsi bertambah...

      Delete
    2. InsyaAllah nOe.. Terima kasih :)

      Delete
  4. Bantu jelah mereka sekadar yg termampu... mmg kesian walaupun saya tak bersetuju dgn aktiviti2 spt itu. Klu sekolah tahfiz sepatutnya ada cara yg lebih intelek utk menambah dana. Kesian budah2 tu & mmg kdg2 ada yg sebaya anak sulung saya.. perempuan pulak tu. Wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu je la boleh kita buat khir..bantu mana yg mampu...tapi ada juga yg hanya menggunakan nama sekolah tahfiz utk mengutip dana...bila tengok sebaya dengan anak kita tu yg lg kesian ..

      Delete
  5. Ramai yg hidup ssh sbnrnya cuma kita je yg x tahu kat mana mereka. Bersyukur dgn apa yg ada. Selalu advice kat anak anak camtu. Tp anak anak bandar ni susah sikit nak dgr kata sbb sejak lahir dah diberi kemewahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu ana...kita je yg x tahu di mana...bila dah biasa mewah...bila kita cakap...diaorg buat dek jer :)

      Delete
  6. tersentuh hati Ros bila baca entry ni.. kadang terfikir, sat kita berbuka dengan pelbagai makanan, ada yang masih memikirkan apa yang nak dijamah untuk berbuka.. sedang kita dengan alpa membuang makanan yang tidak habis dimakan, ada yang masih berlapar.. Allahuakbar..

    ReplyDelete
  7. Sekali sekala mak mak pun teringin megi cup tu.

    ReplyDelete
  8. Emm betul jugak kata Noe tu....mungkin budak ni jenis pemilih...mungkin juga mak ayah sebok....Tak terfikir dek kitakan Noe rupanya ada jugak yg begitu nasibnya...

    ReplyDelete

Segala Komen Dan Kritikan Amat Saya Hargai...Terima Kasih Kawan-Kawan..muuuaaahhhhh

© nOesuhaimi, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena