Buffet Ramadhan Casa Ombak
Bulan Ramadhan muncul kembali dan kemeriahannya sudah mula terasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, sudah pasti kita tercari-cari di mana tempat menarik untuk kita berbuka puasa. Terdapat banyak hotel yang berlumba-lumba menawarkan promosi sempena bulan Ramadhan ini. Setiap tahun berbuka puasa di buffet yang disediakan di hotel pasti membosankan. Anda inginkan kelainan? Inginkan suasana yang lebih santai dan bersekitaran di dalam taman? Casa Ombak pasti tidak akan mengecewakan anda.
Casa Ombak merupakan sebuah banglo yang diubahsuai menjadi tempat untuk menjamu selera. Terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur menjadikan ianya tempat yang strategik untuk para warga kota menjamu selera dalam suasana yang berbeza. Pada tahun ini, Casa Ombak diuruskan oleh Ombak Creative iaitu sebuah syarikat yang bernaung di bawah Casa Ombak Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan dan juga mengendalikan acara-acara korporat dan persendirian.
Dengan bermotokan "Your True Experience" dan dengan sentuhan ahli pasukan yang berpengalaman, mereka mampu untuk memberi kelainan dalam setiap majlis yang dikendalikan malah mampu memberi sentuhan eksklusif dengan mengikut bajet yang anda sediakan. Dengan kemampuan yang mereka miliki, sudah pasti Buffet Ramadhan Casa Ombak ini memberikan kelainan kepada kita semua.
Promosi Sempena Bulan Ramadhan
Sempena bulan Ramadhan ini, Ombak Creative menyediakan hidangan buffet di Casa Ombak. Dengan berkonsepkan buffet stall terbuka dan dalam suasana ala garden dan santai, pelbagai juadah menarik akan disediakan.
Disamping itu terdapat juga chef yang mengendalikan instant cook stall corner dimana sudah pasti masakan panas akan dihasilkan di sini. Kepada penggemar masakan kampung, tempat ini memang akan memenuhi citarasa anda kerana ianya berkonsepkan hidangan kampung. Sudah pasti sambal belacan, ulam-ulaman, Nasi Kerabu dan pelbagai juadah kampung terbayang-bayang di mata anda ketika ini. Anda pasti tidak sabar untuk mencuba masakan di sini.
Kemudahan Yang Disediakan
Dalam kita teruja untuk menjamu juadah yang disediakan dan dalam kegembiraan kita bersama teman-teman dan kaum keluarga, jangan kita lupa pada kewajipan kita kepada Allah SWT.
Di Casa Ombak ini disediakan surau untuk kemudahan para pengunjung menunaikan solat. Muslimin dan Muslimat boleh mengerjakan solat berjemaah atau bersendirian di sini.
Harga Yang Berpatutan
Kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi Buffet Ramadhan Casa Ombak ini, harga yang dikenakan memang amat berpatutan. Harga yang dikenakan adalah seperti di bawah:-
- Dewasa : RM55.00/net
- Kanak-kanak : RM27.00/net (5-12 tahun)
Cara Membuat Tempahan
Tempahan terbuka kepada semua dan ianya boleh dibuat secara persendirian, berkumpulan, bersama keluarga atau menerusi syarikat. Sesiapa yang berminat dialu-alukan untuk membuat tempahan lebih awal. Sekiranya tempahan dilakukan di minit-minit akhir, berkemungkinan meja telah penuh dan tempahan telah ditutup. Bagi mengelak situasi ini berlaku, rancang dan tempah lebih awal.
Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi terus nombor-nombor yang tertera di bawah atau menghubungi menerusi aplikasi Whatsapp:-
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Tempahan juga boleh dilakukan menerusi Facebook di Ombak Creative
Lokasi Dan Peta Casa Ombak
Lokasi dan peta Casa Ombak seperti di bawah. Untuk lokasi menerusi google maps, boleh klik gambar di bawah.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
berpatutan jgk harga nya tu..:D
ReplyDeletekt KL kira berpatutan la
DeleteThanks sharing k.noe ^^
ReplyDeleteu r welcome ana
DeleteMenarik juga utk d cuna kan nOe harga pun agak berpatutan tp bg Jm yg stay jauh dari kl x sesuai lah rasanya :-)
ReplyDeleteaah JM...klu ada kt sini...mmg leh cuba...luar KL pun byk gak menu menarik kan
DeleteSemoga berhasil ye :) stanzaku
ReplyDeletethanks khamsi :)
DeleteBerbaloi untuk mencuba Buffet Ramadhan Casa Ombak kerana harganya memang berpatutan.
ReplyDeleteyup Arieon...agak berpatutan..
DeleteSlalu lalu di kawasan tu. Mmg kena singgah nnti.. all the best sis Noe.. :)
ReplyDeleteooo...tkkan lalu lalang je Khir :)
Deletesalam ramadhan yee., ehHHeee
ReplyDeletesalam ramadhan Pak Wak .. :)
Deletesalam ramadhan dan semoga berjaya dalam kontest ini..
ReplyDeletesalam ramadhan Hero...terima kasih :)
DeleteSalam Ramadhan dan semoga berjaya.
ReplyDeleteSalam Ramdhan Kamil...terima kasih.. :)
DeleteFemes tempat nikan Noe...tempat artis gitu....harga dia pun nampaknya berpatutan ...
ReplyDeletehehehe...bab harga tu...kena pergi tu OKje..
Deletedkt je dgn umah sy ni
ReplyDeletepernah g ke anies??
Deleteehmm..
ReplyDeleteagak-agak, diorang ada hidang tak cendol kat sana?